Wednesday, December 1, 2010

RON 95 VS RON97 Rakyat Malaysia ditipu?

Makluman : Artikel ini telah di copy paste dari MILOSUAM dan telah dikreditkan kepada beliau.

Sila sambung baca....

A
rtikel ini memberikan informasi yang berguna kepada anda untuk menjadi warganegara atau rakyat yang lebih bijak. Bacalah dengan teliti.

Hari ini minyak petrol RON97 naik lagi 15 sen menjadikan harganya meningkat kepada RM2.30 per liter berbanding RM 2.15 per liter sebelum ini. Bagi yang kurang peka tentang kenaikkan minyak ini, atau mungkin dah banyak sangat duit, tentu tak kisah minyak nak naik berapa sen pun se liter. Kalau naik sampai RM10 se liter mungkin barulah mereka akan merungut.
Sumber: Malaysiakini

Alasan kerajaan menaikkan harga minyak

Sekali imbas, kita semua sedia maklum, kerajaan memberikan alasan bahawa kenaikkan harga bagi minyak petrol RON97 tidak akan memberikan kesan kepada rakyat Malaysia kerana rakyat masih boleh mendapatkan harga yang rendah atau tidak berubah bagi minyak petrol RON95 iaitu pada RM 1.85 per liter. Kerajaan memberikan alasan bahawa mereka masih memberikan subsidi kepada minyak petrol RON95 untuk kegunaan rakyat Malaysia.

Apa yang dikatakan oleh kerajaan tidak ada salahnya. Kalau dilihat di stesen-stesen minyak di seluruh negara (kalau anda perasan), ada diletakkan notis amaran bahawa kenderaan yang memiliki flat pendaftaran selain Malaysia tidak dibenarkan membeli minyak petrol RON95. Ini bermakna Kerajaan Malaysia melarang warga asing dari membeli minyak petrol RON95 kerana minyak ini mempunyai peruntukan subsidi hanya untuk Rakyat Malaysia sahaja.

Kualiti minyak RON97 lebih baik

RON97 merupakan minyak yang lebih berkualiti jika dibandingkan dengan RON95. Maka wajarlah harganya lebih mahal berbanding RON95. RON95 mempunyai 'octane number' yang rendah maka sifat anti-knocking yang kurang baik, cukuplah ReJaM© katakan di sini bahawa ia sebenarnya tidak baik untuk enjen anda. Malah ada dakwaan yang mengatakan RON95 mudah terbakar dan menjadi punca banyak kereta yang terbakar di dalam kemalangan kebelakangan ini, namun tiada bukti yang kukuh.

RON 95 VS RON97 Rakyat Malaysia ditipu?
Di sini ReJaM© ingin kongsikan kajian amatur yang telah dijalankan oleh salah seorang Forumer di forum carigold.com terhadap tahap penjimatan kedua-dua minyak ini (RON95 VS RON97) berikut screenshot hasil kajian beliau.


Sumber : Carigold.Com

Kajian kilometer ini dijalankan terhadap produa Viva elit (1000 cc). Hasil kajian beliau menunjukkan RM 20 minyak petrol RON97 boleh membawa kenderaannya sejauh 197 km (harga lama). Manakala RM30 minyak RON95 boleh membawa keretanya sejauh 220 km. Mari kita analisis data ini.

RON97 RM 20 = 197 km bermakna setiap RM1 = 197 km / 20 = 9.85 Km

RON 95 RM 30 = 220 km bermakna setiap RM1 = 220 km/ 3o = 7.33 Km

Ini bermakna dengan membeli minyak RON97 sebanyak RM1, kereta anda boleh pergi sejauh 9.85 km sedangkan minyak RON95 yang kononnya murah sebenarnya lebih mahal kerana setiap RM1 RON95 hanya boleh membawa anda sejauh 7.33 Km.

RM1 RON97 = 9.85 km
RM1 RON95 = 7.33 km

Maka untuk setiap Rm 1 duit anda membeli RON95, anda sebenarnya kerugian sebanyak 9.85km-7.33km = 2. 52 km. Maka lebih baik anda membeli RON97.

Persoalan di sini, untuk apakah kerajaan memberikan peruntukan subsidi kepada minyak RON95 tetapi di dalam masa yang sama merugikan rakyat sendiri? Mungkinkah harga RON97 akan terus meningkat sehingga ke tahap sama nilainya dengan RON95 dari segi kilometer?

Sekiranya ada di kalangan pembaca lain yang ingin membuat kajian mengenai beza kualiti minyak RON95 dan RON97 dari segi kilometer dan dari jenis kereta berlainan serta ingin disiarkan di sini sila email ke share.milosuam@gmail.com

ReJaM© "Orang meniaga pusing mana pun dia mesti untung punya, toksah nak temberang!"


Sekiranya ada di kalangan pembaca lain yang ingin membuat kajian mengenai beza kualiti minyak RON95 dan RON97 dari segi kilometer dan dari jenis kereta berlainan serta ingin disiarkan di sini sila email ke share.milosuam@gmail.com


Kredit : milosuam





p/s : Sebab tulah saya selalu disarankan guna RON97 krn Encik Abile sllu wat kiraan2 camnie...nk kira untung rugi!! Apapun pengguna ttp RUGI sbb harga brg asik naik je! Tapi pagi ni kenaikan petrol ini buat menambahkan kekecewaan sahaja!! Sana sini naik...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!