Monday, November 14, 2011

Kuiz Dalam Kereta

Assalamualaikum ....




Morning korang! Aku harap korang tak pelik dengan tajuk entry yang aku up hari ini. Aku pun macam tiba-tiba je nak menaip pasal 'kuiz dalam kereta' yang aku lalui Sabtu malam baru nie. Ada sebab kenapa kuiz dalam kereta ini diadakan biarpun tanpa penonton!


Okeh, cerita dia macam nie, Sabtu malam aku ikut MB balik Seremban lagi sebab ada jamuan BBQ dekat sana ... dekat  Taman 'R'. Masih teringat akan keenakan ikan kembung segar dengan kemanisannya. Nasi lemak 0.50 yang taklah berlemak sangat beserta sambal pedas sampai berdengung telinga aku. Yang aku tak layan masa jamuan tu cuma kambing golek. Ngeri tengok kambing golek tuh! MB and the geng bersilih ganti tangan dalam pinggan kambing.


Selepas masing-masing kenyang, gerak nak baliklah mulanya. Tapi disebabkan MB janji nak bawa aku pergi makan lempeng sedap dekat Senawang, kami tak terus balik ke Putrajaya. Maka, aku, MB dan Mr. Z menuju ke Senawang. Kawan-kawan MB yang lain buat keputusan untuk balik. Depa tak sihat. Suara pun serak-serak basah. Ada yang tak selera makan masa jamuan tu. 


Sampai Senawang, order lempeng dan jejemput bilis (serius sedap!) ... sembang itu ini hampir jam 1:00am. Aku dah terkuap-kuap dengan keadaan dekat gerai tu yang sejuklah sangat macam dok Cameron Highlands dah. Terus bagi signal kat MB ajak balik. 


Dalam perjalanan pulang ke Putrajaya inilah wujudnya kuiz dalam kereta, si MB yang mulakan dulu. Dia sengaja buat kuiz tu sebab tak bagi aku tidur! Aku ni biasalah tidur time kanak-kanak, selalunya kat rumah main tidur depan TV je. TV tu memanjang tengok aku tidur dan dengan aku berdengkur agaknya! ngeh ngeh ngeh!


Asal aku nak terlelap je dalam kereta, MB bagi kuiz. Siap ada pilihan macam kuiz budak sekolah. Ikut kategori yang tak boleh blah bagi aku. Selalunya kategori yang dia bagi aku,



A : SEJARAH

B: SAINS

C: GEOGRAFI

D: POLITIK

E :UMUM



Kuiz nie memanjanglah aku kena layan. Nak kena jawab. Tapi best juga gelak-gelak dalam kereta. MB nie peka semua sejarah, isi semasa, politik lagi-lagilah dia peka. So, bila dia tanya baru aku tahu ada juga 'bodohnye' aku bila nk menjawab. Macam Sabtu malam baru nie, dia tanya aku; "siapa Ketua Menteri Melaka sebelum yang sekarang ini?". ha ha ha ha, aku kan tak peka sangat. Jawapan semua ntah pape ...keh keh keh. Nasib baik dia memanjang bagi aku soalan objektif. Bolehlah main teka-teka! Siap tukar-tukar jawapan yang tak boleh blah tu. 
Itu kategori si MB. Aku pun ada kategori soalan juga untuk dia. Bukan dia sorang aje asyik tanya aku. Aku pun nak juga berkuiz. Meh layan aku punya kategori, tapi jangan gelaklah....huhu!



A : MASAKAN

B : HIBURAN

C : LAWAK JENAKA

D : PERTUKANGAN

E : UMUM



keh keh keh .... itulah bezanya lelaki dan perempuan! Korang boleh perasaan sendirilah ye betapa kurangnya knowledge aku berbanding si MB. Kategori aku memang ntah pape. 


Kerana kuiz sabtu malam tu, memang buat aku tak tidur sampailah Putrajaya. Selalunya, keluar aje dari Rasah ... aku dah siap tidur. Sedar-sedar .....PUTRAJAYA!



Korang pun boleh berkuiz dalam kereta macam aku juga, cuma lepas nie aku plan ... sape kalah kena belanja. Segala kategori aku yang tetapkan .... HAHAHAHAHHAHAH! Nasiblah kau MB nanti ....


Si MB selalunya akan tanya soalan isu semasa sampai aku rasa give up nk cari jawapan! Giler kentang kadang-kadang. Sebab itulah dia memanjang memaksa aku baca suratkhabar sampai habis .... supaya aku boleh jawab semua soalan dia. hua hu hua !!




CK : Selamat Isnin ... kerja rajin-rajin! Mulai hari ini saya akan kurang berinternet di office!

1 comment:

  1. haha.. beza sgt. tp okey lah.. kuiz juga tu kuizzz. haha

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!