Assalamualaikum ...
Hidup ini begitu indah. Itu yang perlu kita ucapkan setiap hari. Hidup ini begitu bahagia. Itulah yang sepatutnya kita benam dalam hati. Bak kata orang jangan terlalu lemas dalam kekecewaan. Hidup ini singkat untuk dipenuhi dengan air mata untuk selamanya. Itulah nasihat yang pernah saya dapat masa saya kecewa dan gagal dulu .... dulu ...! Menangis itu perlu tapi bukanlah sepanjang masa.
Mustahil setiap manusia bahagia, gembira dan berjaya setiap masa. Pasti ada gagal, kecewa dan rasa duka hinggap walau sekejap. Untuk bercakap soal ini, hanya mereka yang pernah jatuh, kecewa, terluka dan berani bangun semula sahaja yang layak bercakap. Mungkin! Mereka melalui dan merasai ...
Tak semua yang pahit itu harus kita buang. Tak semua orang yang jejak dalam kehidupan kita dan meninggalkan kesan dan parut luka perlu kita benci! Kecewa ... siapa yang tak sakitkan! Kalau boleh masa tengah marah macam nak benam-benam orang yang kecewakan kita dalam tanah! Tapi bila kita fikir semula dengan akal yang waras ... "bukankah dia pernah beri kita rasa gembira dan bahagia!". Apa-apapun kenanglah ia berpada-pada.
Ada yang tanya saya dulu kenapa saya terima dan masih sayangkan dia? Kenapa? Perasaan sayang di hati manusia itu berbeza. Tak kenal rupa, tak kenal kilo yang ada, tidak kenal cacat cela ... apapun sayang biar jangan sampai buta hati yang ada.
Kalau orang lain pandang dia tak hensem ... mungkinlah ... mata orang lain! Tapi pandangan mata orang lain sama ke dengan kita ? Kita dan mereka punya rasa sayang yang samakah? Kalau rasa sayang sama mungkin terpaksa kita berkongsi! Oh! minta dijauhkan perkongsian kasih sayang. Maaf ... tak wujud dalam diari hidup selama ini walaupun pernah berlaku tanpa permintaan. Kisah lama.
Bak kata adik saya, "seorang lelaki yang kudung, dipandang sempurna oleh perempuan yang menyayanginya. seorang perempuan yang gemuk dipandang cantik oleh lelaki yang menyintainya!".
Cinta dan kasih sayang tu subjektif bukan?? Penerimaan dan penolakan yang berbeza dan berbagai-bagai! Jadi sayang kita tak perlu sama dengan orang lain. Dah sah-sah kita semua tak sama. Jadi kalau orang asyik tanya, "kenapa kau sayang dia dan kenapa kau suka dia?" ... pulangkan balik soalan yang sama pada si bertanya tadi.
Tak perlu korang penat-penat nak ulas panjang lebar 7 hari 7 malam ... kenapa korang boleh jatuh cinta pada si polan binti/bin si polan! Tak perlu pun nak cakap .... "saya suka dia sebab ... sayang dia sebab ..."
Dia cute ...
Dia sweet ...
Senyum dia buat saya cair ....
Dia caring ....
Dia romantic ...
Dia pandai masak ...
Dia pandai main gitar ...
Saya tengok perut boroi dia kan ... nampak shomel tau ....
Suka tengok dia ketawa besar ...
Dia pandai jahit baju ... baju saya semua dia jahit ...
Dia suka main badminton macam saya ...
Dia memang happy go lucky ...
Saya sukalah dia ... saya sayang dia sangat ... nak cepat-cepat kahwin ngan dia! eeee tak sabarnya!
Walaupun orang yang korang suka tu ....
"solat pun tak cukup! kadang-kadang tak pernah pun! "
yang ini peringatan untuk diri sendiri ... korang jangan nak terasa plak!
Pilihan hati manusia nie sukar dijangka. Kita pandang macam tak sesuai tapi pemilik diri serasi ... dan dia bahagia. Nak cakap apa lagi kan??
Percaya atau tak ... kadang-kadang kita memilih untuk terus bersama seseorang itu bukan sebab dia handsome atau cantik atau baik atau pandai masak atau dia periang atau dia hebat berpolitik atau dia selalu puji diri dia handsome ... TAPI sebab kita dan dia serasi bila bersama dan kita selesa berada di samping dia!
Bila korang berada di samping dia dan TAK INGAT pun pada lelaki/perempuan lain, bila berjauhan rasa rindu dan sepanjang masa ingat. Korang rasa happy dan selesa dengan dia.... that's mean mungkin 90.99% dia adalah jodoh untuk kehidupan korang! Yakinlah ... walaupun jodoh itu ketentuan Allah ... namun sebagai hamba kita perlu berusaha dengan cara yang betul!
Adik saya cakap ... "kerana seperti sepasang kasut, kita tidak memilih kasut kerana warna dan jenamanya, tetapi kita memilih kasut yang selesa untuk dipakai selama-lamanya!" .... dan saya tambah ... "kalau kasut itu rosak pun kita akan simpan baik-baik!".
Entri ini panjang lebar! Terima kasih baca sampai noktah terakhir!
CK : Cinta memang subjektif ... kadang indah, kadang sakit! Tapi saya tetap suka cinta dan kasih sayang! Buat saya semangat untuk teruskan hidup!