Hidup ini best kalau kau rasa ia sememangnya best. Rasa best dia lebih hebat dari kau jilat aiskrim magnum tu. Gila mahal aiskrim nie sekarang mungkin sebab coklat dia kot. Dan hidup ini akan rasa tak best, bila kau sendiri fikir ia macam tu. Tak bestlah! Bangun pagi-pagi kau dah nak sumbat kepala hotak yang sempit dengan kata-kata negetif ... malas, busan, mengantuk dan macam-macam benda buruk! Ish, adil ke pada diri kau macam tu!
Hidup ini ada ketenangan tersendiri. Tenang bila kau hidup dengan tak usik hidup orang lain. Lagi tenang kalau kau hidup tak usik hati orang dan tinggalkan! Kau tak akan rasa bersalah, bukan??. Lagi penting kau tak perlu minta maaf sebab buat orang lain terluka. Kau tak perlu pun tak mengenang sepanjang hayat!
Aku rasa hidup ini akan lagi baik, kalau kau ikhlas lakukan apa sahaja. Terutama apa yang kau buat hari-hari. Ikhlas belajar. IKHLAS BEKERJA. Ikhlas makan. Ikhlas tolong orang. Ikhlas solat. Ikhlas bagi idea. Ikhlas mengumpat dan ikhlas marah orang bertubi-tubi ... perlu ke? Eh! yang ini tak perlu la, cuma aku rasa kalau mengumpat dan marah orang bertubi-tubi itu memang ikhlas dilakukan oleh kebanyakan kita!
Apapun, hidup ini akan rasa luarbiasa hebat jika korang gabungkan ikhlas dan jujur! Dalam bekerja, belajar, makan, tolong orang, solat dan semua benda baik kat dunia nie yang korang buat! Korang akan dapat rasa ikhas plus jujur itu bila kau hidup tak ada PHD pada orang lain.
Hasad dengki inilah yang memusnahkan kebanyakan manusia. Terutama orang yang hinggap dan bersarang dalam dunia kerja! Politik kerja dan macam-macam. Bodek, tikam belakang .... benda biasa. Dan benda inilah yang dibenci orang yang jujur bekerja.
Setelah sekian lama, diamati ... orang yang jujur serta ikhlas bekerja tidak boleh bekerja dengan orang yang berhati busuk. Akan jahanam semua! Orang yang berhati busuk dan PHD tidak boleh ada jawatan, nanti hancur segala! Itulah hakikat dunia kerja sesetengah tempat sebelum pencen 60 tahun menjelma. Aku rasa macam esok sahaja mahu pencen andai aku punya harta berjuta!
Kerja, kerja ... bila ikhlas, bila diam, bila buat tak tahu hal pejabat ... makin ditikam-tikam orang! Syaitornirrajim cuma sorang, tapi jahatnya sama seperti IBLIS laknatullah! Cubalah hidup dengan berhati manusia yang mulia dan jangan jadi manusia hina berhati iblis supaya orang lain dapat hidup dengan selesa sambil menjilat aiskrim connetto!
Bila manusia yang buat kehidupan harian kita rasa sesak, mulalah terfikir ... kan mudah kalau mereka ini adalah puzzle-puzzle kehidupan kita yang boleh dikikis mudah seperti daki di badan. Bila aku benci aku santankan! Mudah je tertanggal daki-daki ini. Cheh!
Kalau boleh, aku pun nak kikis iblis laknatullah yang ada dalam unit aku! Semua orang doa iblis itu mati .... tapi aku, cukuplah dia dipindahkan ke tempat lain. Aku doa dia diberikan hidayah dan bertukar menjadi manusia kembali! Eh ... boleh ke iblis laknatullah jadi manusia?
Sebenarnya aku tak tahu nak label dia apa? Manusia ke .... iblis??
CK : Kau berpangkat, hari ini kau buatlah apa sahaja yang kau suka. Ingat hidup ini ada atas bawah dan perlu diingat hidup kita ini bertuhan. Adil itu ada. Jangan leka sangat memburukkan dan menikam orang lain dan memandremkan ketua bahagian. Esok-esok mati engkau, susah mengucap kalimah syahadah....menangis anak-anak!
Dan pembantu kesayangan kau, sedar-sedarlah mana letak diri kau sebenarnya. Jangan berangan hanya kerana kau baik dengan ketua!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!