2-3 hari ini aku lambat update. Semalam lepas balik kerja, aku pergi cuci kereta kat Dengkil (ada perkara yang aku geram dan bengang pasal bab cuci kereta nie) then terus ke Bangi, si MB beriya nak ke pasar malam. Tapi sekadar beli sawi dan carrot je. Ergh ... sungguh tak berbaloi perjalanan ke Bangi kerana hasil tak seberapa.
Lepas ke pasar malam, terus balik rumah. Aku penat sangat. Baring-baring atas katil terus lelap sekejap. Kemudian aku bangun, pergi rendam bihun. Pagi ni aku buat bihun goreng 1Malaysia. Oh! lupa nak bagi tahu sebelum balik rumah aku singgah kat kedai rakyat Presint 5 beli bihun, lepas tu barulah berambus ke rumah.
Aku belum pun study untuk exam 17hb nie. Boleh relax-relax lagi. Asal buka artikel nak baca, mula terkuap-kuap tahap ke-7. Macam mana nak baca. Nota pendek aku belum buat lagi. Kerja kat office tak terkejar lagi. Sebut pasal office aku nak up entry pasal penganiayaan dan politik pejabat! Aku nak ucap terima kasih kepada seorang ketua yang busuk hati dengan aku. Semoga Allah beri kau hidayah secepat mungkin! Nantilah aku up cerita pasal nie.
Azan solat Jumaat di Masjid Besi Presint 3 dah berkumandang .... yang lelaki sila bergegas ke masjid dengan segera!
Yang perempuan ..... pasti sekarang nie dah penuh kat Alamanda Shopping Centrekan???
Aku??? ------- duduk office je!
CK : Apalah yang ketua tu dengkikan aku??
laaa knp tak keluar je...
ReplyDeleterara > takde mood dik, hati pun tak sebab kena dengki pasal kerja dgn boss sendiri
ReplyDeleteSabar je lah akak CK (:
ReplyDeletedoakan org yang jahat pada kita dpt hidayah
ReplyDeleteRaisya > ya...akak sabar sgt. thanks ya dear
ReplyDeleteEdy > itulah yg sedang dibuat