Aku buka FB1 aku, biasanya macam-macam posting yang aku buat. Geram. Idea Aku. Apa Yang Aku Buat. Memang berbagai-bagai post. 30 minit entah berapa post yang aku buat, tambah-tambah bila aku kat rumah. FB macam jadi teman bila aku bosan!
Dan satu perkara, dalam FB1 tak semua orang aku add dan tak semua orang aku approve. Ya! aku memang pilih bulu sikit kat FB1. Bersebab. Ramai staff office aku add aku as friend. Terpaksa aku reject. Ada yang aku approve tapi aku hide wall. Sorry! Tahu kenapa? Sebab kebanyakan adalah amat sibuk untuk ambil tahu kisah peribadi aku. Ada bahan boleh dijaja. Bukan aku buruk sangka, tapi hakikat.
Semacam ada sesetengah mereka tidak senang dengan kehidupan peribadi aku. Aku adalah jenis manusia yang suka hidup dalam dunia ciptaan sendiri. Bersendirian adalah perkara wajib bagi aku sejak kecil. Aku suka berkawan dengan orang, tapi aku tidak suka ambil tahu kisah peribadi orang yang menjadi kawan aku. Busan! Kawan, kawanlah ... buat apa nak sibuk hal hidup dia.
Dalam friendlist aku, ada boss aku!
Aku tak add boss aku, tapi dia add aku. Aku berbelah bagi nak approve. Berhari aku biar macam tu sahaja. Aku ambil keputusan untuk approve atas dasar dia boss then aku pernah jadi staff dia. Bila aku approve, aku lupa kadang-kadang aku post macam-macam benda kat wall. Dan hari ini dia tinggalkan mesej kat FB1 aku;
"banyaknye posting ...."
Cheh! malu sioooot ... dahlah semua posting luahan perasaan. Manalah nak letak muka bila tiba-tiba terserempak dengan dia kat mana-mana di office! Memang bahana sungguh!
Terus terfikir nak hide wall, tapi lepas nie pasti dia cakap apa pula. Adoilah .... kantoi beb! Nasib baik tak ada luahan tak puashati pasal office, kalau tak memang kes naya. ha ha ha ha ...
Lepas nie kena hati-hati! Korang pun ....
CK : Ini semua gara-gara sahabat baik aku yang add aku, sah-sah aku banyak post komen kat blog sahabat aku tu. Boss aku jumpa aku kat situ la, tapi masih tak nak mengaku ... hampeh je!
rara tak approve kawan2 keje sbb tkt cm tu lah.hhehehe
ReplyDeleteRara > cuma kawan ofis yg betul2 kita kenal perangai je approve. kdg2 ada di antara dorang nie suka ambek tahu hal org sgt
ReplyDeletehehe...kantoi sudah.. ni mesti gabungan akak dgn akak yg tuttttt tu kan.. =)
ReplyDeletedulu bos sy pun pnh add sy... sy biarkan pending... sampai lah bos tu dh berenti... hari ni dia berenti, sok terus je sy approve... hahahha...
ReplyDeleteey..mmg x add langsung opismate! apatah lg bos..haha
ReplyDeleteakk..klu ada boss dlm FB la sng,klu xpuas ht,ckp je,tp brlpikla skt,smbil tu bg hint skt..hahahahaha...
ReplyDelete