Sabtu baru nie, aku pergi majlis perkahwinan dekat Dewan Melati, Kompleks PPj Presint 3. Dah lama tak makan nasi kenduri orang kahwin, makan bukan main selera lagi. Cuma tak best bila ayam goreng dia tak berapa kick sangat. Lain-lain semua ok, termasuklah bubur kacang.
Aku suka bubur kacang dia, sedap! Tapi yang tak bestnya badan aku nie tak tahan kalau makan kacang. Berangin semacam. Asyik sendawa je. Nasib baik sendawa, kalau "ken ...." camne?? keh keh keh! Gas beracunlah jawabnya. Bila asyik sendawa, bermakna badan aku nie terkumpul banyak angin yang buat aku rasa amatlah tak selesa. Rimas oh!. Sakit-sakit badan sebab makan kacang dah satu hal. Biasalah badan umur pertengahan purba memang macam nie. Tambah-tambah bila bersenam tu agak kurang .... sangat!
Kalau korang pun jenis badan berangin juga, bolehlah cuba petua kat bawah nie. Aku? masih belum cuba petua di bawah nie. Bila badan berangin, aku lebih selesa minum air halia sahaja.
Petua Untuk Melegakan Angin Badan
Petua 1 : Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. Kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. Kacau dan minum campuran itu setiap hari.
Petua 2 : Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.
Petua 3 : Ambil 5 ulas bawang putih dibakar jangan sampai hangus. Makanlah bawang tersebut sampai habis. InsyaAllah cara ini sangat mudah dan menyenangkan kita.
Sharing is caring! Sumber petua dari SINI!
CK : Angin satu badan kalau orang cari pasal!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!