Alhamdulillah, hari ini gomen dah gaji! Kemarau poket dah kembali kembung. he he he. Pagi-pagi lagi aku dah bangun dan on lappy, untuk bayar bil itu ini! Banyak nau bil kena bayar. Tanggung sorang-sorang plak tu. Alahai, bilalah kita nak menanggung segala bebanan nie sesama yek? Ringan sket beban ai. Ngeh ngeh ngeh!
Belum pun lagi aku pergi beratur dekat ATM Maybank tu, depan lappy je aku dah habis dekat seribu bayar itu ini. Nak tunggu gaji ... sebulan baru dapat. Nak habis sekejap je, tak sampai 15 minit dah dekat seribu aku buat payment semua bil! Banyaknye! Itu belum termasuk bayar loan kereta dan insuran sekali 7hb depan. Itulah rutin aku tiap-tiap bulan. Settlekan semua bil rumah sendiri dan bil Astro ayah aku.
Baru berangan nak pergi shopping, nampak gaya kena cancel lagilah. Kalau shopping pun beli ala kadar je. Kang risau belum cukup bulan kena ikat perut plak. Huh! Tak sanggup! So, baik berjimat daripada melagha tak tentu pasal. Alhamdulillah, bulan ini ada rezeki lebih sikit. Bulan depan bolehlah aku balik kampung.
Hari dan plan nak book tiket AirAsia. Jimat sket kalau baik kampung naik flight. Kalau naik kereta parah sket ar! Tunggu June akan datang aku nak balik naik kereta, bolehlah angkut buah kelapa skali bawa balik Putrajaya. Kat Putrajaya asyik makan santan kotak je ..... tak sedap le buat kari!! Aku nie lidah kampung, manjang nak yang asli punya je!
Walau gaji tak sebesar mana, kita kena sentiasa bersyukur! Itu yang mak aku ajar. Rasa syukur akan buat yang sikit sentiasa cukup. Yang banyak kita boleh sedekah pada yang memerlukan. Okeh, jujur kata aku, bab sedekah nie, aku jarang-jarang sekali. Dan aku pun dah berazam, akan mulakan tahun ini secara konsisten. Sebab mak aku cakap, kalau kita asyik kata, "tunggu kaya nantilah baru kita sedekah dan buat amal jariah!". Belum tentu lagi benda itu berlaku. Mulakan dengan yang kecil, tak perlu tunggu jadi kaya raya. Dulu aku kecik-kecik selalu cakap camtu dengan mak aku, "tunggu akak kaya nanti akak nak sedekah setiap bulan .... kalau lagi kaya nk bagi duit bina masjid!". Mak aku tak suka cakap camtu .... jangan tunggu kaya, tapi mulakan dari sekarang dengan nilai yang kecil dahulu! Sedikit tapi ikhlas adalah lebih baik daripada banyak tapi riak!
Sedekah mana yang mampu dahulu. Insya-Allah ganjaran balasan Allah Ta'ala itu besar tanpa kita sedari! Mungkin Allah Ta'ala akan beri kita rezeki melalui cara yang lain. Contohnya kesihatan yang baik adalah rezeki. Hidup yang tenang dan gembira adalah rezeki. Kawan baik yang ramai adalah rezeki. Kerja harian kita dipermudahkan sentiasa adalah rezeki. Anak-anak yang soleh dan solehah adalah rezeki. Kita dapat menghirup udara Allah Ta'ala pagi ini pun adalah rezeki. So, rezeki datang dalam pelbagai bentuk ..... dan bukannya dalam bentuk wang ringgit dan harta semata!
Sekian, sharing is caring! Cam ustazah plak. Aku cilok apa yang mak aku cakap je tau! he he he. Semoga jadi pengajaran bersama.
CK : Kerja kena ikhlas, bukan sebab nak dapat markah tinggi dalam penilaian prestasi. Kalau dapat markah tinggi atas ikhlas dan jujur kita bekerja, itu adalah bonus! Apapun, penilaian Allah Ta'ala dan ganjaran Dia lebih baik.
bestnye akak dpt gaji..azie gaji bulan lps pon tk dpt2 lg nie hmmm
ReplyDeleteHeee, lagi selesa bayar bil depan lappy jekan, tapi ada satu peraaan puashati bila setiap gaji dapat tunaikan tanggungjawab bayar itu bayar ini, rasa best ! Hihihihi. Takpe sedekah tu slow-slow try ;)
ReplyDeleteSALAM PERKENALAN...
ReplyDeleteI follow, you follow....!!!
duit kejap je boleh habis..kadang tu tak tau guna pakai apa..
ReplyDeletesemunya di hujung jari kann.. haishh..
ReplyDeleteowh ganu ke? belah mana tu??
ReplyDeleteya betul kata CK, mmg kerja kena ikhlas dan sentiasa bersyukur.
tapi.... sangat beruntung lah yg diuji sedikit oleh ALLAH, dari diuji dgn ujian yang besar, sampai sekarang masalah ekonomi wallet tak mencukupi...(duit mmg sentiasa tak cukup)
Allhumdulillah, aku punya kerja halal, walau terpaksa kena ikat perut hujung bulan.
@shaFazie Sabar dik, Insya-Allah ada nanti
ReplyDelete@Asyikin Puashati sebab bayar dgn duit usaha sendiri kan .... tak bergantung harap dgn org lain
ReplyDelete@~ ADANDO ~ salam kenal jua
ReplyDelete@nur anis haaa itulah pasal, klu tak sempat rancang tau2 duit dah habis
ReplyDelete@mizzkechique sebab hujung jari cepat habis tu
ReplyDelete@Telor Power Apa yg Ganu nye nie?? Ingat akak org Ganu ke??
ReplyDeleteBab ikat perut tu dah biasa bagi org bujang...hehehhe lumrah!