Sunday, November 6, 2011

Jalan-Jalan Balik Hari : Tanjung Bidara, Melaka (Part 4 @ Akhir Sudah!)

Assalamualaikum ...




Aku masih lagi bercuti. Memanglah cutikan, hari inikan raya haji. Huk aluh aku nie. Macam biasa, mood cuti yang membuak-buak dalam diri aku yang kecil dan semakin chubby nie. Seronok jadi orang kampung, asal cuti perayaan ... excited semacam balik kampung.




Lupa pulak, SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA untuk pembaca setia blog CK!!



Meh aku nak  sambung part 4 @ akhir bagi jalan-jalan balik hari aku ke Tanjung Bidara, Melaka sana. Kenmain lama lagi nak habiskan drama swasta mengada-ngada nieh. Lagi banyak gambar, lagi lambatlah update. Kalau korang perasaan, siri Cuti-Cuti Malaysia aku paling hebat pun sampai part 3 je, pastu dah malas. Ini kira okehlah aku sanggup menamatkan episod yang ada!



Pada yang tahu pekebenda aku dok sembang nie, meh klik [LINK 1], [LINK 2] dan [LINK 3]. Link 4 yang korang sedang baca inilah. 



Part 3 hari tu, aku dan si MB pergi Masjid Tanah. Then kami bertolak balik ke Pengkalan Balak. Pergi Medan Selera kat sana. Uiks, makan kenduri tak kenyang ke? Tadi cendol, ni nak pergi medan selera plak. Memang perut stokinkah??





Okeh kita dah sampai ke Medan Selera Pengkalan Balak, Melaka. Ada apa yang menarik kat sini?? He he he, pastinya ada yang best! Kalau tak, takkan aku beriya nak sampai kat sini. Dah lama sangat dengar cerita tapi belum pernah sekali merasa. Gunakan kesempatan yang ada, aku nak rasa apa yang menarik di sini!!




Tengok akak nie sedang buat apa?? Dia tengah potong cucur udang. Ramai yang cakap cucur udang Pengkalan Balak nie sedap. Sedap ke tak, aku cerita kemudian. Masa aku sampai kat tempat nie, orang agak ramai. Kebanyakannya makan di situ juga. Tapi aku nak bungkus je. Nak pergi lepak dekat kedai kawan MB. Tengok cucur udang tu memang menarik TAPI yang tak menariknya, kakak dalam gambar tu tak senyum sikit pun!!



Tahulah gerai dia memang jadi tumpuan ramai, tapi aku rasa akan lebih ramai kalau kakak yang potong cucur udang nie senyum manis! Sejuk hati pelanggan.  Bertanya pun macam nak telan orang. Sedih dengan sikap peniaga, kalau gerai menjadi tumpuan ramai, mulalah tocang tegak tinggi! Mulut muncung sedepa, nak senyum punyalah susah. Bak kata dari segi layanan aku bagi 2/5 bagi gerai cucur udang nie. SORRY!!


sila pergi kursus senyum wahai peniaga


Tengok, gigih pelanggan nie tunggu sambil tongkat dagu. Ini yang nak tapau. Yang makan dekat situ, kira penuhlah meja. Lokasi gerai ini pula menarik sebab tepi pantai. Jadi angin-angin sepoi bahasa.  Nyaman je rasa.


cucur udang agak sedap peniaga tak pandai senyum!


Ini rupa cucur udang yang aku tapau tu. Belum sempat letak kuah. Dah letak kuah tak sempat ambil gambar dah licin. Boleh tahan sedap. Cuma kuah dia agak cair. Nak kata terlampau sedap tu tidaklah. Kalau makan sekali, takdalah sampai tahap termimpi untuk ulang makan lagi. Bolehlah buat perut kenyang dan rasa cucur pun agak lembut!



Makan beramai dengan kawan-kawan MB. Sambil layan customer yang datang kat kedai dia. Alang-alang dah sampai kedai kawan MB aku up lagi dengan mee goreng. Special kawan MB yang gorengkan.

mee goreng special estet


Rupa mee goreng yang sentiasa menawan hati aku kalau pergi jumpa kawan MB. Tambah sedap ada ayam goreng! yummie beb. Kiranya part makan-makan ini mengakhiri perjalanan balik hari aku ke Melaka dengan MB. Asalnye ke majlis kahwin, tapi dah ke sana sini pergi. Kiranya hari tu perjalanan kami bermula dari Putrajaya - Melaka - Seremban - Putrajaya! Petang hampir malam baru sampai Putrajaya.



Serius sangat berada dalam kepenatan! Berakhirlah episod jalan-jalan balik hari aku! Tunggu jalan-jalan yang lain pulak ye!







CK : Lusa dah masuk opis! hu aluh ...

1 comment:

  1. Akak pun memang tak berkenan dengan kedai tu. Tak sedap mana pun. Kedai tu baru beberapa tahun nie jer bertapak. Akak prefer kedai seberang jalan sebelah kiri, betul2 sebelah pondok polis tu. Boleh tengok entry akak, Makan di Pengkalan Balak.

    Tapi laut memang memikat kan..?

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!