Friday, November 11, 2011

Susun Semula ...

Assalamualaikum ...



Aku masih kat office, tengok desk aku messy teramat! Tinggal sebulan lebih dah nak jejak 2012, so aku amek inisiatif yang tak seberapa sangat kerana mood amatlah down sangat hari ini untuk kemas desk aku. Tadi pun aku habis meeting dekang 5:30pm. Borak itu borak ini dah dekat 6:30pm, terus aku start kemas meja. Ini pun masih lagi banyak kotak-kotak bawah meja yang aku perlu angkut bawa balik semakkan rumah pulak


Aku dah target, masuk aje 2012, kalau boleh tak mau lagi meja berlonggok dengan fail yang membukit. Pening kepala tengok. Dah 11 tahun aku kerja, dah sejak 2 tahun lebih bertukar ke department baru ini aku terasa amat tak selesa kerana terpaksa berurusan dengan hampir 150 fail sebulan. Selalu aku layan fail kurang dari 10. Tapi itu .... dulu! Sekarang nie, haaa kau tengoklah fail tu dari pagi sampai petang dan sampai lebam jugak!!


Bila orang macam aku yang lebih selesa handle event tercampak ke department yang membuat kerja rutin hampir setiap bulan, betul-betul buat aku rasa tak selesa. Namun, rasa syukur perlu ada kerana aku belajar perkara baru. Ya! perkara baru sampai terhajatlah kat hati nak mula belajar balik amik 2nd degree dalam business atau marketing. Tapi rasanya dalam tempoh terdekat nie, aku takda peruntukan untuk belajar lagi. Cukuplah dengan apa yang ada buat sementara waktu. But, kalau diizinkan Allah .... mahu jugak aku jadi student balik. Susun semula kepala otak aku nie .... hampir berkaratlah juga!


Aku dah settle susun semula desk aku sikit-sikit, cuma lepas nie mungkin aku nak sisih apa-apa dokumen yang patut disisih untuk tujuan kitar semula! Kita jual segala kertas yang dah tak pakai, boleh juga buat beli jajan. keh keh keh! Esok-esok bila ada masa free akan ku clearkan segala apa yang ada di meja aku! Sekali pandang semak yang amat!!


Bila dah susun semula, barulah semangat berkobar-kobar untuk kerja bagi tahun baru pulakkan .... kan ... kan!!





CK : Kata zaman IT, tapi kenapalah office aku masih guna banyak kertas! Leceh nau lah rasa ....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!