Assalamualaikum ....
Hidup kita ini singkat. Senang cakap ia sangat sekejap untuk dinikmati. Pejam celik pejam celik kita sudah ke penghujung usia. Dalam kehidupan yang singkat ini semua kita, termasuk aku mengejar bermacam-macam benda duniawi. Akhirat? Entah, yang itu masing-masing jawablah sendiri. Aku tak berani komen sesuatu yang aku tidak nampak dan tidak arif mengenainya. Bekalan aku sendiri ke sana, aku sendiri tidak tahu ia cukup hebat atau tidak!
Kehidupan yang sekejap dan singkat ini, duit seolah segala-galanya buat kita. Ke sana ... duit! Ke sini ... duit! Semua manusia kejar duit. Kejar dan kejar. Ada yang dapat. Ada yang tercicir. Kesian. Macam aku, ada masanya kepupusan duit. Buat apa malu untuk mengaku tentang semua itu. Kau pun yang sedang membaca entry aku, pasti pernah lalui kepupusan duit! Jangan nak tipu. Belum sampai gaji hujung bulan, poket dah kebocoran. Hakikat bagi sesetengah dari kita.
Walaupun semua manusia sibuk cari duit. Siang malam. Pagi petang. Senja subuh. Tapi masih tidak merasai cukup. Malah masih memandang dan ingin kekayaan orang! Duit bukan segala-galanya dalam kehidupan sementara ini, walau hampir segala-galanya perlukan duit! Duit yang banyak belum tentu boleh beri kita ketenangan malah akan buat kita akan jadi manusia yang tamak. Ini hakikat yang aku pandang depan mata aku sendiri!
Jangan terlalu fikir soal duit 24jam sehari, hidup kita akan rasa sesak dan sempit. Kita akan rasa apa yang kita ada tidak cukup. Kita akan menjadi manusia yang kedekut sebab terfikir duit dibelanjakan akan berkurangan. Ada sesetengah orang, duit sendiri simpan ... duit pasangan dia dibelasahnya. Kesian tau! Orang yang sibuk sangat pasal duit nie, bila Kerajaan baru umum pasal kenaikan gaji, dah sibuk ditanya, "bila gaji nak naik ... bila gaji nak naik!". Pheeeeeew fening!
Bila kita terlalu fikir bab duit, aku rasa boleh jadi gila. Serius! Sikit-sikit duit. Sikit-sikit duit. Dulu-dulu mak ayah kita bela dan jaga bagi makan, pakai, sekolahkan kita ... takda pula bising bab duit. Mak ayah kita ada duit ke tak ada duit ke, kita sendiri pun tak tahu. Sedar-sedar apa yang kita request dah ada. Antara cepat dan lambat ajelah! Dorang tak ada bising pun pasal duit. Kita besar jugakkan? Boleh sambung belajar jugakkan?
Kalau kau nak rasa cukup dalam segala hal dalam kehidupan ini, senang sangat! BERSYUKUR KAT DIA! Nak rezeki lebih, kita usaha lebih. Tapi kalau tak dapat yang lebih kita usaha tu, mungkin kita ada tercicir tanggungjawab kita kat DIA yang mencipta kita! Sendiri fikirlahkan. Jangan kau ingat duit ini boleh bagi kau bahagia, boleh bagi kau tenang ... boleh bagi kau kesihatan. Ada duit banyak sakit pun tak guna juga. Ada duit banyak, tapi makan sehari RM1. Bila ditanya kenapa? Ada penyakit itu penyakit ini. Hari-hari cuma boleh minum air suam dan roti putih. Duit banyak tu ... tapi nikmat menikmati duit yang sebenar tak ada!
Macam mak aku cakap, kalau kita nie duit tak banyak ... jadi membeli tu ukurlah poket sendiri.
Orang pakai kereta, kita pun boleh pakai kereta. Tapi janganlah pakai BMW X6 macam orang lain kalau gaji kau baru RM2000! Pakai kancil ke myvi ke ... ok juga, kereta juga tu! Janji boleh bawa kau ke mana kau nak pergi. Asal kereta tu sihat ... kau selamatlah. Insya-Allah
Orang beli rumah, kita pun boleh beli rumah. Tapi janganlah beli rumah bunglo harga sampai RM1.5juta, gaji kau kan baru RM2000! Cukuplah beli rumah teres yang agak-agak kau mampu bayar bulan-bulan sampai pencen 60 tahun esok! Asal ada tempat berteduh hujan panas. Alhamdulillah ...
Orang pakai handphone, kita pun boleh beli handphone. Tapi janganlah beli Samsung Galaxy Note yang harga dia RM2,299.00 tu. Cukuplah dengan beli Nokia E5 laa paling koman-koman. Baru RM600 skrg. Sure gaji kau yang RM2000 tu ada baki lagi. Boleh call and sms pun oklah.
Kalau kau hanya mampu makan dekat gerai tepi jalan, makan aje kat gerai tepi jalan. Tak payah nak berlagak macam orang bergaji besar makan tempat yang hebat-hebat dan mewah giler.
Bak kata, apa yang orang lain pakai ... sure kau boleh pakai. Fungsi sama cuma berlainan jenama dan semestinya berbeza kualiti.
Aku harap, aku takdalah nak pening bab duit ini. Aku punya prinsip senang saja. Kalau ada, adalah! Kalau tak ada, aku diam. Gaji nak naik, Alhamdulillah. Gaji tak naik? Kerja ajelah. Nak cakap banyak pun aku rasa tak boleh mengubah apa sangat. Lebih baik bertindak usaha cara lain daripada membising sampai orang lain pun muak. Cuma bila orang bercakap pasal kenaikan gaji, aku sampuk sikit-sikit ajelah. Lebihnya aku suka diam dan buat hal sendiri. Lagipun aku takut ... jadi hamba duit!
Ingatlah yang duit itu bukan segala-galanya. Duit itu boleh mengubah kita jika kita tidak bijak mengawal ia. Dari ada saudara boleh hilang saudara hanya sebab duit .... kalau kawan jangan cakaplah, sekelip mata sahaja boleh hilang kalau kita tak berduit. Bila berduit, kitalah kawan dunia akhirat mereka!
Fikir-fikirlah ye .....
CK : entry ini luahan hati aku sebab peristiwa petang tadi. baru aku kenal siapa hamba Allah ini sebenarnya. dia sanggup lakukan apa sahaja sebab duit. ermmmmmm
Nikmat di dunia lebih penting bagi mereka dari nikmat di akhirat nanti.
ReplyDelete@Raisya Haris betul2....dunia sementara. klu nk kejar pn berpada
ReplyDelete