Masa korang baca entry ini, aku berada dalam perut kapal terbang Airasia. Terbang pulang ke Putrajaya sana. Flight aku jam 8:20am. Awalkan? Untuk penerbangan awal pagi dari AOR (Aloq Staq) ke LCCT hanya pada jam 8:20am sahaja. Lagi satu penerbangan, malam. Malaslah aku nak balik malam. Sebabnya masa balik AOR tu aku dah naik flight malam. 7:50pm! Berkejaran aku masa balik aritu sebab si MB punya hal, nak sangat gerak lewat. haish!
Cerita aku bukan pasal, aku naik flight sekarang nie. Ini entry autopublish ye. Ko hengat ada ke line BB Maxis di tengah awangan tinggi ni. Nan hado ye anak-anak. Actually aku hapdate entry nie pun di pagi raya aidil adha sebab aku bosan gila. keh keh keh. Mak ayah aku pergi solat raya then aku ditugaskan bagi duit raya kat budak-budak (tugas wajib setiap tahun, tunggu kahwinlah baru ada orang lain amek lain kot, dah busan dengan tugasan nie). Sambil tunggu budak-budak datang, aku blogginglah. Pandai tak aku isi masa terluang? Pandaikan!! (Untung mengusung lappy aritu dengan BB skali ... ngeh ngeh ngeh).
Berbalik kepada cerita asal, masa aku nak balik AOR, aku gerak dari Putrajaya 6:45pm sedangkan flight aku 7:50pm. Lambat giler gerak. Dalam hati doa-doalah agar sempat. Kang terlepas flight plak. Tapi aku memanjang yakin dengan si MB, kalau dia cakap sempat selalunya memang sempat, tak pernah gagal.
Sampai airport jam 7:15pm. Memang sempat. Aku tengok check in 7:05pm. Si MB ajak aku makan dulu. Lapar katanya. Mulanya dia nak makan TASTE of ASIA tu, tapi tak jadi. Terus masuk Mc Donalds. Order plus makan kat situ, sudahnya jam 7:30pm. Tapi mamat nie masih lagi nak lengah-lengah relaks bagai. Sebab bukan dia nak naik flightkan ... hish, piat telinga kang! Aku juga yang terkejar semacam.
Lepas lambai-lambai Si MB, wasiat itu ini then 7:35pm tu aku pergi check in, nasib baiklah Mc D tu dekat je dengan pintu masuk check ini, tak payah berlari bagaikan. Bila nak masuk tuh, aku buka lah bag, keluarkan lappy segala dan aku boleh lupa beg sandang belakang aku belum scan. Main masuk je. Dah kena tegur dek polis yang jaga, "dik, scan beg tu dulu!". Hu hu ... nasib baik dia tak marah. Sah-sah dia nampak aku kelam kabut. Sorry! Patah balik then scan. Settle semua!
Masuk je semua orang dah beratur, dan nasib baik sekali lagi gate nak naik flight AK 5252 tu dekat pintu check in. Memang bernasib baik sungguh hari ini. Serba serbi dekat. Aku beratur agak kebelakang. Jalan ke kapal torobang pun memang laju semacam. Terus menuju ke ekor kapal. Seat aku 21C, so better naik kat ekor dia je. Tak payah nak redah orang sini sana.
Mungkin rezeki aku naik flight kali ini, heh heh ... masa aku duduk kat 21C, takda sape pun. Lane sebelah aku semua lelaki. Seat aku betul-betul sebelah lorong. Senang nak keluar. Tiba-tiba ... ada seorang pakwe hensem datang dok sok sek dekat lane sebelah aku. Aku buat dunno je. Bajet macam tak ada kena mengena dengan aku. Tetiba dia pusing sebelah aku, then nak duduk dekat salah satu daripada 2 seat yang masih kosong. Kenalah aku bangun. Dia pun bayar harga tiket jugakan.
Mula tu aku malas nak memandang. Aku kan spesis pemalu. meeeeow ... meeeeeow! Aku bukan jenis pandai sangat nak berborak bagai. Diam lebih baik. Tapi ... tapi, sekali pakwe ni tegur! Masa tu flight dah gerak pusing-pusing dan mula nak torobang dah!
Si Pak We : Balik Aloq Staq ke?
Aku : A'ah ... *mak aih ... hensem! sweet la pulak muke. suci murni*! Awak balik kg juga ke? Balik raya?
Si Pak We : A'ah ... balik raya! Balik mana?
Aku : Ermm Aloq Jangguih. Awak?
Si Pak We : Jalan Datuk Kumbar .. *camtulah kot aku dengar*.
Aku nampak dia bawa dslr! Aku kan minat giler dengan photography. Terus aku selamba je tanya,
Aku : Photographer ke?
Si Pak We : Eh! Tak lah ... ini hobi je! Keje mana?
Aku : Putrajaya. Awak?
Si Pak We : MISC ...
Cheh! hebat tul tempat keje si pak we nie. Kalau korang dok sebelah dia memang teruja semacam. Dia sweet. Muka memang suci murni punya orang. Pastu dia hulur gula-gula kat aku. Mula aku tak nak, tapi dia suruh ambik. Aku ambik, tapi takdelah nak makan. Aku kan tak suka sangat gula-gula. Aku positif je masa dia bagi gula-gula tu, tak adalaha ku nak fikir bukan-bukan walau aku tahu sekarang nie macam-macam hal berlaku.
Aku rasa macam ada banyak je benda dia nak sembang ngan aku, cuma aku je tak pandai nak layan sembang dengan orang. Tambah-tambah kalau orang tu hensem, macam tak kena je aku nak sembang. he he he. Pandang cukuplah!
Sepanjang perjalanan aku memilih untuk diam je. Aku tidor! he he he. Sesekali jeling pak we tu dok baca buku je dari mula naik sampailah ke Aloq Staq. Masa menaip nie masih jelas bayangan wajah pak we hensem tu. Kalau berselisih bahu kat mana pasti aku ingat. Dia? Aku tak pastilah dia ingat tak muka aku yang penat neh. he he he.
Masa turun, aku perasan dia cam follow aku je. Siap tanya sapa datang ambil aku. Aku cakap ayah. Dia pun parent datang jemput juga. Dia tanya aku balik bila. he he he. Kami balik hari yang sama cuma aku flight pagi dan dia flight malam. Dia cakap, aku tak tahulah sebaliknya. keh keh keh!
Sambil jalan-jalan nak tuju ke ruang ketibaan, dia borak-boraklah macam-macam. Ermmm dia adalah sweet dan hensem. Muka dia memang suci murni! Aku rasa dia pangkat adik-adik jugalah dengan aku. he he he.
Inilah cerita menarik yang aku cakap kat korang DI SINI. Airasia bagi pakwe hensem bagi gula-gula! Pengalaman tul. Selalu aku naik Airasia atau balik naik bas tak pernah pun dapat duduk sebelah pakwe hensem. keh keh keh.
Oklah....sudah korang baca entry nie maybe aku dan mendarat kat LCCT kot. Panjang berjelakan entry nie...hehehe laayaaaaaaaaaaaaaaaan!!
CK : Aku sentiasa berbaik sangka semua orang adalah baik-baik. Jika sebaliknya ... hanya ALLAH yang tahu. Cuma berhati-hati itu perlu.
hehehe..
ReplyDeletekalau eka pon,eka ambek gula2 tu..
hahahaha
mesti hensem gile..dah terbayang2 muke..
hahahaha
gatalnyer saye...
huhu
ReplyDeleteuntung ler dapat gule2 :D
amboi sukenya dye.but ending nya xbesh lah.xde tukar2 num fon ke?hehehe
ReplyDeletebestnyeeeeeeee hehehe
ReplyDeleteEka > mmg ensem...akk nk kena google gambar yg seakan muka dia
ReplyDeleteAmy > gula2 tu tak tau pi mana dah
Rara > malu le nk tukar2 no. phone...heehhe
Uya > hahahaha