Tuesday, November 1, 2011

Jalan-Jalan Balik Hari : Tanjung Bidara, Melaka (Part 2)

Assalamualaikum ...




Sekian lama, baru aku gigih nak sambung part 2 pasal jalan-jalan balik hari ke Tanjung Bidara, Melaka. Part 1 sila jenguk sini ye [LINK]. Bila korang jenguk tu, perasan sendirilah memang lama aku tak sambung. ngeh ngeh ngeh. Malas edit gambar sebenarnya. Dah jangan merepek lebih-lebih, jom kita sambung lokasi aku dan MB selepas pergi majlis kahwin kawan baik aku tu.


Kami jenjalan ke lokasi Perkelahan Tanjung Bidara. Si MB bawa ke tempat dia selalu berkelah dengan makwe family dulu. Arwah abah MB orang Melaka, so kecik-kecik memang dia selalu datang tempat perkelahan nie. Katanyalah!



Pintu gerbang ke Lokasi Perkelahan Tanjung Bidara diurus oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah

MPAG



MB bajet dok tonyoh-tonyoh budak yang dok swim tu. Sukahati dia je. Eh! tapi aku yang suruh sebenarnya. Nak test pandai dak aku ambik pic gimik camnie. Besaunye lengan MB nie ... maknanya orang dia pun besau jugak!



Tengah aku berjalan di pasiran pantai, nampak plak kapal layar nie. Menjakunlah sekejap. Tak pernah tengok secara livekan. Selalu tengok kat TV je, tak sangka pulak kat Tanjung Bidara nie ada. MB cakap kompleks kapal layar nie ada dekat Kuala Sungai Baru. Okeh ... kang kita pergi Kuala Sungai Baru plak ye.




Ombak memukul pantai nie memang aku suka. Lagipun dah lama tak bercanda kat pantai. Cuma yang tak berapa bestnya petang tu, aku ayu berbaju kurung, malaslah nak berbasahan. Baju  persalinan pun aku tak bawa. Sedangkan hati di dalam melonjak nak bermain dengan ombak tu. Yang pasti bukan ombak ganaslah! Kalau ombak ganas persis tsunami tu, awal-awal lagi aku cau cin cau ...




Kanak-kanak mandi manda di bawah pengawasan penjaga masing-masing. Seronok tengok. Aish bila nak ada ada sendiri nie, tak sabar nak bawa mandi laut. Haippp...berangan sudah! Mampu pandang anak orang ajelah bermandi manda. Jelesnye!!




Pakcik jual pelampung! Sesape datang sini dan tak bawa pelampung sendiri, sila sediakan duit dan sewa dari pakcik nie. Berapa hengget, den pun tak tahu sobab den tak tanyo pun. Kalau den nak swim aritu, sure den dah sewa dengan pokcik tu.


Masa nie, dah nak balik. Nak pergi jalan ke Masjid Tanah pulak. Sebelum balik layan sekejap monyet-monyet yang ada. Sangatlah banyak. Monyet muda-muda laie kot, ada juga anak monyet yang comel. Geli pun ada tengok sebab merah-merah kepala pun botak laie.




Kalau korang rasa nak berkelah di sini, bolehlah datang. Tempat parking dia luas. Antara kemudahan yang ada kat sini. Selain tu, ada juga taman permainan kanak-kanak, kemudahan medan selera, tandas dan tempat mandi. So, jangan risaulah kalau datang sini lupa bawa makanan, boleh makan di medan selera sahaja. Lagi satu tandas awamnya adalah bersih dan tidak berbau seperti kebanyakan tandas awam di tempat perkelahan. Bagi aku tandas awam kat sini 4/5! Memang bersih!





Lupa pulak nak bagitahu, caj parking RM2 ya, untuk sekali masuk. Tapi bagi aku memang berbaloilah kalau kita nak lepak lama-lama kat situ. Nak  makan lagi, nak mandi lagi, sure amik masa yang lama. Jadi caj berkenaan sangat-sangat munasabahkan??


Masa aku pergi ke tempat perkelahan Tanjung Bidara tu, adalah panas dan terik sedikit je. Angin laut yang sepoi-sepoi bahasa tu menyamankan. Tapi kami stay kat situ pun tak lama. Si MB sibuk nak pergi cari cendol dan cucur udang la pulak. Sedangkan aku belum puas tengok orang mandi laut. Dalam hati rasa nak mandi sama je!


Ada lagi part 3 ... nanti kita sambung lagi ye!! Sorrylah, aku nie bab update gambar berjela memang slow sket. ngeh ngeh ngeh






CK : Sesekali dapat berjalan, senyum lebar leeer!!

6 comments:

  1. dah setahun duduk melaka, tnjung bidara den tak ponah poie lg.. sobs..

    ReplyDelete
  2. wah, lama gila tak pergi sini. nama je duk melaka. wahaa. :)

    ReplyDelete
  3. tiap2 minggu balik alor gajah tp x penah sampai situ... huhu~~

    ReplyDelete
  4. Kura > hu hu sadis tul awak nie...pegi la. akk suggest utk gi sana

    Kami > haaa ni lagi sorg, kata org Melaka


    Umie > wooo of course le


    Azmie > Allooo org sana pun x pi ke??

    ReplyDelete
  5. dh lama x g pantai..
    haishh rindu nk tgk ombak menghempas pantai dgn anginnya yg sepoi2 gitu..hekhek

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!