Monday, November 7, 2011

Kenapa Tiada Harga?

Assalamualaikum ...



Cinta itu

Kasih sayang itu

Adalah anugerah

Anugerah dari Maha Pencipta

Anugerah buat hamba!

Tiada harga walaupun terlalu bernilai

Maka tiada bayaran diterima



Andai ...

Tuhan mengenakan

Harga buat semua cinta dan kasih sayang di dunia ini

Pastinya si miskin akan sepi hidupnya

Pastinya si kaya bersilih ganti cintanya

Mungkin jua pasti, cinta dan kasih sayang melambung harga setiap masa

Seperti mahalnya sebuah rumah di ibu kotaraya masa kini!



Dan aku

Bersyukur cinta dan kasih sayang tidak perlu dibeli

Kerana ia punya harga yang tersendiri!!

Sedangkan tanpa harga, aku di antara mereka yang masih belum mampu memiliki!


Kau pasti tahu, hanya kau di hati. Sampai bila, hanya Tuhan yang tahu jawapannya. Menyintai bukan beerti memiliki. Maka, aku menerima segala ketentuan Tuhan kerana ia yang terbaik buat diri ini.

Aku tahu sesetengah daripada manusia di dunia ini ditakdirkan untuk bercinta tetapi tidak ditakdirkan untuk bersama dalam kehidupan sementara. Itu adalah kau dan aku. Kau adalah "my big love" aku suatu masa dulu sehingga kini! Untuk esok aku tidak pasti ... Tapi kau pasti tahu tentang kesetiaan dan kejujuran aku. Aku tersenyum di saat kau nyata ingin pergi untuk bersama dia! Dan kini kau kembali, senyum aku masih sama bagai dulu. Soal hati ...HANYA TUHAN YANG TAHU!





CK : Kau pasti tahu, setiap kata janji pasti tertunai, jika kita adalah manusia yang sebenarnya! Bukankah manusia itu berpegang kepada janji!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!