Wednesday, December 1, 2010

Terasa Nak Bercerai Dengan RON97! Tetapi Saya Masih Sayangkan RON97!!


RON97 Kini RM2.30 SELITER!!

01/12/2010 2:45am Utusan Online

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Harga minyak petrol RON97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai esok.

Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Menurut sumber, pengumuman mengenai kenaikan harga RON97 tidak dibuat secara rasmi oleh kerajaan memandangkan perubahan adalah mengikut harga pasaran dunia.

Ia kenaikan kali kedua sejak kerajaan membuat pelarasan subsidi petrol dan memutuskan untuk mengapungkan harganya dari semasa ke semasa.

Pada 1 November lalu, petrol gred RON97 naik sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan masih mengekalkan subsidi petrol RON95 walaupun dikatakan bakal menjejaskan pentadbiran kerajaan.

Pada Oktober lalu, kerajaan menjelaskan perbelanjaan subsidi untuk tahun depan mampu mencecah RM24.9 bilion berbanding tahun ini iaitu RM23.7 bilion.



p/s: Tak tahu nk mengeluh atau tak? Apsal kerap sgt naik harga nie? Mcm tak logik pun ada...takkan perlu 'bercerai' dengan RON97 kot??

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!