Thursday, February 9, 2012

INIKAH YANG DINAMAKAN KAWAN?

Assalamualaikum ...





Sudah lama aku rasa nak tulis pasal kawan. Cukuplah kot cakap tentang manusia yang bergelar kawan, sebab bagi aku nak bercakap dan mencari manusia untuk digelar sahabat amat susah! Susahlah! Kalau dapat sahabat walau seorang, itulah yang kita tatang. Kena faham yang kawan dan sahabat adalah 2 perkara yang berbeza! Jauh berbezalah bagi pemahaman manusia cam aku yang cuma dapat gred 4 dalam Bahasa Melayu SPM. So, pemahaman aku setakat gred 4 ajelah kot bagi istilah ini. 



Bila persoalkan pasal kawan, ada benda yang buat aku rasa kecil hati dan terkilan. Mustahillah aku sorang je rasa macam tu bab berkawan nie... aku yakin korang pun pernah lalui benda yang sama. Berkawan tapi tak pernah tergigit lidah ... maksud aku tidak pernah bertelagah adalah amat-amat menakjubkan. Kira hebatlah korang!



Cerita seorang hamba Allah yang kami (aku dan MB) gelar kawan ini, sampai sekarang buat kami masih terasa hati. Sangat-sangat terasa! Yang lebih terasa hati adalah si MB, macam aku ... kurang sikit sebab aku lebih senang untuk abaikan perasaan terkilan berkenaan. Dulu, sebelum hamba Allah nie senang macam sekarang ... ada kereta, ada family yang bahagia, ada rumah sendiri ... kerja makin ok, makin disanjungi dalam perangai hipokrit dia ... kamilah dulu tempat dia minta tolong. Bila susah, pada kamilah yang dia suarakan kesusahan dia. Myvi aku yang kena langgar tu pun pernah tumpangkan dia bila dia tak bermotor. 



Dulu, MB tu tempat dia ngadu cerita susah dia. MB lah tak kira masa dan tak kisah pun tolong dia. Fikir kami, dia orang yang baru datang dari kampung. Of courselah banyak benda yang tak tahu. Selok belok jalan, kehidupan dan sebagainya. Kami pun orang kampung juga, bezanya kami dah bertahun hidup berdikari  di bandar besar cam KL dan kemudian kerja dekat Pusat Pentadbiran Kerajaan (skemanye tulis camnie!).  Orang susah, apasalahnya kita tolong ... apatah lagi orang yang kita hadap hari-hari dan dah gelar cam kawan. Kawan ... dululah kami mungkin kawan dia. Sekarang dia dah tak pandang orang yang takda status cam kami! Dia pun dah senang!



Setelah bertahun, orang macam aku dan MB dia singkir. Dah tak pandang dah! Mula datang, bukan main kampung lagi. Sekarang kalau sembang, kerek bukan main. Jalan pun dah dabik dada. Aku perasan, kadang lalu sebelah pun dia tak tegur, rela lagi dia tunduk tengok lantai tak pun padang langit! Okey, terima kasih hamba Allah yang pernah bergelar kawan.



Sekarang nie, kami senang lalui hidup tanpa kawan macam nie. Bila susah ... tersepit pandai cari kami. Bila nak horey-horey, nak gelak ketawa, nak jadi kaya ... kami ni buat tak pandang. Pi cari kawan yang satu geng je. Macam nie ke nak digelar kawan sampai mati? Fuh! nasib baiklah kau kenal orang cam kami. Malas nak layan. Tapi bila dikenang kisah-kisah lama, macam mana kau berbasah kena hujan dan tumpang kereta kami, Tuhan sahaja yang tahu perasaan kami bila kau berubah macam langit dengan bumi!



Bila aku duduk diam-diam dan mula teringat, aku pun mula fikir yang kawan macam kau nie ... antara cebisan-cebisan puzzle yang hinggap untuk lengkapkan sebuah puzzle kehidupan. Aku rasa, dan aku akan ajak MB untuk punya rasa yang sama macam aku ... kami patut berterima kasih kerana kawan cam kau. Serius! kau buat kami belajar untuk mengenal erti kawan. Kau buat kami belajar untuk berhati-hati memilih kawan.



Bukan niat pun untuk disanjung malah jauh untuk dihargai. Bukan nak suruh berterima kasih sepanjang masa. Cuma yang diminta, janganlah tikam belakang kawan sendiri! Please .... kami tidak minta pun sebarang balasan atas pertolongan. Biar semunya Allah Ta'ala yang balas, tapi janganlah menjahanamkan kawan sendiri di saat sudah senang dan tengah meniti empayar kekuasaan dengan sikap yang hipokrit!




Janganlah gigit balik tangan yang menyuapkan makanan ke mulut kamu! Adil ke???




Kalau pun kita tidak boleh balas budi baik orang yang membantu kita, janganlah kita membenamkan dia dalam kecelakaan dan menikam dari belakang! Jika benar manusia berakal dan berhati insan ... pandang-pandanglah kawan yang pernah membangunkan kamu tatkala kamu tiada siapa dampingi waktu susah!





#Semoga Allah merahmati kamu wahai hamba Allah yang pernah bergelar kawan.










CK : Cebisan cerita pasal hamba Allah yang pernah bergelar kawan ... baru aku tahu susah menilai erti kawan! Jauh sekali untuk menilai erti persahabatan!




3 comments:

  1. Susahnya nak cari sahabat. Kawan ni bersepah ada.

    ReplyDelete
  2. memang susah nak cari kawan yang betul2 boleh dipanggil sahabat... susah dan senang tetap bersama!

    ReplyDelete
  3. sorri..fahz tak nak komen pasal entry kawan" kamu.cuma fahz nak nyatakan disini,penulisan dan gaya kamu menyusun ayat buat fahz amat2 tertarik.1st fahz baca di status blog kamu,membuatkan fahz nak baca entry2 kamu selanjutnya.terpaku seketika bila baca entry kamu.walaupun bersahaja,tapi penggunaan dan penyusunan ayat buat sesiapa saja yg baca akan tertarik,dan meneruskan baca walaupun entrynya berjela2.Tahniah kerana mempunyai bakat utk jadi penulis yg bagus.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!