Saturday, November 5, 2011

Balik Kampung - Part [3] Berselera Bukan Main!

Assalamualaikum ...




Esok dah Hari Raya Aidil Adha aka Korban. Belum raya lagi, aku bukan main lagi makan. Berselera memang tak hengatlah kalau balik kampung. Sesape pun kalau balik kampung, aku rasa memang bab diet terus lupakan? Janganlah nak tipu. Dan ia juga termasuk aku. Masa kat Putrajaya dah plan bagai, tak mau makan banyak-banyak. Boleh plan ajelah, dah balik ... plan pun ntah ke mana. ha ha ha!


Baru 2 hari kat kampung, tapi selera makan membuak-buak. Maklumlah ada menu yang mak aku masak. Dan yang aku masak. Semua selera adalah pada menu yang mak aku masak ... semestinya! Cuma malam aje aku menahan nafsu tak ambil nasi. Malam tadi aku paksa diri untuk tak ambil nasi, walaupun aku tengok bukan main sedap lagi mak ayah and adik aku makan. Aku makan cucur bilis je 6 ketul cicah sos.




Ikan bakar daun kunyit nie aku buat tengahari semalam. Idea mak aku. Aku cuma laksanakan apa yang dia cakap. Mak aku cakap kalau balut dengan daun kunyit rasa ikan lebih sedap dan wangi. Dalam perut ikan itu, aku letak hirisan serai, cili burung, bawang besar, garam dan gula. Tumbuk bagi halus. Luar ikan lumur dengan garam kunyit. Then baru balut dengan daun kunyit pulak. Bakar!! Yang rentung hanyalah daun kunyit sahaja, isi di dalam masak dengan eloknya dan terasa kemanisan ikan bercampur bauan daun kunyit! Licin aku ratah ...


 

Sup gear box! Menu wajib menjelang Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Tetapi bergantung kepada stok, kekadang kalau ayah lambat pergi ke pasar ... gear box dah habis. So, ayah gantilah dengan tulang-tulang lembu part lain plak. Ini menu malam tadi. Pagi nie baru aku makan ... hirup sup je.


 

Mak aku gigih mengetuk isi-isi dalam gear box tuh. Sedap! Tapi aku hanya akan makan bila diperahkan limau nipis atau limau kasturi dalam sup tu. Berlemak weh! Tak elok makan banyak-banyak. Sup nie ada lagi, so aku plan nak buat bihun sup petang nie. Kuah sup seperiuk besar ...




Cucur jagung dan cucur ikan bilis. Aku buat semasa hujan petang semalam. Masa aku tengah sibuk membancuh tepung, mak aku bagi tips camne nak bagi cucur nie lembut sepanjang masa. Bab tips baik tu nanti aku share dengan korang. Sekarang nie, layan gambar makanan dulu.



Pagi nie, mak aku buat cucur peneram aka telinga keling. Semestinya cucur peneram mak aku terbaik dan segar dari ladang. Dia goreng, aku angkut dok makan. Mak aku dah nak bagi ilmu buat cucur peneram kat aku. Dia cakap petang nie kita bancuh lain sebab dia nak ajar aku buat. yeah! ilmu .... lepas nie boleh buka kedai jual peneram je. keh keh keh!


Balik kampung dan makanan memang tak boleh dipisahkan bagi aku. Even mak masak simple sangat tapi rasa dia berbeza. Yelah, kita dari kecil dok makan makanan dari air tangan seorang ibu. Semestinya semua itu membesarkan diri  kita! 


Kalau mak aku cuma masak, ikan goreng, sambal belacan campur belimbing buluh pastu ulam ulaman, dah cukup sedap dan berselera makan. Apatah lagi kalau makan dengan mak ayah sendiri. Puas! Macam tengahari semalam, aku buat sayur kuchai yang diambil dari kebun mak, pucuk kaduk rebus buat ulam, sambal belacan dengan cili burung dari kebun mak jugak pastu ikan cencaru bakar daun kunyit! Memang yummie ... dan akulah orang terakhir sudah makan!





Kalau aku berterusan di kampung, kesimpulannya ............................ BERAT BADAN AKU AKAN NAIK TANPA DIPAKSA!







CK : Petang nie buat ketupat palas, esokkan raya!

6 comments:

  1. sup gear box je yang bro takleh tahan dugaan..buat terliur je

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaaaaaaa alaa kita tak balik kampung lagi

    perghh kuih cucur peniram tu . Gulp*telan air liur *

    ReplyDelete
  3. Ahmad > hehehhe...sedap neh!! terbaik dari ladang yg segar


    Hamzah > Baru tengok dah meleleh, kasi ngap baru lah besh

    ReplyDelete
  4. Diyana > hu hu cucur peneram terbaik tuh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cucur penderam tu.....bo share resepi ke....nampak sedap

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!