Assalamualaikum ....
Aku baru sampai office. Makluman ... Putrajaya adalah mendung dan aku selamat sebab cepat sampai office dengan merempit. Sesekali aku rindukan motor aku. Motor yang sangat banyak jasa dari zaman aku study sampailah aku kerja. Terima kasih ayah dan mak sebab hadiahkan aku motor! Bukan aku menang motor power root ya!
Boleh dikatakan sebulan cuma 4-5 kali sahaja aku tunggang motor tu datang kerja. Terutama weekend. Dah kerapkalinya motor tu ditinggalkan di parking apartment aku sahaja. Kesian pun ada. Tapi apakan daya, ada masanya bila sudah dapat gading bertuah, tanduk seakan dilupakan. Cuma aku sayang sangat kat tanduk yang satu nie. Rindu beb sebab 10 tahun juga dia temankan aku ke sana ke mari. Alhamdulillah sepanjang 10 tahun tu tak pernah pun dia meragam!
Cuma sekarang bila aku dah jarang belai, ada juga ragam dia yang terpaksa aku layan berlebih sekali sekala. Berbalik pasal motor aku hari ini, bila dah rindu sesangat, aku pun bawalah motor untuk pergi kerja. Sebelum tu, pergi isi petrol dulu. Kang ada pula yang tolak motor kat tengah jalan. Kejadian petrol habis nie dah pernah jadi dekat aku .... dekat Alamanda tahun 2005 kot. Nasib baiklah MB and the geng tolong! Tolong belikan petrol, pastu siap tolong letak batu bata dalam raga motor aku sekali. Siap kayu segala dia letak! Hampeh tul. Si MB nie dulu kalau bergurau memang kasar!
Tadi dah keluar dari rumah, aku singgah dekat Petronas lama Presint 9. Dalam hati dah terfikir dan mula risau kot motor tak boleh start bila dah matikan enjin. Yelah dah nak isi petrol, mana boleh hidupkan enjin, kang meletop pulak Petronas tuh. Aku isi petrol RM5, cheh tak penuh! Dulu RM3 dah penuh tau .... siap tahan seminggu lagi. Lepas isi minyak tu, aku pun naik la motor tu then mula start. Electric starter aku rosak, so start pakai kaki ajelah!
Dah agak ... memang tak boleh start. Hua hua hua. Puas aku menendang 3-4 kali sampai berpeluh. Bila dah tak boleh aku tolaklah motor aku ke tepi, kang orang lain pun nak isi petrol gak. Takkan aku nak tertonggeng-tonggeng start motor kat petrol pam kot. Bagi laluan kat orang lain. Masa aku dok gigih start kat petrol pam, aku dah perasan ada sorang abang nie dok isi petrol kat Hilux dia pandang je aku. Aku memang jenis selamba. Takdanya nak malu start motor tu berkali-kali. Lantaklah motor aku. Bukan tak biasa, dah biasa. Motor kalau jarang naik memang susah sangat nak start!
Bila aku tolak ke tepi, tongkat 2 segala ... abang Hilux tu terus datang.
"Kak ... tak boleh start ke?". keh keh keh ... dah nampak bang lagi mau tanya. Aku senyum ajelah, akukan jenis kurang melayan orang tak kenal. Tapi fikir baik ajelah, maybe dia nak tolongkan. Orang nak tolong kau nak berlagak plak, memang bodoh sombonglah.
Aku pun, "a'ah ... motor nie memang susah start sikit sebab dah lama tak bawa!". Muka memang kena cool.
"Bak sini saya start ...". Aku pun bagi ajelah dia start. Sekali aje dah bunyi-bunyi motor aku! Kudrat lelaki dengan perempuan memang tak sama. Lelaki sekali tendang je dah bunyi, tapi aku .... berkali-kali tendang ... masih kelepet kelepet bunyinye!
"Terima kasih ye!".
Abang tu senyum-senyum dah terus berjalan ke Hilux dia. Aku pun meluncur laju ke office! Bila sampai je office, mendung pula awan nie aku tengok. Nasib baik dah sampai.
Moral of the story, masih ada manusia yang baik hati dalam dunia. Walaupun tak ramai, tapi masih ada. Cuma perlu berhati-hati dan kena tengok jenis pertolongan yang ingin dihulurkan serta lokasinya di mana. Even kita bersangka baik pada semua orang, tetapi kita masih tak tahu hati budi orang yang menolong kita. Terima pertolongan dengan harapan Allah s.w.t akan melindungi kita dari kejahatan yang diketahui dan jua yang tidak diketahui.
Sebelum keluar rumah, jangan lupa baca doa. Sekurang-kurangnya 3 Qul dan ayat kursi. Semoga Allah s.w.t melindungi kita di mana-mana sahaja dalam susah dan senang.
Alhamdulillah, sehingga hari ini Allah s.w.t melindungi aku dengan baik dan bila aku kesusahan pasti ada bantuan yang dihulurkan. Cuma sebagai perempuan aku sentiasa berhati-hati ..... dan segalanya serahkan pada Allah s.w.t selepas berdoa kepadanya.
CK : Hujan dah turun pun kat Putrajaya nie ....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!