Monday, October 24, 2011

Jalan-Jalan Balik Hari : Tanjung Bidara, Melaka (Part 1)

Assalamualaikum ...


Entri berlapuk! Sorrylah aku  baru sempat nak update pasal jalan-jalan sehari aku ke Melaka. Aku dah bagi hint dalam entry ambil berkat kahwin kawan aku nie.. Biasala, kalau banyak gambar, lambatlah aku upkan entry bagai. Nak edit, nak adjust sana sini dan nak bercerita merapu lagi. Haish ... banyaklah nak buat. Kalau setakat satu dua gambar, memang no hal! Kalau buat entry panjang berjela tanpa gambar lagi-lagilah no hal. 


Kawan aku kahwin sebelah lelaki kat Tanjung Bidara, Melaka 8 Oktober lepas. Lamakan. Sepatutnya aku pergi sebelah perempuan kat Terengganu. Tapi ada aral melintang, terpaksalah ke Melaka. Dua-dua pengantin lelaki dan perempuan adalah kawan aku dan MB. So pergi mana-mana pun no hal!


Bertolak dari Putrajaya agak lewat. Lebih kurang 12:30pm rasanya. Sampai kat Tanjung Bidara dalam 2:30pm. Agak lewat. Lagipun kami tak ikut highway. Masuk jalan dalam. Lalu dekat Kuala Sungai Baru Melaka. Dapat hadap pantai dan laut sekali. Sampai, memang tak sempat pun tengok pengantin bersanding bagai. Kek pun dah habis potong, pandang bekas kek tingkat ajelah.


Sampai je, terus menuju ke pengantin. Kawan-kawan office dia punya ramai. Aku kenal pun. Organisasi sama lain-lain department je. Semua dok pandang aku dengan MB sampai. Ish, apa yang pelik sangatkan? Cheh ... nak bergossiplah tu. Tak pun nak bercerita belakangkan? Bukan nak buruk sangka, tapi itu hakikat yang aku tahu sekian lama. Aku rela diam! Salam-salam dengan pengantin, peluk cium pengantin perempuan je, ambik berkat dan segala aura, terus follow MB pergi amek makan. 


Khemah makan .... biru putih! Tak paham bila orang office pandang-pandang. Juling mata kang ...

Nasi putih, ayam goreng, gulai nenas ikan kering ... tempe! Walaupun aku bukan Jawa, bab tempe laju aje!


Sirap ais nie memang menggegar jiwa aku, dah la aku dok sebelah bekas air nie! Dengan cuaca agak panas dapat sedup sirap ais nie rasa lega. Buat-buat lupa pasal tak minum air macam nie. MB diam tak tegur ... aku layan ajelah!

Buah oren nie masam. Aku suka. Bubur kacang hijau nie sedap. Manis-manis buah. Memang layan. Sudahnya angin satu badan.

Selesai makan, jumpa pengantin sekali lagi. Bergambar. Lepas tu MB jumpa kawan lama dia. Sembang bukan main. Lelaki biasalah, kalau jumpa geng memang tak ingat nak balik. Aku pula kejap-kejap belek jam, Ish, kata nak jalan-jalan Masjid Tanah. Haruslah aku bagi signal kat MB agar cepat dia gerak!


Dah gerak nak balik pun, MB masih lagi dok sembang dengan pengantin lelaki aka kawan dia. Aiyak ...

Ole-ole dari pengantin. Tak nyempat. Naik kereta terus bongkah apa yang ada.

Bahulu besar gedabak!

Inilah kawan aku yang kahwin hari tu! erghhh kenal ke? ngeh ngeh ....


Sambung part 2! Tunggu kami ke mana selepas majlis kahwin kawan baik aku tu?? Mana-mana?? Cer teka ...



CK : Seharian berjalan ... lapar jadinya!



1 comment:

  1. Meriah.
    Cenderahati pun menarik.
    Semoga mereka hidup bahagia selamanya. Amin.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!