Saturday, November 5, 2011

Selalunya Sekadar Lalu, Kali Ini Singgah, Lepas Ini Memang Tak Akan Datang Dah, Dia Kata Terus Pangkah!

Assalamualaikum ...




Malam raya, sure semua sibuk dengan persiapan terakhir. Aku? Siapkan diri dengan blogging ... he he he. Takdalah ... kejap lagi mak aku dah tugaskan aku untuk siapkan rendang ayam ala minang! Memang aku tak pernah buat pun. Tapi mak aku pernah buat, dia kata lebih kurang macam rendang Nismilan yang aku buat tu. Aku pun tak pasti menjadi ke tidak rendang nie. Try and error ajelah! Bahan-bahan semua dah siap potong, tunggu masa nak menumis. Sebelum tu up satu lagi entry. keh keh keh!


Okeh, aku nak cerita pasal satu tempat makan nie. Sorrylah, amat menyedihkan dan mengecewakan. Kecewa dari segi rasa makanan dan persekitaran kedai. Memandangkan keadaan masa itu adalah hujan dan restoran ini sahaja yang tak berapa ramai orang, maka aku sendiri yang decide untuk makan kat restoran ni. Lagi satu sebab aku dah kerap kali lalu hadapan restoran nie di Kajang. Ingatkan menarik sebab selalu aku lalu pelanggan boleh tahan ramai!



Sekali sampai dan dah duduk, pelayan terus datang. Sebelum duduk  aku dah tengok persekitaran. Kotor. Tapi takkan nak terus bangun sebab pelayan dah sampai depan meja dengan buku menu yang tak lalu aku nak pegang!




Ini persekitaran sebelah meja aku makan. Sampah yang tidak di sapu. Rumput tu pun dah nak meninggi diri. Memang mulanya aku pejam mata ajelah. Hati masih positif, maybe makanan dia ok kot. Positif yang tak sepenuh hati!


Sekali pelayan dia datang dengan buku menu macam nie! Berdaki! Nampak sangat tak pembersih. Memang tak lalu aku nak pegang. Geli. Aku terfikir, macam manalah tokey restoran nie, mustahillah dia tak perasan buku menu yang berdaki dan bergulung sampai macam tu. Macam ini ke nak di hadapkan kepada pelanggan?? Pelayan dia ok, tapi sambil ambil order hisap rokok, boleh camtu??

Makanan sampai. MB order nasi goreng USA. Telur tu MB sendiri minta didadarkan. Aku tengok ayam masak merah dia pun macam fail je! Masak macam cincai. Memang tak memenuhi selera kami malam tu. Tapi tak nak membazir, kami jamah juga. Dah order, kena makan dan kena bayar!


Nasi dia memang tak sedap. Sangat-sangat. Rasa tak ada. Ayam masak merah dia memang out terus. Masing-masing makan dalam keadaan diam. Nak telan pun macam paksa-paksa!





Aku order sup ayam. Ayam dia kureng banyak. Tak sedap juga sup nie. Entahlah, malam tu serba tak kena. Dahlah lapar. Sekali pergi makan ... ntah hape-hape rasa! Bila fikir orang Negara lain yang tak dapat makan, maka kami pun makan ajelah. Tambah pula bila MB cakap, ini rezeki kita malam nie. So, aku diamkan aje. Dia pun makan tak macam selalu, slow sangat. Nampak sangat dia paksa diri untuk habiskan makanan tu.



Nyatanya, masing-masing tak mampu habiskan. Memaksa sepuasnya. untuk habiskan tetapi gagal. Selesai makan, aku ajak MB terus balik sebab bau yang tak menyenangkan hidung aku sepanjang aku makan di situ.


Bila selesai bayar, kami sama-sama jalan menuju ke kereta dalam keadaan hujan renyai (cheh! bajet romantic seiringan dibasahi hujan). 


Masa masuk ke kereta MB terus bersuara, "kita tak payah lagi datang ke restoran nie ... pangkah terus!".



Semestinya aku tak kan datang lagi ... bagi aku. kalau tak sedap tu mungkin okeh lagi kot. Cuma aku tak boleh terima persekitaran yang agak kotor, berbau dan pelayan yang hisap rokok tu! Cubalah amalkan kebersihan untuk kebaikan bersama!


Lokasi restoran nie dekat area Kajang, mungkin dia ada pelanggan tetap kot sebab masa aku balik ada 2 keluarga menyinggah di sini. Atau mungkin sebab restoran sebelah stesen minyak tu dah penuh then orang datang ke restoran dia. Tak tahu lah pulak!


CK : Sedang tunggu rendang ayam aku empuk ...! Aku taip entry sambil masak rendang, kejap-kejap berlari ke dapur, kejap-kejap berlari ke lappy!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!