Tinggal sebulan lebih kita nak masuk 2012. Serius aku rasa sekejap sanngat. Bila dah masuk 2012 aku dah rasa tua nak buat azam baru pula. Aku belek-belek azam dan wishlist aku untuk tahun 2011. Ada yang dah tercapai dan ada yang tidak. Sebulan setengah lagi tinggal, mampu ke nak capai? Ada yang sempat lagi, yang tak sempat aku carry forward 2012! Nasiblahkan ... setiap tahun pasti ada sahaja azam dan wishlist yang dicarry forward! Nampak sangat kurang cemerlang di situ. Diri sendiri, sesetengahnye kita mampu menilai. Kena fikir tak semua orang nilai tentang diri kita betul, jadi ambik masa muhasabah diri. Macam aku, banyaknye masa terbuang bila azam dan wishlist 2011 tak tercapai. Cuai!
Untuk wishlist 2011 aku, oven dan melancong ke Sarawak dah tercapai. TV LCD bulan Disember nie baru aku dapat beli. Kalau nak diikutkan aku dah dapat beli awal TV nie bagi ganti semula TV pemberian SIL aku yang sangat comel. Sekarang nie si comel tengah meragam. Kadang ada gambar, kadang tak ada. Tahulah kot aku nak dapat yang barulah tu! Aku dahulukan dulu permintaan mak aku, maka keinginan aku untuk dapat TV LCD tu aku tunda sampai bulan depan. Asal dapat ... kira oklah!
Meja makan, study room sendiri dan DSLR. Aku terpaksa pejam mata buat masa sekarang. Pelan-pelan kayuh beb. Ini pun dah penat aku kayuh. Cuma bulan nie aku perlu pergi ke IKEA tengok meja study. Bilik study dah ada, cuma .... KOSONG! DSLR tu kumpul duit Nuffnang ajelah, ini pun pelan-pelan kayuh jugak. Biasalah naik sampan, kalau naik boat enjin, laju je aku pederas! keh keh keh!
Itu bab wishlist yang aku dah selongkar balik. Azam plak? Bila tengok bab azam nie buat aku gelak sorang-sorang. Nasib baik azam aku bukan jenis bukan-bukan. Nak tahu azam aku korang jenguk sendiri kat SINI. Aku tak kisah nak share dengan korang untuk pastikan ia benar-benar tercapai .... [jangan gelak kuat-kuat bila baca!]
Bab produktiviti kerja, aku rasa [aku yang rasa, bukan boss aku] dah lebih baik dari last year. Cuma aku lebih banyak diam kat office. Buat hal sendiri. Sebab aku dah serik kena tegur dengan Big Boss aku sebab aku suka melawan Boss Kecik aku. Keh keh! So, aku ikut je apa orang tua tu nak. Bila dia suruh komen, sure aku cakap, "no komen!". Ayat bajet artis sikit. Tahun nie kalau dia complaint lagi pasal melawan tu, memang aku tiaw dia cukup-cukup. Tak sudah-sudah nak menipu!
Berat badan! Azam sia-sia. Aku tak akan forward utk tahun depan. Rasa nak kurus nanti, dia boleh kurus sendiri. Setahun aku kurang 2 kilo!! Tak berbaloi. Cheh ... abaikan!
Masa untuk diri dan keluarga. Huh! Tak tercapai langsung. Asyik kerja je camno??
Lebih hormati masa. Alhamdulillah ... punch card aku dah ok. Aku tukar time kerja. ha ha ha. Dulu 8am masuk kerja, sekarang nie 8.30am. Kira hormat masa jugakkan?? Janji punch card aku ok tiap-tiap bulan.
Hadkan penggunaan kad kredit. Memang aku tak guna pun credit card sepanjang tahun ini untuk shopping. Untuk kereta pun tak lebih 10 kali, itupun isi petrol masa wallet sesak. Servis kereta aku pakai card sekali je, lain semuanya cash. Sekarang nie aku tengah gigih bayar semua hutang kredit card. Dan tahun nie ... memang tiada istilah shopping kalau tak ada cash dalam tangan. Aku rela aje pakai kain baju lelama, recycle ke apa yang patut. Tak sanggup jadi penanggung hutang lagi!
Cerita 2011. Tahun 2012 ... aku nak kaji balik apa yang banyak kurang dalam tahun 2011 nie, barulah aku boleh letak azam. Cuma tahun ini banyak dugaan yang aku lalui, aku telan ajelah. Nak cakap pun tak guna. Dan nak luahkan pun belum tentu ada yang faham.
Tahun ini rasa sekejap sangat. Tak tahulah terisi atau membazir hampir 365 hari bagi 2011 nie. Sampai aku dah review semula azam dan wishlist aku. Korang??
CK : Sukanya office hari ini lengang .... hari-hari macam niekan best!
akak ni tak der lah letak azam bebanyak sangat setiap kali tahun baru.. selalunya redah jer..
ReplyDeletetapi, masa semakin pantas berlalu, kan? rasa cam baru semalam je sambut new year 2011.. tup tup, bulan depan dah nak masuk disember.. pastu masuk januari 2012 pulak..
gitulah.. tanda-tanda akhir zaman..
Ana > Akak, azam saya nie 5 je pun...yg 5 nia nk sibuat dalam 365 hari pun x sempat. nampak sangat ada yg terbazir..heheheh. Bila ada azam sekurang2nya ada juga guide kita nie kak. Tak adalah memanjang tersasar....terutama bab credit card sy tuh...hehehe
ReplyDelete