Saturday, February 18, 2012

Resepi : TELUR MASAK KICAP PEDAS BERHALIA ... orang bujang!

Assalamualaikum ...







Selamat hari minggu! Hari ini aku tak kerja lebih masa, nak rehat dan nak jalan-jalan juga kot ... kot! Kena ada kot sebab aku tak pasti lagi macam mana. he he he. Kalau jadi jalan-jalan takdelah aku nak masak untuk hari nie. Makan luar je kan ... kan. Haaa cam pemalas di situ. Tapi takpe, bukan selalu sangat pun. 


Okeh, tak usah nak mengarut pepanjang. Nak share resepi ngan korang. Resepi simple yang sodap makan dengan nasi panas. Ini pun ntah bila aku masak. Masa cuti Maulidur Rasul hari tu kot rasanya. Terperam je gambar dia dalam draf. Belum jadi pekasam lagi la .... Resepi aku kali ini adalah Telur Masak Kicap Pedas Berhalia. Cheh! telur masak kicap pun nak share resepi. Mesti korang gelakkan aku. Ah! pedulik la ... wakakakaka! Resepi nie main agak-agak and campak je, asal jadi! nyum nyum ..



rupabentuk masak kicap telur pedas berhalia! nyum nyum ....


RESEPI : TELUR MASAK KICAP PEDAS BERHALIA
SUMBER : CIK KAMOO 


  • 3 biji telur ayam (goreng siap-siap buat telur mata kerbau ye)
  • 2 sudu cili boh (cam biasa aku pakai cili giling puteri)
  • 2 sudu kicap masin
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 labu bawang besar Holland dimayang kasar
  • Halia sebesar ibu jari di mayang halus (memanjang)
  • 1 ulas bawang merah dan putih untuk menumis (mayang halus)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa (tak perlu pun ok je, sebab kicap pun dah masin!)
  • Serbuk perasa
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit air (jika ingin kuah lebih)
  • Minyak masak untuk menumis


Cara-caranya;

  • Tuang minyak masak ke kuali panas dan tumis bawang merah dan putih sehingga layu dan kekuningan. (ini step biasa, so agak-agaklah korang camne kan)
  • Masukkan cili boh dan goreng sehingga naik minyak. 
  • Kemudian masukkan semua jenis kicap di atas dan sos tiram
  • Kacau dan kacau sehingga benar-benar masak, kemudian masukkan sedikit air
  • Biarkan menggelegak, masukkan serbuk perasa, asam keping dan garam (jika perlu)
  • Bila dah rasa semua ok, masukkan telur yang telah digoreng
  • Kemudian masukkan bawang besar dan hirisan halia
  • Balikkan telur dengan lemah lembut, kang kasar berderai plak telur tu.
  • Tunggu sekejap hingga mendidih terus tutup api dan boleh dihidang



#paling sedap makan dengan nasi panas-panas dan ikan puyu pekasam! perghhhh ..... tak pandang orang lalu lalang dah!




Teruja tak?? Mesti korang cakap, "eleh setakat telur masak kicap pun mau cerita ka??" .... ah! pedulik haku le ... kui kui






Untuk adik-adik kat rumah, yang baru belajar masak cam aku ... bolehlah cuba ya! Sonang je aih. Korang leh pelbagai kan telur camnie ar, nak rebus pun boleh and nak buat telur pocah pun boleh. No hal punya. Janji boleh makan. 



Rajin-rajinlah ke dapur ye anak-anak semua .... tolong mak!! Untuk adik-adik yang masih sekolah tu, dari dok lagha je, baik buat masakan camnie dekat mak. Hidangkan utk dorang. Mesti mak korang teruja. Mesti dia cakap, "wah! pandai anak mak masak". He he he he, sedangkan masak telur je pun. Ye dak??






Sekian, cerita resepi aku. 








CK : Tengah layan movie The Pastor's Wife! Best plak cerita nie.....

6 comments:

  1. sedap ar CK...

    nampak myelerakan. tapi mcm guna minyak banyak je CK masak nie....

    atau ianya ilusi mata aku.

    ReplyDelete
  2. @eqbalzack boleh tahan la sodap...hehehe lauk simple jer

    ReplyDelete
  3. Alahai Cik Kamoo, terima kasih lah bg resepi ni.. idea nga kering nak masak ape, terjumpa plak blog Cik Kamoo ni~ Ok, dah tengahari, nak gi masak hehe..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!