Wednesday, February 29, 2012

KASIH SAYANG ABANG DAN ADIK PEREMPUANNYA

Assalamualaikum ....





Sesiapa yang ada abang dan menjadi adik perempuan dan sesiapa yang menjadi abang kepada adik perempuannya, sayang tak korang pada adik perempuan sendiri?? Harap abang-abang nie sayangilah adik perempuan sendiri, dan jaga mereka dengan baik! Aku pesan sebegini sebab aku baru sahaja melalui satu adegan depan mata yang buat hati aku jadi sayu!



Hari ini, ibu bapa sudah tidak sempat untuk uruskan anak-anak 100%. Kebanyakan urusan anak diserahkan kepada pengasuh dan guru sekolah, jadi tidak hairan anak-anak sekarang ada sesetengahnya kurang mendengar cakap mak ayah. Degil. Semuanya sebab mak dan ayah bekerja. Kos sara hidup yang meningkat seolah memaksa suami dan juga isteri keluar untuk mencari rezeki! Manakala anak-anak dihantar ke rumah pengasuh pada usia beberapa bulan. Sesuatu yang korang menjadi ibu dan ayah dan mungkin situasi yang akan berlaku pada perjalanan kehidupan aku nanti!



Tak sama macam dulu, di mana kita dijaga sepenuhnya oleh mak, ibu, umi, mummy dan ayah, babah, abah dan seumpama panggilannya keluar mencari rezeki! Cukup masa pulang dan segala urusan di rumah telah diuruskan oleh sang isteri. Dulu, kebanyakan isteri tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Perhatian, tumpuan, kasih sayang dan didikan mampu diberikan sepenuhnya kepada anak-anak. Ibu dulu tahu di mana lukanya anak-anak, di mana letaknya parut di badan anak-anak, siapa yang menjadi kawan kepada anak-anak dan sebagainya. 



Tapi kita sekarang, tidak  mampu memberikan tumpuan sebegitu kepada anak-anak kita. Hakikat! Walau pahit, harus kita telan. Beza dan memang berbeza, bila anak habis sekolah pagi ... balik rumah, belum tentu ada makanan buat dia. Maka kita bekalkan dia dengan duit lebih untuk dia makan tengahari di mana-mana kedai makan berdekatan rumah atau sekolah sebelum mereka ke kelas agama pada sebelah petang. Sekali pandang, seolah kehidupan dia terumbang ambing. Kerana peredaran masa, dia terpaksa menerima hakikat perjalanannya begitu .... di mana tiada tumpuan pada waktu-waktu tertentu oleh ibubapanya. Walau bukan semua ibubapa bersikap sedemikian, tapi segelintir pasti ada.



Berbalik kepada kasih sayang abang kepada adik perempuannya, mengingatkan aku pada zaman kanak-kanak. Pada usia 4-12 tahun, kawan aku hanyalah abang. Dialah raja hati aku. Dialah yang menjaga aku di sekolah. Dan dalam masa yang sama abang juga yang turut habiskan baki duit poket aku kalau aku tak mampu nak habiskan. Dulu, aku tak reti berbelanja! Asal ada baki, aku bagi pada abang! Baikkan aku? he he he



Dan bila baru-baru ini aku keluar lunch di luar office, aku terjumpa seorang abang dan adik perempuannya yang saling membantu. Penuh kasih sayang! Namun, jauh di sudut hati aku ada perasaan sayu. Bila aku terfikir betapa beruntungnya aku dulu. Balik rumah selepas waktu sekolah, makan tengahari telah tersedia. Aku cuma balik mandi, siap berpakaian kemas dan makan. Kemudian tidur, petang bangun buat kerja sekolah dan menonton TV.



Jika ada masa berbaki, keluar bermain. Itu sahaja. Malam pula aku mengaji Quran dengan mak ayah aku sendiri! Beruntung sangat. Kanak-kanak sekarang ada ke yang masih lalui zaman seperti aku terutama yang tinggal di Putrajaya?? Aku sebut Putrajaya, sebab ini yang aku lalui setiap hari. Aku memerhatikan kanak-kanak di sekeliling aku dan aku mula membandingkan mereka dengan zaman aku dulu!!



Okeh, kita sambung pasal kanak-kanak abang dan adik perempuannya. Aku agak umur mereka dalam lingkungan 9-12 tahun mungkin! Masa dekat cafe tu aku tak makan, aku cuma pandang 2 beradik yang ada depan mata aku. Duduk semeja dan membelakangkan aku. Aku tengok abang dia duduk dan adik perempuannya minta pinggan kosong satu daripada pekedai. Mereka berdua berborak. Alah, borak kanak-kanak apalah sangat.



Kemudian datang pekedai bawa sepinggan nasi goreng ayam. Adik perempuan dia duduk. Dan kemudian aku nampak abang dia cedok nasi beberapa sudu dan berhenti cedok bila adik dia cakap, "cukup!". Mereka baca doa bersama dan kemudian makan!! Kasih betul abang pada adik perempuannya. Buat aku bergenang airmata. Dalam hati doa, agar abang dia terus jaga adik perempuan dia dengan baik. Aku tengok mereka sebaya dengan anak-anak buah aku! Lengkap dengan pakaian sekolah agama. Makan di kedai dalam seusia muda sebegitu. Pada usia aku sebaya mereka, tak pernah pun aku makan nasi di kedai kecuali dengan mak ayah. Itupun jarang-jarang sekali, seingat aku setahun adalah dalam 2-3 kali sahaja! Mak surirumah, so ... makan dirumah sahajalah!


Mereka mengingatkan aku pada zaman aku dan abang!



Bila tengok gelagat abang dan adik perempuannya, aku teringat ... masa sekolah rendah dulu, abang akan tolong aku apa sahaja, walau aku nie garang dengan dia. Jangan dia silap sikit, aku akan koyak buku dia! Aku memang garang masa kecik-kecik dan cepat marah, habis buku sekolah abang aku jadi mangsa! Nasib baik dia bijak. Abang aku tak pernah pukul aku, tapi buli aku memang memanjanglah. Anak lelaki, biasalah. Bila basikal (gherek) aku bocoq, dialah yang tukar tiub dekat sekolah. Bak kata semuanya dialah yang buat. Saat aku menitiskan airmata tentang abang adalah bila dia dapat sambung study ke Jepun dan bila dia dah nikah! Masa dia nikah, aku macam tak boleh terima kenyataan, duduk luar masjid .... kemudian aku menangis sorang-sorang!!! Itu paling sedih, rasa seolah dia dah pergi dari hidup aku, walau hakikatnya tidak pun. he he he.



Sekarang nie, aku jarang-jarang balik rumah abang. Masa aku mula kerja di KL, aku stay dengan family dia. Nasib baik my SIL sangat-sangat-sangat baik dan sporting, so kami langsung takda masalah tinggal serumah!




Mula dah mood rindu dekat abang ..... alahai!!!







CK : Abang banyak jasa dengan aku, walau dia sekarang tak seperamah dulu. Maklumlah anak pun dah 4 orang, mana ada masa nak layan ragam adik perempuan dia nie. he he he

Tuesday, February 28, 2012

ADA YANG RINDU KE?

Assalamualaikum ....





Selamat pagi kawan-kawan kesayangan CK ... pembaca setia! Chewah, aku sedang bajet hot ada pembaca yang rindukan segala entry baru aku. Nasiblahkan bila mood perasan seorang kakak telah datang. 2 hari aku tak on lappy. Last update pasal Ana Raffali, itupun dekat office. Mood aku sekarang agak menurun nak menulis sebab aku agak busy dan kepenatan. 



Kalau buka je blog aku dok fikir kena buatkan autopublish entry bila aku balik kampung nanti. Pak Incik BB Maxis aku dah nak terminate, so takdelah bersiaran dari kampung lagi. Skang nie aku selesa je pakai streamyx sebab lebih laju pastu tak buang duit untuk upgrade bandwidth ke mende ntah kat BB tu. Okeh bab BB aku tak pandai nak cerita sangat, main hentam je tulis betul ke dak bandwidth tu. Belasah je!



Sepanjang aku takde jenguk belog sendiri, bermakna belog korang pun aku tak pergi jengah. Rindu pun ada nak komen dekat belog korang yang best tu! Memang aku agak kemarau dengan idea. Gambar banyak, tapi mood nak edit memang menipis sekali. he he he. Sesekali, blogger akan mengalami satu simptom-simptom malas dan kemarau idea. Aku rasa itu benda biasa. Dia femes ke idak ke, kalau jenis blogger yang tegar untuk update setiap masa dan setiap hari ... akan datang simptom yang macam aku cakap tu.



Sekarang nie, simptom tu dah jadi dekat aku. Aku rela je! he he he. Mood 2 hari tak bercerita dibelog, aku isi dengan layan tv je dan juga tidur! Tidur cam wajib sketlah untuk aku skang, sebab weekend aku tak dapat tidur siang. Dah tu nak buat camne kalau Sabtu Ahad pun kerja. 




Ada ke yang rindu akan entry aku yang biasa-biasa nie bila aku tak update? Heh, soalan apa nie ... cam syok sendiri plak aku nie. heheheheh ... Okeylah ya korang semua, aku dah nak pergi kerja. Tunggu drive yang belum sampai je lagi. Ada masa, ada idea, ada cerita dan ada kesungguhan aku akan update lagi cam biasa. Insya-Allah!






Salam ceria untuk korang semua! muaaaah muaaaah muaaaaah ......









CK : Sangat "teruja" bila boss tipu aku dan dia berjaya tipu orang lain dan orang lain itu pula percaya! terima kasih boss!!



Sunday, February 26, 2012

CANTIK!

Assalamualaikum ....




Memang cantik!!!!



Selamat pengantin baru buat Ana Raffali dan pasangan! Dia makin cantik sejak bertudung. Suweeet!



 [sumber : rotikaya.com]



#macam terberkenan pada baju dia plak ... he he he .... style!!










CK : Teruja aku!

Saturday, February 25, 2012

ASYIK BELON YANG SAMA JE!

Assalamualaikum ....







Pagi tadi aku lambat sampat dekat tapak Karnival WOW!. Tapi dalam hati masih berharap akan ada hot air balloon. Bukan nak naik pun, cukup dapat tengok pun jadilah. Semalam aku tengok aturcara hot air balloon start jam 7.30 am sampai 9.00am. Aku pula pergi ke Laman 1Malaysia lambat dari time tuh. Sesambil berharap tidak akan terlepas tengok balloon panas. Aku bukan per, cuma nak snap picture je pun.



Sekali sampai, masih ada balloon panas, but yang mengecewakan asyik balloon yang sama je!! Nak tunggu event Hot Air Balloon Putrajaya pun bulan Mac 2012 nanti. Kalau tak salah aku dari 15 Mac hingga 18 Mac 2012 kot. Itu yang aku dengar-dengarlah! Habis hot air balloon ada event Floria Putrajaya plak dai 30 Jun sampai 8 Julai 2012 rasanya. Not very sure .... but time-time tu jugak kot. Anything aku update kemudia bila dah dapat tarikh yang dah confirm!









Setiap kali event, balloon warna nie je yang keluar! Busan jugak aku ... ingat adalah balloon Doraemon ke?










CK : Balik rumah rehat jap, kejap lagi kena sambung kerja plak. pheeeeeeeeeew!

TERIMA KASIH LE, BUAT SUSAH-SUSAH JE!

Assalamualaikum ...







Pagi korang! Happy weekend! Sesaper dok Putrajaya dan yang sekeliling dengannya bolehlah datang ke Karnival WOW! Putrajaya 2012 bertempat di Laman 1Malaysia, Presint 2 dan juga Ekspo Buku di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya! Malam nie dekat tapak Karnival WOW! ada konsert. Kalau tak salah aku retis dia M.Nasir ... Awie kot ... kot!



Nak sambung citer pasal malam tadi yang ngantuk bonar. He he he. Hadiah anniversary! Tak pernah-pernah aku dapat hadiah anniversary kot sejak 8 tahun lepas dari sahabat, teman dan kawan aku yang sorang nie. Hadiah birthday tu memang selalulah. Dan hadiah-hadiah lain yang bukan pada tarikh special. hu hu hu. Nampak sangat aku nie menerima je. Cheh! Idak le camtu ... ikut mampu dan ikhlas memasing le, kalau sapa yang pi outstation tu, bila balik yang menunggu of course dapat buah tangan. Bukan penumbuk ye! Semalam dapat hadiah sempena anniversary yang ke-8!! Friendship anniversary der .... lamanya kawan yek kita nie.




 


Dialog semasa (ngeh ngeh .... gatai nak berdialog plak aku nie)


Dia : Nah, amik nie ada orang bagi ...

Aku : Hah! apa nie ... (dalam hati sukeeeee)

Dia : Alah, bukalah ..

 Aku : .... eh! heheehheh


Terus buka .... sambil sesenyum je! 


Dalamnya adalah .......................... !





Buku! Berubah Sebelum Rebah! Aku cam terlopong .... "apsal mamat nie bagi aku buku??" Dan tulisan di dalamnya ...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Amin .... semoga mendapat keredhaan dari Allah HendakNya! Moga-moga. Aku terus pasang niat. Okeh, niat biar jadi rahsia ye. Lepas tu ada lagi hadiah sampingan ....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sehelai T-Shirt Le Tour De' Langkawi 2012! Okeh .... terima kasih le, buat susah-susah je! Kemudian malamnya tu, malam tadi la ....



Pi makan-makan jap. Okeh dah 8 tahun dah. Lepak pun tak lama sebab mak dia datang Putrajaya. So, jumpa mak dia plak. Bukan akulah jumpa. Dia ajelah! he he he




Pagi nie bangun tido, siap mandi, update blog nie .... dan aku nak pi kerja dalam keadaan perut aku yang agak meragam. Tapi demi tugas .... aku relakan sahaja! Layaaaaaaaaaaaaaan




Eh! korang pi mana weekend nie? Mai la Putrajaya .... ada Karnival WOW, esok da habis da!







CK : Walaupun hanya buku dan t-shirt, tapi nilai persahabatan itu yang penting! "Terima kasih awak ...."

Friday, February 24, 2012

MATA MENGANTUK!

Assalamualaikum ...




Mata aku mengantuk yang amat.
Tapi still punya nafsu nak update.
Sebenarnya nak cerita pasal aku tetiba diberi hadiah sempena ulangtahun persahabatan.



Mata perit, jadi tak boleh cerita malam nie
Tunggu esok ajelah! he he he
Esok cuti, tapi aku still tak boleh bangun lewat!






Aku kerja, lepas tu nak bangun awal nak pi tengok hot air balloon dekat Karnival WOW! Putrajaya.
Okeh lah, tak mampu nak taip dah. Nak pi beradu dulu. Esoklah kita share pasal cerita hadiah tu.
Excited nak cerita tapi mata mengantuk sangat .... jadi cerita esok ajelah!



Good nite kawan-kawan semua!





CK : Kenapa skang nie aku dah kurang up entry?? Jangan malas mendatang sudahlah!

KAU BILA LAGI??

Assalamualaikum ....








Alhamdulillah, Yusry dan Lisa Surihani dah selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri! Semoga ikatan suci pernikahan ini kekal dunia dan akhirat hendakNya. Semoga berbahagia jua dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Amin.



Bila sudah ada cerita pernikahan sensasi seperti ini, mulalah persoalan, "Yusry dah nikah dengan Lisa Surihani .... eh! kau pula bila lagi?"



Sama cantik sama padan!


Malam tadi aku pergi Karnival WOW! Putrajaya, ada seorang kakak yang aku kenal sangat mula menegur, "eh! awak dah ke? tak jemput akak pun ..."



"Erghhh .... dah apa kak?". Saja aku buat-buat tak faham!


"Dah kahwin la ....". Semangat akak nie tanya aku kan!


"Ermmm (sengih dalam keadaan bajet comey!) ..... BELUM LAGILAH!!"




Cepat-cepat aku berjalan dari gerai dia dan berlalu camtu je! Yang dah sekarang nie cuma Yusry dan Lisa Surihani! Aku belum dah lagi ye! Ramai yang salah anggap ingat si MB tu husband aku. Siap tanya, "eh! kenapa belum ada anak lagi? Merancang yek?". Taik kudalah weh, lom nikah anak nak mai kot mana??? Cer habaq sket kat aku!!



Yang selalu jadi mangsa keadaan, si MB lah ... bila dia jenjalan sensorang dan yang kenal dia akan tegur, "eh! orang rumah mana??". Selamba je dia jawab, "orang rumah kat rumahlah ...". Nasib kaulah kan ....



Paling best, rupanya baru kami tahu bahawa banyak mata yang memerhatikan kami yang selalu berdua ke mana sahaja. Dari security sampailah orang besau-besau pangkatnya .... bila jumpa dekat lift je mesti tegur, "selalu berdua je kan ... bahagia!". Bila salah seorang tiada bersama, mata yang memandang tadi akan tanyalah, "eh! mana husband ....??" ...."eh! mana wife??".




Bahagia kami dekat mata korang je!! Cerita dalam tu, hanya Allah Ta'ala yang tahu!





Kalau aku jadi korang semua, aku tak kuasa nak tanya tau! Sebabnya nampak sangat korang menyibuk hal hidup kami .... cam hampas kelapa je aku rasa!



Hari ini hari istimewa kami!! Ulangtahun  sebagai kawan, sahabat dan teman! Satu tempoh yang lama kami kenal. Genap 8 tahun! Dalam tempoh itu, macam-macam hal telah jadi. Berpisah dan dipisahkan. Paling tak tahan bila kami sama-sama marah dah bergaduh. Tak bertegur sapa. Memutuskan yang teguh, last-last bila dah boleh fikir .... matang, dia cakap, "walau apa jadi .... pedulikan apa  orang cakap, biarlah kita berdua susah dan senang!". Itu permintaan dia sendiri! 





#Tahun lepas aku silap buat entry, kata dah 8 tahun. Sebenarnya 8 tahun adalah hari ini! Dia siap sms lagi aku semalam .... happy anniversary sahabat!!









CK : 8 tahun itu lama sangat, entah macam mana aku boleh bertahan selama itu??

Thursday, February 23, 2012

SUDAH HABIS BERATUS DEPAN LAPPY JE!

Assalamulaikum ...





Alhamdulillah, hari ini gomen dah gaji! Kemarau poket dah kembali kembung. he he he. Pagi-pagi lagi aku dah bangun dan on lappy, untuk bayar bil itu ini! Banyak nau bil kena bayar. Tanggung sorang-sorang plak tu. Alahai, bilalah kita nak menanggung segala bebanan nie sesama yek? Ringan sket beban ai. Ngeh ngeh ngeh!



Belum pun lagi aku pergi beratur dekat ATM Maybank tu, depan lappy je aku dah habis dekat seribu bayar itu ini. Nak tunggu gaji ... sebulan baru dapat. Nak habis sekejap je, tak sampai 15 minit dah dekat seribu aku buat payment semua bil! Banyaknye! Itu belum termasuk bayar loan kereta dan insuran sekali 7hb depan. Itulah rutin aku tiap-tiap bulan. Settlekan semua bil rumah sendiri dan bil Astro ayah aku. 



Baru berangan nak pergi shopping, nampak gaya kena cancel lagilah. Kalau shopping pun beli ala kadar je. Kang risau belum cukup bulan kena ikat perut plak. Huh! Tak sanggup! So, baik berjimat daripada melagha tak tentu pasal. Alhamdulillah, bulan ini ada rezeki lebih sikit. Bulan depan bolehlah aku balik kampung. 



Hari dan plan nak book tiket AirAsia. Jimat sket kalau baik kampung naik flight. Kalau naik kereta parah sket ar! Tunggu June akan datang aku nak balik naik kereta, bolehlah angkut buah kelapa skali bawa balik Putrajaya. Kat Putrajaya asyik makan santan kotak je ..... tak sedap le buat kari!! Aku nie lidah kampung, manjang nak yang asli punya je!



Walau gaji tak sebesar mana, kita kena sentiasa bersyukur! Itu yang mak aku ajar. Rasa syukur akan buat yang sikit sentiasa cukup. Yang banyak kita boleh sedekah pada yang memerlukan. Okeh, jujur kata aku, bab sedekah nie, aku jarang-jarang sekali. Dan aku pun dah berazam, akan mulakan tahun ini secara konsisten. Sebab mak aku cakap, kalau kita asyik kata, "tunggu kaya nantilah baru kita sedekah dan buat amal jariah!".  Belum tentu lagi benda itu berlaku. Mulakan dengan yang kecil, tak perlu tunggu jadi kaya raya. Dulu aku kecik-kecik selalu cakap camtu dengan mak aku, "tunggu akak kaya nanti akak nak sedekah setiap bulan .... kalau lagi kaya nk bagi duit bina masjid!". Mak aku tak suka cakap camtu .... jangan tunggu kaya, tapi mulakan dari sekarang dengan nilai yang kecil dahulu! Sedikit tapi ikhlas adalah lebih baik daripada banyak tapi riak!



Sedekah mana yang mampu dahulu. Insya-Allah ganjaran balasan Allah Ta'ala itu besar tanpa kita sedari! Mungkin Allah Ta'ala akan beri kita rezeki melalui cara yang lain. Contohnya kesihatan yang baik adalah rezeki. Hidup yang tenang dan gembira adalah rezeki. Kawan baik yang ramai adalah rezeki. Kerja harian kita dipermudahkan sentiasa adalah rezeki. Anak-anak yang soleh dan solehah adalah rezeki. Kita dapat menghirup udara Allah Ta'ala pagi ini pun adalah rezeki. So, rezeki datang dalam pelbagai bentuk ..... dan bukannya dalam bentuk wang ringgit dan harta semata!




Sekian, sharing is caring! Cam ustazah plak. Aku cilok apa yang mak aku cakap je tau! he he he. Semoga jadi pengajaran bersama.



Demi mencari sesuap nasi! Aku bersyukur sangat .... rezeki aku bekerja di tempat yang ada penghawa dingin dan boleh duduk di kerusi yang empuk. Tengok aci nie .... demi sesuap nasi, dia perlu berpanas menyapu daun-dauh luruh di laluan orang! Tapi .... itu rezeki dia bukan??










CK : Kerja kena ikhlas, bukan sebab nak dapat markah tinggi dalam penilaian prestasi. Kalau dapat markah tinggi atas ikhlas dan jujur kita bekerja, itu adalah bonus! Apapun, penilaian Allah Ta'ala dan ganjaran Dia lebih baik.

Wednesday, February 22, 2012

SEDIH AKU DENGAN "KAWAN SORANG" NIE ...

Assalamualaikum ....







Sebelum cerita pape, luahkan apa yang aku tak puashati, aku nak habaq dekat Si June nie dulu. "Dear, entry ini takda kena mengena dengan ko tau! Sikit pun takda!". Aku tak nak kau terasa hati dan salah faham lagi tau!


Sambung cerita sebenar, agak sedih dan terasa hati aku mengenai "kawansorang" nie. Kecik hati aku dengan dia bertambah-tambah sejak akhir-akhir ini. Aku pendam je, sebab bagi aku dia bukan bff aku. Aku abaikan dengan apa yang dia nak buat dengan aku. Serius aku malas nak fikir, namun jauh kat sudut hati aku amat-amat terasa dengan sikap "kawansorang" nie.



Aku nie kejap ada dan kejap takda depan mata dia. Dia rasa nak bercakap dia bercakap, dia rasa nak buang aku dia buang. Rasa nak tegur, dia tegur! Aku kadang pelik kalau tiba-tiba dia diam dengan aku. Cakap pun dah tak macam mula baik dulu. Entahlah! Aku takdalah rasa menyesal apa pun. Tapi lelama aku tahu juga kenapa? Aku cuma bahan tempias untuk kepentingan diri dia ... mungkin! Bila susah, aku dijadikan tempat bersandar then bila nak horey-horey, aku bukan pilihan!



Mulanya aku sentap juga! Biasalah hati perempuan, mana tak sentap. Touching pun laju je, cuma aku nie bernasib baik kerana aku cepat-cepat psiko diri aku sendiri. Ah! Tak ada apa-apalah! Akhirnya aku belajar untuk kaji perangai "kawansorang" nie. Benarlah bagai apa yang ditelah, bila dia perlukan kita, baru dia datang penuh manja. Bila dah dapat apa yang diinginkan dia pun ikut kepada kawan asalnya! Aku nak cakap apakan? Lantak dek kau lah! 



Bila aku luahkan rasa terkilan dan kecik aku pada si bam-bam aku, dia cakap, "abaikan orang camnie ... kalau dia baik, kita baiklah! ini bukan kawan ... kita susah belum tentu dia tolong. tapi kita jangan cari musuh dan jangan jadikan orang lain musuh!". Lega hati aku bila ada tempat nak bersandar! Cheeeewah .... bam-bam bagai cahaya kecik hidup aku juga bila aku hilang arah!



Sedih juga rasa di sudut hati, bila suatu waktu dulu, aku percaya yang dia boleh dijadikan kawan baik. Masa tu belum kenal lagi dia macam mana dan lagu mana. Bila hari ini aku lihat sikap dia, baru aku tahu kenapa kawan yg pernah baik dengan dia dulu dah tak baik dah dengan dia. Aku dah tahu punca dia siapa!


Bam-bam, terima kasih kerana menjadi cahaya pada kelam yang menimpa! Cantik tak gambaq aku ambek nie? he he he



Kau adalah cebisan puzzle dalam kehidupan aku! Walau aku terluka dengan sikap kau, tapi kau masih memberikan makna kecil dalam hidup ini! Cuma pesan aku, usahlah terasa hebat dengan membanggakan diri dengan ilmu dan kemahiran yang tidak seberapa! Aku sedar, aku tidak sebijak kau. Tapi, aku harap kau sedar, aku hargai dan anggap kau kawan. Aku masih pegang kata-kata kau walau kau mungkir! Bila satu waktu aku perlahan keluar dari ikatan ini, sedarlah .... tiada benci yang wujud, cuma rasa terluka yang lahir! Darah tiada, tapi peritnya terasa!










CK : Bukan semua orang yang baik dengan kita sukakan diri kita, tetapi mereka yang sukakan kita semestinya akan baik dengan kita. Betul tak??

Jalan, Order dan Makan : SUP TULANG DI ARZA TOMYAM, BATU 14, PUCHONG

Assalamualaikum ...





Petang semalam aku godek-godek folder lama dalam lappy. Punyalah banyak gambaq. Tapi gambaq masa zaman belum aku beli compact camera la. Gambaq guna hapfone cap ayam jeeeew! Sekali tu, jumpa gambar makanan dekat Arza Tomyam, Batu 14, Puchong Selangor! Rasa macam belum update lagi pasal lokasi makan best nie. Menu yang aku suggest kat korang di sini adalah sup tulang! Sup tulang dia sedap tau. 
Aku pun dah lama tak pergi makan sup tulang. Sekarang nie dah kurang sangat merayau cari makan. Kalau ada pun setakat singgah bila nk pergi lokasi lain je!




 Arza Tomyam, Batu 14 Puchong! Warung biasa je ... tapi bila pekena sup tulang dia, perghhhh sedap beb!


Ini sup tulang dia. Isi daging lembut. Tulang of courselah keras. he he he. Rasa kuah dia sedap. Semangkuk nie kalau tak salah RM6.00 kot. Aku dah lupa sebab lama tak pi. Selalu kalau pi makan kat sini, sure order sup tulang dengan nasi goreng USA. But tempohhari ntah kenapa nak try menu lain. Kami order kuewteow kungfu! Bajet nak trylah, sebab tak pernah ode menu cenggini kat sini walau selalu datang.



Sekali kau ... kuewteow kungfu dia tak sedap!!!! Apa kehallah kuewteow tu pi goreng dengan tepung buat balutan. Reti ke dak nie? Kuewteow kungfu kena balut dengan telur. Bukan dengan tepung beb! Seakan kami macam tertipu di situ! So, rasa dia jadi amat pelik sangat. Rasa tepung! Ko bancuh-bancuh tepung tu bajet dia jadi macam telur yeah??? Aduss sadis tau.




Sekian, cerita jalan-jalan cari makan kami. Ada yang sodap dan ada juga yang tak sodap!!





Makluman : Untuk edisi Jalan, Order dan Makan (J.O.M) ... segala rasa, kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada deria rasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja. Jika anda pergi mencuba dan merasai sebaliknya, ingin saya tegaskan kita tidak mempunyai lidah dan tekak yang sama. Harap Maklum!











CK : Rasa nak makan nasi ayam penyet kat Bangi .... bilalah nak pergi sana?

Tuesday, February 21, 2012

SELAMAT HARI LAHIR WAHAI KEKASIH HATIKU!

Assalamualaikum ....






Hari ini 21 Februari! Hari ulangtahun kelahiran dia yang amat aku kasihi dan sayangi. Lelaki yang amat aku sayang sangat. Satu-satunya lelaki penawar duka lara hidup aku. Kadang faham aku dan kadang tak faham aku! Huh, kadang dia sengaja robek hati aku. Huh lagi! Tapi takpe, aku tetap sayang dia dunia akhirat. Pagi-pagi lagi buka mata, aku terus sms si dia! Walau aku tahu dia tidak akan membalas sekalipun. Dia sibuk? Tidak, dia tidak sesibuk orang lain. Cuma dia memang tidak akan balas sms aku. Asalkan dia tahu untuk membaca apa yang aku coretkan itu sudah cukup buat aku gembira! Cukup buat aku bahagia dan tersenyum!



Hari ini aku penat sangat, sepatutnya lepas sms aku perlu call dia. SMS tak cukup! Rasa kurang feel bila meluahkan rasa pada seseorang yang amat kita kasihi dan cintai! Aku sayang dia, sayang sangat. Aku tahu dia pun sayangkan aku sangat-sangat. Rasa kalau dia ada depan mata aku sekarang ini ingin sekali aku peluk dan cium pipi dia. Ermm ... rindu dekat dia. Dan dia jauh sekarang ini! Tuhan sahaja yang tahu betapa aku merindui dan menyayangi dia.



Tadi, sebab rasa tidak puashati. Dan rasa tidak lengkap hari aku tanpa bercakap dengan dia, aku terus call. Biar bagi ucapan dan luahkan apa yang ingin diluahkan secara live! Setakat aku wish melalui sms, lepas tu luahkan perasaan dan wish dekat facebook bukannya cukup pun. Dia bukan ada facebook. Dia tak pandai pun guna internet. Tengok internet pandailah! Kan kan .... sayang??



Tadi, sembang-sembang. Sebelum tu dah wish happy birthday! Then dia cakap, "pagi tadikan dah mesej, cukuplah tu!". Fine, aku kan jenis caring melampau. Asal sms apapun rasa macam tak cukup pada insan yang aku sayang. Mesti nak kena call dan dengar suara sekali.  Rasa seronok sangat bila boleh gelak-gelak dengan dia. Bila aku wish birthday tadi, dia ketawa-ketawa lagi. "Terima kasihlah ...!". Lelaki biasalah, tak kisah sangat hal macam nie. Remeh temeh cam birthday nie kan?? Terima kasih tu simple je ... tapi aku rasa amat bermakna. 



Dulu, aku kurang ambil berat sangat pasal birthday dia. Bila aku sedar segala pengorbanan dia pada aku. Bila aku sudah pandai berfikir. Bila aku sudah pandai menghargai. Bila aku pandai segalanya dan mengerti soal hidup dengan apa yang dia ajar dan didik aku selama nie, aku rasa aku kasih sayang tu bertambah berbunga-bunga! Sangat berbunga-bunga dan ceria!


Korang tahu, betapa sayangnya dia pada aku .... aku pernah terima hadiah ribuan ringgit dari dia! Bukan aku nak riak membangga, tapi aku bersyukur atas usaha dan pengorbanan dia buat kehidupan aku. Aku merengek, dia akan cuba dapatkan apa yang aku inginkan, cuma antara cepat dan lambat. Masa itu, aku belum cukup akal dalam menilai kesusahan orang lain. Itu semuanya dulu, kini tidak lagi.


Tentang hadiah ribuan ringgit, bukan senang orang nak dapat. Tapi aku memang bertuah. Aku dapat hadiah setiap kali aku dapat buktikan kesungguhan aku dalam sesuatu hal. Cuma kasih sayang dia lebih bernilai dari hadiah yang dia bagi. Itu dulu, sekarang aku memilih untuk usaha dapatkan apa yang aku inginkan. Aku dah tidak minta bukan-bukan lagi dari dia.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
 







Buat si dia yang amat aku kasihi dan sayangi, satu-satunya lelaki yang bertakhta di hati aku dulu, kini dan selamanya ... "SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN AYAH!". Ayah, walau ayah garang sangat, tegas melampau, kadang tak sporting pun ... tapi ayah baik sangat-sangat. Ayah selalu penuhi apa yang anak ayah inginkan. Ingat tak, ayah belikan motor masa lulus SRP dulu! Lepas tu masuk "U" dapat motor baru lagi! Sukeee, bila ayah belikan motor kriss biru pilihan hati anak ayah yang cantik tu. 



Lepas tu, bila lulus lesen kereta, ayah janji akan belikan kereta. Bertahun tunggu lepas lulus lesen, asyik ungkit je dengan ayah sebab belum nampak kereta. Bila final year dekat "U", ayah belikan kereta kancil! Weeeeha! Dapat sebiji kancil untuk guna masuk "U"! Sekejap je lah ... lepas tu kereta tu accident. Ayah sendiri yang bawa dan terjun dekat parit sebelah rumah. Kereta comel tu rosak teruk, banyak duit ayah habis! Tapi ayah tak kisah pun.



Pengorbanan ayah terlalu besar, besar sangat! Tak tahulah nak cakap macam mana .... hari ini dah 66 tahun usia ayah! Sudah 66 tahun ayah, sudah 66 tahun! Ayah dah tua ... kadang ayah tak larat! Anak ayah nie sedih sangat bila pertengahan tahun lepas ayah disahkan kena kencing manis. Menangis sungguh-sungguh anak ayah nie. Risau, gelabah, takut dan macam-macam perasaan ada dalam diri nie. Mana tak sedih, mana tak takut .... anak ayah yang satu nie rapat sangat dengan ayah. Kalau nak apa-apa boleh minta je terus! Sebab itulah, ramai cakap kakak nie anak ayah! Ikut perangai ayah dan segalanya tentang ayah dah jadi milik anak ayah yang satu nie!



Sebenarnya, kakak takut sangat hilang ayah. Apatah lagi mula-mula tahu ayah sakit hari tu. Kakak ada impian pasal ayah, tapi belum masanya nak cakap. Tunggulah, bila tepat pada masa dan sesuai keadaannya, akan kakak luahkan permintaan kakak yang terakhir! Sentiasa kakak doa semoga permintaan terakhir kakak buat ayah akan dimakbulkan Allah Ta'ala. Permintaan ini kalau ayah dapat tunaikan, akan jadi satu kegembiraan dunia akhirat buat kakak. 



Ayah, sempena ulangtahun kelahiran ayah yang ke-66 tahun, anak ayah doakan ayah sentiasa sihat selalu, diberikan ingatan yang baik, diberikan ketenangan, dipermudahkan segala urusan kehidupan, diberikan keberkatan, dimurahkan rezeki dan semoga ayah dipanjangkan usia untuk terus melihat anak cucu ayah! Kakak sayang ayah sangat dunia dan akhirat. Ayah tahukan ....??




#stop kat sini, aku dah touching semacam!






CK : Kesat airmata!! Rindu ayah aku .....

Resepi : TOMYAM AYAM ... sangat simple!

Assalamualaikum ...






Resepi Tomyam Ayam nie dah jadi pekasam dalam draft. Edit gambar, pastu bila datang mood nak update ... boleh hilang idea plak. Alahai! So update pasal benda lain dulu. Yang rasa tak payah fikir bebanyak ... kononnye! Menu nie antara menu wajib kalau balik kampung. Dari dulu lagi mak suka sangat buat tomyam mudah nie, bukan macam dekat kedai tu ... yang pekat melekat dan pedas terangkat disertai dengan sampah sarip yang banyak. Sampah sarip tu maksud aku serai, bawang dan segala macamlah. 



Yang mak aku ajar nie, very the simple one ok, sonang sesangat! Anak-anak buah aku kalau buat masak tomyam ayam nie, sure laju je makan nasi. Siap bertambah. Janji jangan pedas terlampau. Kena sesuaikan dengan tekak kanak-kanak jua! Okehlah, aku nak share resepi tomyam ayam paling simple untuk adik-adik. Sesimple abc kot!




Peberet satu keluarga nie ar!


RESEPI : TOMYAM AYAM
SUMBER : BONDA CIK KAMOO




Bahan-bahan;


  • Ayam yang telah dipotong dalam ketulan kecil
  • 1 batang carrot dipotong bulat (nak tambah baby corn dan cendawan pun boleh)
  • 1 labu bawang besar dimayang kasar
  • 1 kiub perencah tomyam Knorr
  • 2 biji limau kasturi/limau nipis (atau ikut suka korang, bergantung tahap masam yang selesa pada lidah)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 biji cili api - ketuk
  • 1 ulas bawang merah dan bawang putih untuk menumis (mayang halus)
  • 1 batang serai diketuk kasar (sekali ketuk cukuplah)
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-caranya ;

  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang merah dan bawang putih, goreng hingga bawang layu;
  • Masukkan ketulan ayam dan balik-balikkan sehingga separuh masak;
  • Masukkan serai dan kemudian masukkan air sehingga tenggelam ayam berkenaan atau ikut suka berapa banyak kuah yang korang nak;
  • Biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kiub tomyam knorr dan perahkan limau serta cili api;
  • Masukkan sayuran (carrot, baby corn atau cendawan) dan bawang besar;
  • Masukkan daun limau purut serta garam dan serbuk perasa; dan
  • Biarkan mendidih, kemudian rasalah. Kalau rasa semua dah ok, boleh tutup api dan hidang untuk dimakan.




Haaa, senangkan? Aku tak reti nak masak susah-susah nie. Cukup yang simple-simple je. Boleh share dengan adik-adik untuk depa plak try masak. Adik-adik ku sayang yang baca blog ahkak nie, try le masak! Aku suka tomyam yang kuah dia tak pekat sangat dan tak pedas sangat. But, masam mesti lebih. Barulah boleh tonggeng mangkuk untuk hirup! Uh ... nikmatnya!



Kalau tak nak makan tomyam nie dengan nasi, boleh tukar makan dengan bihun, mee or kuewteow! Sama je .. kenyang jugak nanti!



Okehlah, cau cin cau dulu ya! Adik-adik sayang jangan lupa cuba hokeh!






CK : Hari ini cam kepenatan jer ...

Monday, February 20, 2012

DUA RINGGIT MALAYSIA SAHAJA

Assalamualaikum ...




Sebelum nak cerita panjang-panjang, aku nak ucap takziah dan al-fatihah atas pemergian Allahyarham Latiff Ibrahim yang telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi. Al-Fatihah!



Buat apa tu? Tengah tunggu drama apa celop ke? Heh! aku sorang je kot dok layan drama Melayu. Korang mesti tak macam aku kan. Seharian aku tak layan blog. Update pun idak. Malam baru terhegeh nak update. Kalau rajin buat entry untuk esok sekali. Kalau rajinlah .... ngeh ngeh ngeh!


Skang nie agak busy, kelapangan yang kurang. Mungkin niat awal tahun nak kurangkan aktiviti berinternet kot. So, dengan tak semena aktiviti berblog aku pun cam merudum sketlah. Kalau yang perasan, aku update pun sehari 1 entry je. Update tetap update. Dah nama pun blogger separa tegar, jadi kerinduan nak mengarut dekat blog tetap ada. Heh!



Bila sebut blogger, taksah kalau tak jenguk akaun Nuffnang. Nak tengok traffic dan juga dalam masa yang sama jenguk income. he he he. Income yang tak seberapa. Traffic Alhamdulillah still macam biasa walau aku tak update hari nie. Cumanya Encik Nuff belum sedekahkan aku BE sejak aku dah cashoutkan income hari tu. Oh! cek pun lom dapat lagi. Tapi, alhamdulillah .... lepas cashout ada juga income walau sedikit. Dok doa-doa kot Nuff kesayangan nie bagi aku BE dalam masa terdekat nie. Encik Nuffnang, 2012 chek belum ada BE lagi tau. he he he




Hah! Tengok income aku yang baru .... banyakkan? Dua Ringgit Malaysia ...... sahaja! Alhamdulillah. Kempen je banyak aku dapat. hu hu. Nak ngomel lebih malas le. Kempen pun kempenlah. Janji aku hapdate dengan rela hati. kui kui! RM2.00 boleh beli aiskrim kot. Takpa, aku nak kumpul bagi jadi banyak cam aritu. Boleh juga aku kumpul tambah ASB yang ada tu. he he he




Tengok RM2.00 tu terus rasa lapar! Malam nie aku dinner dengan kuewteow ladna. Sedap weh! he he he masuk bakul angkat sendiri dah aku nie. Sedap bagi aku yang lapar, dinner tu pun sebagai menu buka puasa aku. Aku puasa arinie. Esok tak sure lagi nak sambung puasa ke idak. 



Perut pun dah kenyang! Meh aku cerita pasal roti kukus aku yang tak berapa nk jadi gebu. Tensen akak ok! Puas menguli tepung, last-last roti kukus nie tak gebu. Boleh makan .... cuma macam tercekiklah sket! Malam nie aku plan nak menguli lagi. Nak buat roti juga. Tapi bukan roti kukuslah. Maybe nak buat roti sosej kot.



Apapun aku nak layan Apa Celop sampai habis dulu, kendian baru nak start menguli ....... kalau rajin! Kelakar lak drama nie .... abang boboi la ... gegirl la ... baby la ... ha ha ha cinta sungguh camnie!







CK : Akad nikah dekat Mekah? hu hu hu agak2 camne?

Sunday, February 19, 2012

MUNGE-MUNGE DARI BUKAN DSLR!

Assalamualaikum ...






Morning korang! Pagi nie tak cerita apapun. Layan je gambaq munge-munge cantik dan buah yang aku ambil masa Karnival Hari Belia Negeri Sembilan semalam. Hari nie last tau! Sempat lagi korang nak pergi aku rasa.












Itu je! Mood malas nak celoteh, kalau aku mula celoteh panjang berjela aku rasa. he he he







CK : ????

Saturday, February 18, 2012

KARNIVAL BELIA NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum ...






Hari nie, hari poya-poya! Relaxkan kepala, cuma kaki je tak dapat relax. Dok gatai kaki nak pi jalan-jalan. Haish, kaki nie tak mau dok rumah pulak. Patut weekend dok umah je, tengok tv, kemas umah, baring ... relax. Ini dak, aku rela layan kegatalan kaki aku nak pi jenjalan. Okeh, meh jalan-jalan ye kaki! 




Tengahari, pi program gotong royong kat area Pedas Negeri Sembilan. So, dapatlah lunch dengan Khairy Jamaluddin aka KJ, tapi bukan dok semeja pun. Meja dia belakang meja aku. Okeh, dapat la tengok muka dia dekat ntah kali ke berapa ntah! Lunch dia punyalah sodap. Makan daging masak lomak cili api dengan sembilang sambal. Pedas kenmain. Sedap punya pasal den lupokan ajo bab pedas tu. Berpeluh hidung makan.




Lepas lunch terus pergi Seremban, mula ingat nak pekena cendol dekat Shariff Cendol. Tapi pergi jumpa kawan si MB dulu. Time tu perut masih kenyang. Punyalah lama lepak dekat kedai kawan si MB nie, siap makan maggi goreng bagai. Lepas berborak semua, gerak ke Seremban terus pergi ke Karnival Hari Beli Negeri Sembilan. Karnival nie sampai esok je ye, 19 Februari 2012! Kira ada sehari je lagi. 




Jom layan gambar yang aku sempat ambil. Penat juga jalan, tak menarik sangat ... orang pun tak ramai. Maybe sebab hujan kot. Aku selamba je jalan dalam hujan cam kalis air je rupa aku nie. Kalau pergi pagi mesti lagi best aku rasa. Malas bebel .... meh layan gambar ye!






Booth yang menarik minat kami. Booth Jabatan Pertanian Negeri Sembilan.


Abang nie baik je bagi penerangan pasal jenis baja. Nak beli pun, kat rumah takde pokok yang ditanam.


Jenis baja!


Rock melon! Sedap je nampak.


Jambu tanpa biji. 


Gerai makan! Kalau penat jalan boleh makan dan minum di sini. Macam-macam ada!

Hujan sebab abang nie nyanyi ke??


 Apa nie??


 Contoh khemah pengakap!

 Adik nie try merempit dengan motor comel!


Ada gambar lagi, gambar bunga. Nanti aku upload. Nak layan cerekarama Jujur Aku Dayus, lakonan Beto Kusyairy, Nora Danish, Irma Hasmie dan ramai lagi. Tak sangka suami dia ada perempuan lain. Lepas koma je, konon berubah. Rupanya dah ada bunga baru! Buat-buat lupa isteri. Marah isteri panggil dia sayang. Cekik kang!! Ergh .... cam hampeh je kan! Geram nie. Takpe, kita tengok apa kesudahan cerita nie.









CK : Lepas karnival terus nak pi layan cendol, sekali Shariff Cendol tutup daaaaa!

Resepi : TELUR MASAK KICAP PEDAS BERHALIA ... orang bujang!

Assalamualaikum ...







Selamat hari minggu! Hari ini aku tak kerja lebih masa, nak rehat dan nak jalan-jalan juga kot ... kot! Kena ada kot sebab aku tak pasti lagi macam mana. he he he. Kalau jadi jalan-jalan takdelah aku nak masak untuk hari nie. Makan luar je kan ... kan. Haaa cam pemalas di situ. Tapi takpe, bukan selalu sangat pun. 


Okeh, tak usah nak mengarut pepanjang. Nak share resepi ngan korang. Resepi simple yang sodap makan dengan nasi panas. Ini pun ntah bila aku masak. Masa cuti Maulidur Rasul hari tu kot rasanya. Terperam je gambar dia dalam draf. Belum jadi pekasam lagi la .... Resepi aku kali ini adalah Telur Masak Kicap Pedas Berhalia. Cheh! telur masak kicap pun nak share resepi. Mesti korang gelakkan aku. Ah! pedulik la ... wakakakaka! Resepi nie main agak-agak and campak je, asal jadi! nyum nyum ..



rupabentuk masak kicap telur pedas berhalia! nyum nyum ....


RESEPI : TELUR MASAK KICAP PEDAS BERHALIA
SUMBER : CIK KAMOO 


  • 3 biji telur ayam (goreng siap-siap buat telur mata kerbau ye)
  • 2 sudu cili boh (cam biasa aku pakai cili giling puteri)
  • 2 sudu kicap masin
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 labu bawang besar Holland dimayang kasar
  • Halia sebesar ibu jari di mayang halus (memanjang)
  • 1 ulas bawang merah dan putih untuk menumis (mayang halus)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa (tak perlu pun ok je, sebab kicap pun dah masin!)
  • Serbuk perasa
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit air (jika ingin kuah lebih)
  • Minyak masak untuk menumis


Cara-caranya;

  • Tuang minyak masak ke kuali panas dan tumis bawang merah dan putih sehingga layu dan kekuningan. (ini step biasa, so agak-agaklah korang camne kan)
  • Masukkan cili boh dan goreng sehingga naik minyak. 
  • Kemudian masukkan semua jenis kicap di atas dan sos tiram
  • Kacau dan kacau sehingga benar-benar masak, kemudian masukkan sedikit air
  • Biarkan menggelegak, masukkan serbuk perasa, asam keping dan garam (jika perlu)
  • Bila dah rasa semua ok, masukkan telur yang telah digoreng
  • Kemudian masukkan bawang besar dan hirisan halia
  • Balikkan telur dengan lemah lembut, kang kasar berderai plak telur tu.
  • Tunggu sekejap hingga mendidih terus tutup api dan boleh dihidang



#paling sedap makan dengan nasi panas-panas dan ikan puyu pekasam! perghhhh ..... tak pandang orang lalu lalang dah!




Teruja tak?? Mesti korang cakap, "eleh setakat telur masak kicap pun mau cerita ka??" .... ah! pedulik haku le ... kui kui






Untuk adik-adik kat rumah, yang baru belajar masak cam aku ... bolehlah cuba ya! Sonang je aih. Korang leh pelbagai kan telur camnie ar, nak rebus pun boleh and nak buat telur pocah pun boleh. No hal punya. Janji boleh makan. 



Rajin-rajinlah ke dapur ye anak-anak semua .... tolong mak!! Untuk adik-adik yang masih sekolah tu, dari dok lagha je, baik buat masakan camnie dekat mak. Hidangkan utk dorang. Mesti mak korang teruja. Mesti dia cakap, "wah! pandai anak mak masak". He he he he, sedangkan masak telur je pun. Ye dak??






Sekian, cerita resepi aku. 








CK : Tengah layan movie The Pastor's Wife! Best plak cerita nie.....