Cerita sambungan dari part 1 dan part 2. Nak tahu cerita sebelum part 3? Sila klik link di bawah ya!
[ PART 1 ]
[ PART 2 ]
Lepas aku dan MB, bercanda di pasiran pantai Perkelahan Tanjung Bidara (bercandalah sangat, kaki sikit pun tak kena air laut, tak hot langsung!), kami bertolak ke Masjid Tanah. Sibuk sangat dia nak pekena cendol belakang Masjid Tanah. Panas-panas layan cendol pun best juga. Bagai mengantuk disorongkan bantal tilam, maka aku pun setuju aje! Bab berjalan sana sini susahlah aku nak gelengkan kepala.
Perjalanan menuju ke Masjid Tanah. Aku suka view yang cantik nie, kampungnya adalah bersih dan sejuk mata memandang. Seriously, aku memang suka keadaan Negeri Melaka sejak pertama kali dulu aku sampai. Negeri kecil, tapi cantik dan bersih. Suasana kampung rasa bestlah sangat!
Nampak signboard Masjid Tanah tu?? Yeah, kita sedang menuju ke sana ye anak-anak. Menuju untuk mencari cendol yang MB cakap sodap bonar tu. Tapi tak tahulahkan sedap tak?? Kita kena beli dan makan dulu. Kang saya cakap sedap ke tak .... ngeh ngeh ..
Deretan kedai lama, bangunan seakan sudah lama. Ada sejarah tersendiri nie. Masih kuat rasanya bangunan nie. Cuma keadaan dia nampak sedikit usang.Kebanyakan kat sini adalah kedai cina ya.
Okeh, kita dah sampai ke tempat jualan cendol yang dinyatakan. Masa sampai ada seorang lelaki sedang makan cendol. Tapi kami berdua bajet untuk bungkus aje. Nak balik makan kat Seremban, kat kampung MB dengan kawan dia. Kiranya bungkus sambil ingat kawan samalah nie.
Cendol telah diorder. Order dari dalam kereta je. Aku malas nak turun bagai. Panas lor! Order 2 bungkus. Hu hu, masa tengok uncle nie isi cendol ... nyamannye kalau cendol nie dah lalu tekak aku! Siyes dah lama sangat tak makan cendol!
Sebelah gerai jual cendol, ada macam-macam orang jual buah. Tapi tak beli pun. Peniaga-peniaga buah pandang-pandang aje. Kot-kotlah kitaorang nak turun belek and beli buah. Tak mood makan buah hari tu. Ngeh ngeh, pandang dari dalam kereta ajelah!
Inilah cendol yang dibeli tu. Cakap banyak tak guna beb, cendol sedap! Rasa cendolnya lembut dan airnya lemak manis santan. Memenuhi selera tekak aku. Dulu, minum cendol yang mak aku buat sendiri. Sekarang mak dah tak buat, jadi agak susah nak cari minuman cendol yang sedap!
Misi mencari cendol dah selesai. Ada misi kedua! Yang ini misi aku pula. Pantang orang cerita, aku memang nak pergi aje .... Kalau tak nak bagi aku pergi, jangan dok bercerita depan aku beriya-iya. Sebab aku akan lebih beriya nanti kalau dah bercerita. ngeh ngeh ngeh!
Nak tahu ke mana pulak?? Tunggulah part 4 (akhir). Gambar belum edit lagi. Sehari berjalan tapi macam-maca cerita yang ada!
CK : Tak sabar nak balik kampung, sambut raya Aidil Adha!! Esok dah flight aku ... tapi rasa macam lama je lagi!
Cendol ni sedap! kalau bungkus pun puas hati. :)
ReplyDeleteseddappp. tp xpenah rasa lg. heh.
ReplyDeleteteringin pulak nk cendol :)
ReplyDeletetk sbr nk tgu part 4..suspens je
walamak cendol kampung ku ! cendol ni memang dah lama. ayah saya kata since zaman dia muda2 lagi uncle ni dah meniaga. saya suka cendol jagung + pulut. mmg terbaik
ReplyDelete