Sunday, November 13, 2011

Menge"BAS"!

Assalamualaikum ...



Selamat hari Ahad untuk korang semua. Ahad, tapi aku kerja macam biasa. Cuma masuk aje lambat dari kebiasaan. Semalam aku datang kerja dengan merempit but today aku menge"BAS". Serius penggunaan bahasa yang amat salah. Aku datang kerja dengan bas Nadiputra hari ini. Perjalanan dari rumah ke office cuma 5 minit dengan tambang hanya RM0.50. Murahkan?? Cepat dan berbaloi beb!


Bas Nadiputra nie bersih dan selesa. Cuma kadang-kadang pemandu dia bawa agak laju, tapi tidaklah selaju bus ekpress di Highway Plus tu!


Tunggu bas Nadiputra nie pun cuma 5 minit sahaja, belum panas pun punggung aku kat bus stop, dah nampak bas 701 lalu. Terus lambai tangan, bas berhenti, aku naik, masukkan RM0.50, dapat resit dan duduk. 5 minit kemudian sampailah aku ke destinasi!


Kalau hari-hari datang kerja dengan bas, memang jimat. Pergi balik cuma RM1. Kerja seminggu 5 hari x 4 minggu = 20hari! Then 20h x RM1 = RM20 sebulan. Sangatlah jimat berbanding kalau aku bawa mybee, petrol je seminggu RM30 x 4 minggu = RM120.00. Itu kalau pergi kerja balik kerja.


Tapi selalunya belanja petrol aku, lebih kurang RM300.00 sebulan. Sebab itulah weekend aku lebih suka merempit ... jimat sikit!


Sekarang nie, bas nadiputra dah banyak dalam Putrajaya. Tunggu bas pun sekejap je. Mula-mula aku jejak kaki ke Putrajaya, bas adalah sedikit. Nak tunggu memang berejam. Dah dapat naik tak dapat duduk. Lepas tu lambat. Itu semua dulu.


Tidak lagi sekarang, NADIPUTRA dah cepat dan selesa. Laluan pun dah banyak bas lalu. Kalau dulu 1 bas mungkin kena pergi 4-5 laluan, sudahnya aku pernah masuk kerja 9:30am!  Nasib baik dulu aku bukan kerja dengan Kerajaan, kalau tak hari-hari punch card merah. Sekarang kalau naik bas Nadiputra, memang on time sampai .... Alhamdulillah! Terima kasih Nadiputra dan Perbadanan Putrajaya.


Oklah aku nak sambung kerja kira mengira! Tiap-tiap bulan tengok nombor .... juling mata aku! keh keh keh




CK : Pagi ini bf nasi lemak dan sambal bilis .... itu aje yang ada! Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!