Friday, November 4, 2011

Balik Kampung - Part [1] Bunga Bungaan Dari Laman Sekangkang Kera

Assalamualaikum ...



Aku bersiaran dari kampung! Menjawab persoalan dalam entry lalu [LINK], aku angkut juga lappy balik kampung. Menyenget nyenget bahu aku bawa lappy dengan beg galas kat belakang satu. Aku sampai kat Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas lebih kurang 8.45pm malam tadi. Mendarat jugak dengan senyuman. Keh keh keh! Ada cerita menarik semasa naik flight nie. Takpe, nanti aku cerita ya!



Hari ini aku tak ke mana, berehat je kat rumah sambil teman anak buah aku, Si Imran main games. Lappy nie semacam aku bawa untuk dia pulak. Semua games dia nak layan dan aku pula yang nak kena teman. Amat malang sebab aku bukan kaki games pun, nak main pun tak pandai. Terpaksa aku google games secara online yang senang-senang! Dan terpaksa jugalah aku melayan karenah dia, sebab mummy dia dalam berpantang adik kepada Imran, Darish Wardan namanye! Jenguk sini kalau nak tengok kehenseman dan kecomelan Darish [LINK].



Lepas main games, pagi tadi aku ajak Si Imran teman aku jalan-jalan sekitar halaman rumah sekangkang kera. Jenguk kebun mak aku dan bunga-bunga yang makcik aku tanam. Dah tak tahu nak buat apa. Nak masak awal lagi, mak aku pun belum balik dari bendang (sawah padi), so jenjalanlah aku dengan Imran sambil snap gambar sana sini! Neh aku nak kongsi hasil gambarnye. Tengok bunga dulu, gambar hasil kebun mak aku kemudian kita tengok ye!


Bunga Kenanga yang dulu selalu sangat jadi rebutan aku. Wangi!

Bunga raya berlapis-lapis kelopaknya! Tak tahu pulak species apa

Bunga raya lagi! Sebenarnya banyak bunya raya aje kat sini.

Bunga raya warna peach. Berlapis 2.

Bunga raya simple sebelah kiri dengan warna pink yang cantik!! Nak petik kang kena ketuk plak tangan dengan makcik aku.


Nasib baiklah BB Maxis kat kampung aku nie agak baik servisnya. Penuh je line. Nak upload gambar pun senang. Taklah terkial-kial. Cuma line penuh dekat ruang dekat dengan dapur dan dalam bilik abang aku. Kalau kat ruang tamu no. 2 cuma 1 bar aje. Ruang tamu 1, tak best duduk sebab ayah aku belum letak kipas. Mahu mendidih badan dok situ.


So, suka tak suka, aku blogginglah dekat ruang makan berhampiran dapur nie. Alor Staq nie usah cakaplah panasnye. Aku nie dah mandi, macam nak kena mandi sekali lagi. Rasa nak berendam dalam kolam pun ada. keh keh keh! Teringat masa sekolah dulu, curi-curi berendam dalam kolah di bilik air, last-last kena rotan. Padan muka!!



Oklah aku nak pergi layan TV, mata aku kuyu semacam sebab baru sudah makan. Balik kampung, selera betul makan. Tambah-tambah makan sayur kuchai yang aku petik dari kebun mak. No racun-racun seranggalah. Baja pun baja baik punya!



Eh! korang dah balik kampung belum?? Ahad dah nak raya haji nie ....




CK : Sedapnye ikan cencaru bakar daun kunyit. Idea mak aku, then aku yang watkan .... best tul!!



2 comments:

  1. chtik bunga2 tu..
    selamat bercuti + selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan
    Mutiara Bandung Transport Solution menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra, jujur, dan peramah
    Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)

    Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

    Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

    Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

    Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

    Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

    KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

    Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

    Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM

    Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
    Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
    CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
    WhatsApp : +62 858 6137 8328
    pin blackberry : 30D1 82F0
    email:
    tonybandung@smartfren.blackberry.com
    or
    tonytransportbandung@gmail.com

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!