Salam hari minggu. Sukalah semua sebab hari ini Sabtu dan esok Ahad. Bolehlah korang berehat dan bersantai di rumah. Tak pun pergi jalan-jalan! Seronoknya!
Pagi ini aku up entry macam biasa, cuma cerita agak basi sikit. Aku baru nak up pasal gambar-gambar program korban di Kampung Sagga Baru, Rantau Negeri Sembilan pada Aidil Adha yang lalu, 6 November 2011. Program adalah meriah dan menyeronokkan menurut pemberita akulah. Sebab aku tak ada masa kejadian. he he he! Teringin juga nak alami keseronokan program ibadah korban nie sebab sepanjang hidup, aku belum pernah lalui walau sekali! Kampung aku tak ada semuanya macam nie. So, layan kampung orang lain ajelah!
Antara mangsa korban! Hati-hati nanti ditanduk. |
Bila tengok kambing-kambing nie, aduhai panjang betul tanduk kau ye ... Alhamdulillah kau terpilih sebagai mangsa korban. Ibadah tuh. Erghhh ... kau paham ke??
Aku pun 1st time tengok gambar-gambar nie, seakan ngeri juga. Tapi ia adalah satu ibadah. Satu pengorbanan. Kena merungkai sejarah Islam selepas nie, nak faham erti pengorbanan yang sebenar.
Penduduk Kampung Sagga Baru yang bertungkus lumus pegang lembu yang akan dikorbankan. Pegang ramai-ramai, jangan ada yang terlepas. Tak pun takut ada yang kena tendang .... nasib badanlah labu!
Nampak macam baik pulak lembu putih nie. Serah diri nampaknye! he he he ... Lembu telah dibaringkan dan tunggu untuk disembelih. Besar jasa dan pengorbanan kau kan wahai lembu putih!
Yang nie ... layan gambar betul-betul. Aku dah tak tahu nak caption apa lagi ... he he he
Sedang disembelihkan!
Mari melapah!
Salah satu daripada hasil sembelihan program korban berkenaan .... SUP GEAR BOX! Resepi nanti aku share dengan korang. ngeh ngeh ngeh. Memang yummie .... nyum nyum nyum! Alhamdulillah .....
Actually, aku teringin nak lalui sendiri program sebegini. Nak tengok dengan mata sendiri betapa menariknya program ibadah korban dijalankan. Jelas kerjasama antara banyak pihak. Kalau sendiri yang lakukan memang tak termampu. Sebab itulah orang cakap, muafakat membawa berkat! Kalau aku diberi peluang, memang aku nak snap semua picture sendiri. Barul feel lain macam sikit!
CK : Dia bawa balik gear box tu special untuk aku! he he he .... tq dear!
nampak sedap ahhhh...
ReplyDeleteAngah > bukan setakat nampak je sedap, rasa lagi sedap!! heheheh
ReplyDeleteeka kan,masa hari tu,eka takut nak tgok lembu korban..sebab kan banyak darah... eka nak rasa nak pitam....
ReplyDeletehehehe
sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
eka haritu x makan daging n sup sgt..sebab ade ulcer...kang mkn lagi panas badan.uhu
Cik Eka > alaaa sian kat eka. Skang dah baik ke ulcernye
ReplyDeleteuihhh meriahhh!
ReplyDeletehari tu saya sembelih ayam :/