Akhir-akhir ini Putrajaya, hari-hari hujan. Asal petang hujan. Asal hujan mesti petang. Alhamdulillah. Tak elok nak merungut sebab hujankan satu rahmat! Phewww aku suka hujan sebab sejuk. Aku rasa hujan bagi aku damai kalau aku ada kat rumah. Bukan untuk tidor waktu hujan, tapi duduk depan tv dan hirup kopi hitam cicah biskut cap pingpong. Atau pun kalau kat kampung, mak akan buat cucuq udang. Sedap! Aku suka. Cucuq udang mak dari aku kecik sampai remaja purba sekarang ini, rasa dan kelembutannya sama sahaja! Ajaib aje aku rasa!
Rasa nak bermonolog ketika hujan, bila fikir balik tak perlu kot. Mood ke bawah lagi. Sepatutnya petang ini aku temankan MB pergi bersukan. Sudah 3-4 hari aku temankan dia, kalau tak temankan muka dia seakan muncung. Senyum pun susah. Bila hantar balik pun cakap tak banyak (macam hari ini). "Betul ke awak tak nak tengok saya main hari ini?". Ayat dia sebelum turun dari kereta. "Tak, saya nak balik rehat. Penatlah!". Ayat balasan aku. keh keh keh!. Kalau aku tak temankan pun, dia masih boleh bermain tanpa aku. Dan aku sentiasa bagi dia semangat. Harap-harap dia tak cedera hari ini. Itu sahaja. Aku nak dia sihat. Kalau dia sakit, aku susah hati jadinya!
Aku memang penat. Penat fikir pasal esok. Satu benda aku tak prepare sebab sangat sibuk dengan kerja dan urusan peribadi. Sibuk, penat dan mengantuk. Aku taip sampai perenggan ini, hujan dan pun reda. Nak pergi mandi rasa sejuklah pula. Kepala sedang menahan sakit. Mungkin tadi terkena hujan sedikit. Kan best kalau sekarang nie aku sedang bercuti di pulau peranginan, mesti kepala relax je!
Oklah, aku rasa suka atau tak ... sejuk atau panas, aku kena pergi mandi juga! Malam nie aku nak start study dan kalau rajin nak siapkan entry untuk esok. Kalau rajinlah .....
CK : Buat masa sekarang aku nak rehat dan tak nak sapa-sapa kacau kehidupan peribadi aku buat sementara waktu. Aku akan cuti, tapi tak tahu bila. Apapun, blog akan diupdate seperti biasa.
suke bila hujan di waktu malam.tdo jd best.hee
ReplyDeleterest cukup2 ok. :)
Rehat secukupnya akak CK. ^^
ReplyDelete