Sesape masuk blog aku nie, cerita pasal makanan je yang banyak aku rasa. Masak kendian makan. Pastu pergi jenjalan pun order dan makan. Jangan salah faham, aku bukan memanjang pergi makan dekat kedai. Ada juga gambar lama-lama tapi aku tak sempat nak update kat korang. Bila ada lokasi baru, aku update yang tu dulu. Yang tengah tunggu que tu makin lama jadinya.
Pastu jadi pekasam baru aku nak up cerita. Lagi satu aku nak habaq, tempat makan yang aku pi cuma untuk sesape yang sederhana poket dia macam aku. So, mungkinlah tak meriah bagi korangkan ...? Sapa rasa poket dia sederhana cam aku boleh follow blog nie, mesti puashati punya. ha ha ha. Masuk bakul angkat sendiri dah.
Okeh, tak payah nak mengarut panjang-panjang sangat. Meh aku cerita tempat lepak santai memalam. 1st time aku dinner dekat restoran nie. Puas pusing 2 minggu lepas, jumpa juga satu restoran nie. Nama pun bukan main menarik, SENIMAN CORNER ASAM PEDAS. Seniman Corner nie terletak di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor. Dekat commercial area yang korang boleh nampak dari jalan besar.
Nama menu di restoran nie memang pelik-pelik. Diambil dari cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Sambil baca menu pun dah buat aku nak gelak-gelak dengan nama. Aku senaraikan menu yang aku ingat-ingat ajelah. Untuk minuman, jus madu 3 (oren, mangga & nenas), jus tiga abdul (epal, oren & nenas) dan jus kassim selamat (tembikai, carrot & nenas). Aku tak order semua air nie, risau perut aku tak boleh terima. Order air yang dah biasa sudah!
Untuk makanan plak, nasi goreng ibu mertuaku, nasi goreng ahmad albab, nasi goreng labu labi, nasi goreng kampung pinang sebatang, nasi goreng panggilan pulau, nasi goreng seniman bujang lapok, nasi goreng 6 jahanam dan nasi goreng seniman agong! Nak rasa best ke tidak, korang pergilah sendiri ye dekat restoran Seniman Corner Asam Pedas nie.
Ini adalah ruang restoran berkenaan. Sorry ye tuan punya restoran. Minta maaf awal-awal, aku nak komen sikit pasal kekemasan ruang restoran nie. Lampu yang terpancar dekat dinding tu dah lawa la. Sesuai dengan keadaan restoran yang lampu suram ala romantic. Cuma bagi aku, lampu kelip-kelip yang bersirat tu tak perlu kot. Nampak macam serabut. Tengok lampu tu bersirat dekat gambar dan tv sekali. Lepas tu gambar dekat dinding tu mungkin boleh disusun semula bagi kemas.
Siap ada love-love lagi tau. Thanks untuk sorang abang cashier nie siap tolong padamkan lampu untuk kami ambil gambar! Kalau tak ada lampu kelip-kelip tu aku rasa restoran nie akan lebih nampak kemas! Restoran nie juga promote Bapakku.FM. Isma Halilkan dj dia ... kalau tak salah la!
Kami order nescafe panas dan limau panas! Feveret!
Ini nasi goreng kampung pinang sebatang. Rasa dia biasa je bagi aku. Macam nasi goreng yang korang selalu makan. Ayam goreng kunyit dia sedap. Cuma, spoil bila bawang goreng dia terhangus. Tapi, makan jugalah. Bukannya tak sedap sangat. Rasa dia biasa je. Aku ingat memang ada yang specellah....cuma nama tu je specel sket.
Ini kuewteow 69. Yang nie sedap! Rupa memang tak hensem pun, tapi rasa dia memang sedap bagi lidah dan tekak aku. Menu nie aku yang order untuk aku, nasi goreng tadi tu bukan aku punya. Si dia bam-bam yang punya.
Ini dia restoran Seniman Corner Asam Pedas. Tengok dari jauh memang cantik. Slogan dia, "singgah makan jadi kawan!". Yang baju merah dekat gambar tu, boss dia kot. Kalau korang pi makan dekat restoran nie, boleh baca bermacam suratkhabar percuma. Rasa nak baca bole pi ambik dekat abang baju merah tu, dia letak dekat tempat cashier. Sudah baca, letak balik tempat asal ya!
Kalau nak tahu best ke tidak menu di restoran ini, silalah berkunjung ya! Masa aku pi, customer dia memang ramai. Rasa macam regular cust je.
Makluman : Untuk edisi Jalan, Order dan Makan (J.O.M) ... segala rasa, kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada deria rasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja. Jika anda pergi mencuba dan merasai sebaliknya, ingin saya tegaskan kita tidak mempunyai lidah dan tekak yang sama. Harap Maklum!
CK : Lepas nie kita pi makan kuih udang di Alor Gajah pulak .... sedap ke idak??
morning sis!owh dh dkt ngan office akak ni.mgu lepas akk dgn officmate lunch kat situ...punyalah byk makanan sepinggan mcm utk dua org makan nasi grg dia.yup..baju merah tu owner restoran ni.dulu buka branch kat dpn allson klana,nilai tapi x dpt sambutan sgt,so buka je kat seroja,customer waktu malam mmg ramai
ReplyDeleteapa pun yg penting makan tu sedap & persekitaran bersih... slmt berjln2 cari makan lagi... hehe
ReplyDeleteapa pun yg penting makan tu sedap & persekitaran bersih... slmt berjln2 cari makan lagi... hehe
ReplyDelete