Hari ini aku baru update satu entry. Tak sempat. Malam semalam pun tak buat entry autopublish berantai. So, siang-siang tak perlulah aku gigih fikir perihal blog sangat. he he he. Bila dah sayang blog, ke mana sahaja ingat je. Tambah-tambah kalau belum update apa-apa entry, mulalah resah semacam. Over tau .... kah kah kah!
Aku baru balik jumpa MB. Cuti raya haji aka korban, 5 hari aku kat kampung. Aku jarang sangat nak call atau sms dia. Semua main tunggu je. Kalau teragak baru aku call, itu pun 2 hari sekali. Sebab aku tahu dia akan call kebiasaannya. Pagi raya dah sah-sah dia akan call sebelum pergi solat. Huuuu sejuk hati! Bila time raya camnie, memang aku malas benau nak call dia sebab ... dia sibuk memanjang dengan kawan-kawan kampung dan aktiviti masyarakat kampung dia tu. Dia nie anak harapan kampung kot aku rasa. Mungkinlah!
But sepanjang 5 hari nie, Alhamdulillah dia masih ingat aku sahabat dia yang satu nie jauh di utara sana. cheh! Dia akan sms atau call tak pun wat video call dari umah mak dia. Time sibuk-sibuk mesti dia call. Kadang bukan cakap apapun, cakap tak sampai 5 minit dah sudah. Nasib baik aku nie jenis relax sket. Takdelah nak berkisah sangat. Lagipun aku dah sebati dengan kesibukan kerja luar dia.
Bila dah berhari-hari tak jumpa, so takdelah senda gurau dalam tempoh tu. Petang tadi, bila dah jumpa, macam-macam cerita merapu yang keluar. Gelak sana gelak sini. Dialah memanjang buat lawak. Aku selalu kena bahan. Dan diapun ada masanya memanjang kena bahan dengan aku. Kena sama-sama redhalah sebab kadang-kadang dia mula dulu bahankan aku. huuuuuuu ...
Masa nak balik tadi lepas jumpa MB, entah macam mana terkeluar ayat spontan dari mulut aku. Aku cakap mungkin tak fikir masa tu. Mungkin niat aku pun nak bergurau je. Yelah, memasing tengah bergelak ketawa. Biasalah kalau nak cerita apa-apa then dia terasa hati or whatever, mesti aku cakap, "alah! saya buat jenaka je tadi!". Itu memang ayat aku untuk dia. Kadang dia faham. Kadang dia simpan gak aku rasa. Whateverlah!
Berbalik pasal ayat spontan petang tadi, entah macam mana aku tertanya dia ....
"Kalau saya pergi, awak rindu saya tak?"
Dia tanya aku balik soalan apa nie? Pastu mati-mati dia taknak jawab, then bila aku pandang muka dia, mata dia cam dah bergenang airmata. Owh! what??? Aku perasan mata dia berair dan mula merah, then cepat-cepat dia cakap mata dia entah kenapa pedih. Hu hu ...
Aku rasa maybe dia salah faham. Aku cuma nak jenaka je, maksud aku pergi tu macam pergi kursus ke, balik kampung je! And maybe aku rasa nada aku bercakap "pergi" tu seakan pergi menemui Maha Pencipta! Or "pergi" tinggalkan dia kot. Camtu mungkin??
Bila aku fikir balik, rasanya dia tak perlu touching pun ... sebab dia tahu aku nie macam mana. Soalan tu pun sekadar gurau senda pada keadaan tu. Tapi, entahlahkan ... mungkin dia benar-benar terasa kot aku bertanya satu soalan yang menduga dia.
Tak kisahlah apapun dan bagaimanapun. Aku sentiasa doakan dia bahagia. Dan paling penting aku harap dia ingat aku sebagai sahabat dan teman yang sentiasa bersama di kala susah dan senang.
Cuma betul ke mata dia tiba-tiba pedih? Sebelum tu elok je gelak ketawa dan reka cerita kelakar dengan aku?? Musykil musykil .... heheheheh
CK : Mengantuknya! Selamat malam readers!
maksudnya dia betul2 sayang kat akak lah tu sampai dia menangis akak tanya macam tu
ReplyDeleteDiyana > ngeh ngeh ... harap2 camtulah
ReplyDelete