Wednesday, November 30, 2011

Sunyi Dah Rumah Nie ...

Assalamualaikum ....




Mak ayah aku datang Putrajaya. Sampai pagi tadi dalam jam 6.00am. Turun kat Hentian Kajang. Mak dan ayah sepatutnya dijemput oleh abang. Tapi bila mak call banyak kali, abang tak dengar dan handphone kakak pula bateri dah habis. Abang mungkin penat kerja. Nasib baik ada aku dengan adik.


So, jam 6.00am aku dan adik terus memecut dari Putrajaya ke Hentian Kajang. Dengan tak mandi dan tak basuh muka, bangun je terus keluar. Kesian takut mak ayah tunggu lagi lama. Memang takda nak siap cun-cun dah. Mak ayah kena juga tunggu dalam 20minit. 


Bila mak ayah kena tunggu aku dan adik pagi tadi, mula aku terfikir masa drive ... selalu aku balik kampung, kaki belum cecah tar kat Kepala Batas, ayah dan mak aku dah tunggu kat airport. Maknanya aku tak perlu pun tunggu mak ayah aku baru keluar rumah ke ape macam aku buat pagi tadi. Tapi ayah aku dah pesan, kalau nak jemput dorang kat Hentian Kajang atau Sentral Putrajaya sekalipun, tunggu mak ayah sampai baru keluar rumah datang amik. Sebabnya akukan perempuan, jadi ayah aku tak selesa aku nak kena tunggu dia lama-lama kat hentian. 


Aku pula jenis tak kisah. Sebab aku dah biasa dengan tempat tu. Lagipun bukan aku pergi sorang, aku pergi dengan adik. Malas juga nak berlawan dengan ayah aku, jadi tunggu dia sampai baru aku keluar dari rumah. Selalunya macam tulah!


Masa on da way balik Putrajaya dalam 6.30am, abang aku call mak. Minta maaf sebab dia langsung tak sedar. Yelah dah tak sedar nak buat macam manakan. Tak pernah pun abang lambat ambik mak ayah sebelum ni. Pagi tadi abang hantar anak-anak dia datang kat rumah aku. Aku balik tengahari dari pergi beli beras, tengok dah ramai kat rumah dengan anak-anak buah. Rupanya abang ada kursus kat Cyberjaya. 


So, tengahari tadi aku balik masak dengan mak. Buat gulai sotong, ikan goreng, sayur bayam, ikan pekasam goreng dan ulam-ulaman. Gambar tak sempat ambik sebab lepas masak aku terus siap-siap masuk office pula. Nasib pula aku puasa hari nie. Takdalah nak merasa. 


Balik kerja petang tadi, aku buat goreng pisang dan kacang phool. Untuk jamu mak ayah aku dan kebetulan abang aku baru balik dari kursus di Cyberjaya. Aku pula tunggu azan Maghrib, sempatlah makan dengan mak ayah, abang dan anak-anak buah aku. Macam-macam hal anak-anak buah aku. Memang riuh gamat rumah aku. Dengan yang berlari, dengan yang menangis, usik mengusik .... alahai!


Lepas Maghrib, siap solat semua ... abang aku dah bawa mak ayah aku balik Kajang. Anak-anak buah aku sekali. Ermmm ... dah sunyi rumah aku nie. Tinggal aku dengan adik aku. Tadi ayah aku cakap kali nie nak tinggal lama sikit kat Kajang. Sekarangkan musim cuti sekolah. Nak bawa cucu balik pun, yang sorang tu berkhatan ... nak tunggu baik lambat lagi. So, weekend nie bolehlah aku pula berkampung kat Kajang pula.



Rumah aku nie, sesekali ada juga riuh rendah bila anak-anak buah datang .... tapi nak tunggu riuh rendah macam nie, mahu 4-5 bulan sekali!! Nasib orang bujang .... he he he!






CK : Aku nak pi makan gulai sotong tadi .... nyum nyum nyum ....

Lensa Kecik : Awan dan Langit Biru [Part 2 - Akhir]

Assalamualaikum ....




Bersambung dari part 1 yang lepas. Malas nak taip menaip. Layan cinta hati aku si awan gebu dan langit biru! Dari Seri Setia Ke Putrajaya ....



Putrajaya dari Presint 17 


Jambatan Seri Setia, Putrajaya


Suatu masa bila dah ada DSLR, mungkin ia lebih cantik dari ini


Gambar pilihan hati!








CK : Kagum dengan ciptaan Allah!

Tuesday, November 29, 2011

Belum Makan, Nasi Dah Dua Kali Masak ....

Assalamualaikum ....




Korang dah makan malam? Aku baru je sudah. Alhamdulillah. Hari ini menu aku agak meriah dan kekampungan dari biasa. Menu yang memang memenuhi tekak aku dengan selera sekali. Aku puasa hari nie, jadi tekak aku nie nak makan macam-macam. Biasalah, asal puasa nafsu makan pelik-pelik. Ini pun aku dah baik punya control. 


Balik dari office aku terus ke Pasar Tani Putrajaya dalam keadaan hujan renyai. Dengan harapan janganlah demam aku datang balik sebab kena hempap dengan hujan nie. Dari office lagi kepala aku ligat dok fikir nak masak apa? Aku teringin nak makan sambal petai udang. So, sampai je Pasar Tani aku cari udang dan petai dulu. Lepas tu beli ulam pegaga dan sayur kubis serta carrot.


Sampai basement parking terserempak dengan adik aku. So, sama-samalah jalan naik ke rumah. Aku terus masuk dapur. Buat apa yang patut. Then adik aku rajin pula malam nie nak tolong aku. So, aku suruh dia masak nasi, siang udang + ikan dan goreng sayur. Aku pulak masak sambal petai udang dan tumbuk sambal belacan.


Dalam kul 7.35pm semua dah siap masak. So, aku pergi mandi dan solat Maghrib. Aku tinggalkan adik aku kat dapur sebab dia tengah basuh pinggan. Sudah solat semua, aku terus ke dapur nak hidang nasi dan lauk pauk. Eh! aku tengok adik aku dok basuh beras. Cam pelik pulak, sedangkan tadi dia dah masak nasi. Apahal pula masak nasi sekali lagi. Nasi tadi hangit ke??


Bila aku tanya apsal dia masak nasi 2 kali ... katanya, "nasi tadi macam sikit!". Sikit?? Sedangkan memang selalu masak pun 1 pot setengah (pot kecil) untuk 2 orang makan. Itu pun kadang tak habis. Aku cakap kat dia dah cukup. Dia balas balik, "laukkan banyak ...!".


Lepas tu aku pancing dia lagi sebab aku musykil apsal perlu masak nasi sekali lagi. Aku cakap, "ko masak nasi lebih nie sebab sambal petai udang nie kan ... belum rasa lagi ko dah masak tambahkan. Tamak sungguh!".


Adik aku senyum-senyum. Kan betul telahan aku. Dia masak lebih sebab sambal petai udang tu. Lagipun kami jarang-jarang makan malam sesama. Masing-masing sibuk. Kadang aku balik rumah, adik aku bertapa je dalam bilik. So tinggal aku melepek depan tv kat ruang tamu. 


Menu jarang-jarang ada! Sesekali best makan berhidang ...

Inilah menu yang buat adik aku masak nasi 2 kali walaupun belum makan lagi. Sesekali datang pula perangai tamak dia. Sudahnya nasi yang masak 2nd time tu tak makan pun. Dia cakap esok nak bawa bekal. Ikut suke kaulah dik oi...janji tak membazir!

Ulam petai dan pegaga, ikan pelaling goreng serta sambal belacan. Memang tekak Melayu kampung aku nie ... bab ulam-ulaman dan sambal belacan tak boleh lepas dari hidup!!

Malam ini memang aku berselera betul makan. Sedap! Diet pun dah lupa. Esok aku sambung puasa lagi. Tapi tak tahulah nak masak apa pula?


Sebab sambal petai udang inilah, adik aku masak nasi 2 kali. Sedangkan makan pun belum lagi. Dia risau kot nasi tak cukup ... ha ha ha

Sambal tumis petai dan udang! Dah lama sangat aku mengidam. Alhamdulillah dapat juga aku makan malam nie. Nasib baik hari ini ada Pasar Tani dekat Presint 2, dapat juga aku beli petai dan udang. Aku nie selagi tak dapat apa yang aku nak, selagi itulah aku dok ingat-ingat! Bila dah dapat, senyum sampai ke telinga.




Sesekali makan malam macam nie bagi aku ok lagi, jangan tiap-tiap malam. Berat badan aku. Ini pun dah cukup berat. ha ha ha. Selalunya aku makan nasi malam sekali atau 2 kali. Bergantung kepada mood sebab aku dah boleh lalui hari-hari tanpa nasi dah. Bila teringin ... baru aku makan nasi!




Nak bagitahu, barang-barang kat Pasar Tani Putrajaya ... MAHALLAH SANGAT!! Huh ... kus semangat aku. Beli ikan pelaling kecik cenonet tu 5 ekoq RM2.00! Geleng kepala aku. Mahai ... mahai .... rasa macam nak pi jadi nelayan ja. Petai 3 papan, RM4.00 ... rasa mcm nk pi panjat pokok sendiri!! he he he. Tapi kalau petai Cameron Highlands, mahal pun aku beli sebab sedap!!







CK : Sesekali masak malam camnie dan makan berat ... buat mata aku pun jadi berat semacam! nampak bantal aje .....

Double Terima Kasih!

Assalamualaikum ...





Update pasal Nuffnang lagi. Nuffnang sungguh baik hati sangat-sangat bila dia bagi aku Buffered Earnings (BE) lagi. Sekarang nie, ada 2 BE yang bergoyangan di blog hijau nie. Suke!! Terima kasih Nuffnang  sangat-sangat!! Alhamdulillah, mungkin ini berkat kesabaran update blog ni pelan-pelan. Bila update ada pembaca. So, mesti berterima kasih juga kepada pembaca setia blog aku. Tanpa korang, BE pun tak datang juga!



BE terbaru adalah seperti yang ditunjukkan oleh anak panah. pheewwwwit! Earnings sebelum ini yang telah dapat digelapkan. Malu sebab tak banyak pun. Dalam tak banyak boleh juga aku beli cekedis dekat anak buah aku di Kajang. Mesti depa suka.



Anak panah merah menunjukkan hasil terkini!




Bila dapat BE setiap bulan, aku mula terfikir ..... menyimpang! Perlu ke aku serius dengan blog nie?? ha ha ha ha --------> gelak jahat sudah datang!!








CK : Banyak lagi tanggungjawab aku selain blog, bila dah nama pun sampingan ... maka blog ini akan jadi sampingan untuk selamanya!! 

Jalan, Order dan Makan : Nasi Kandar, Restoran Mikamal Anak Bukit, Kedah

Assalamualaikum ...




Jom jalan-jalan cari makan. Edisi kali ini agak jauh bagi mereka yang berada di sebelah selatan ketika ini. Tapi, sekarangkan musim cuti sekolah ... bolehlah bawa anak-anak jalan-jalan ke utara. Kalau dah sampai utara jangan lupa singgah dekat satu restoran nie. Kita pekena nasi kandaq dengan mee goreng mamak yang sangat mabeles!


Aku bawa korang makan nasi kandaq dekat Restoran Mikamal, Anak Bukit Alor Star Kedah. Negeri Jelapang Padi. Sudah semestinya negeri kelahiran aku. Edisi JOM (merujuk kepada Jalan, Order dan Makan) ini dah setahun lamanya. Maaf, sebab aku baru nak update. Sebenarnya banyak lagi segala gambar cuti-cuti Malaysia yang aku tak sempat update untuk tatapan korang. Ya, aku kurang gigih menghabiskan entry bergambar. Maaf sekali lagi.


JOM ini telah aku jelajahi pada cuti Tahun Baru Cina awal tahun 2011. Hu hu. Memang hampir setahun rupanya segala gambar. Kali ini aku bawa korang makan nasi kandaq terbaik di Kedah. Sangat sedap. Kalau rasa punya sedap macam ini tak dapatlah korang jumpa dekat Putrajaya, KL atau mana-mana tempat sebelah selatan. FYI, nasi kandar yang ada area KL nie bukanlah pure. Rasa kari dia amat lain sangat. Kecuali, Nasi Kandaq Kudu Abdul. Yang nie toksah cakaplah, jilat jari punya sedap! Penang mai nak habaq kat hangpa!


Nasi Kandaq dengan ayam madu taruk sotong kuah campuq .... perghhhh meleleh beb!


Close up sket ... rasa aku balik Kedah nie, mau repeat lagi.


Up dengan mee goreng mamak! Terbaik .... tak jumpalah kat Putrajaya yang rasa dan rupa lagu nie. ngeh ngeh


Nescafe dia memang lemak berkrim. Rasa memang tak sama dengan mamak kembar Presint 9 tu ... yang ini jauh lebih sedap!

Restoran Mikamal Anak Bukit



Inilah Restoran Mikamal, Alor Star Kedah. Restoran terletak lebih kurang 100meter selepas Istana Anak Bukit. Senang sangat nak cari .... lepas Istana tu korang tengok je sebelah kiri kalau korang dari Alor Star menghala ke Kepala Batas. Pasti jumpa!


Menu breakfast dia pun sedap. So, kalau korang berjalan-jalan ke Kedah jangan lupa singgah makan di restoran nie. Boleh juga pekena nasi kandaq sepinggan ... tak pun layan mee goreng! Mesti hangpa suka .... he he he








CK : Mulalah teringat nak balik kampung bila buat entry nie ... rasa mengidam nak makan nasi kandaqlah pulak.

Dia Boss ...

Assalamualaikum ...




Situasi petang Jumaat lepas ....



Boss : "eh..eh..tolong email kat saya! Nanti puan nak tengok"
Saya : *sambil tgk jam di tangan* "Dah 5.35pm, saya dah tutup PC nak balik"
Boss : "ooo ... esok awak keje? ot?"
Saya : "Insya-Allah!"
Boss : "esok email kat sayalah ...saya dtg kerja esok"
Saya : "Ok!"

Hari Sabtu aku datang office, boss tak ada pun ... kata nak datang! Ermmm ... dia boss. Siap-siap kerja 12.00pm aku balik. ta ta ....


Boss aku cukup risau aku tak datang kerja, sebab dia tak buat kerja aku buat kerja dia. ehem ehem! So, siapa boss, aku ke dia? ehem ehem. 


Dia tak buat kerja aku buat kerja dia, tapi boss besar puji dia. ehem ehem! So, siapa dapat nama, aku ke dia? ehem ehem.


Alahai boss ... berubahlah! Cari rezeki halal, kerja amanah dan tanggungjawab dijunjung. ehem ehem!





CK : Aku macai ... sabar ajelah! Aku tak kisah, tapi yang macai dari aku perasan dia macam duduk post aku kenapa?? Owh! kau nak jadi penolong pegawai kanan plak....ambik le! Dunia semua nie. Tapi kalau aku jadi ko, aku sedar diri weh. 

Monday, November 28, 2011

Lensa Kecik : Awan dan Langit Biru [Part 1]

Assalamualaikum ....





Aku pantang nampak awan gebu dan langit biru. Sebab itu kesukaan aku. Sekian lama aku tak nampak awan gebu dan langit biru. Bila Jumaat lepas aku keluar pergi Seri Setia, Sungai Way dengan MB .... Allah beri aku peluang layan awan gebu dan langit biru lagi. Alhamdulillah .... sebab awan gebu dan langit birulah aku bersemangat untuk ada DSLR!



Dari lensa E5, gambar tak sharp manapun, tapi bagi aku tetap cantik!


Aku tidak tahu sejak bila aku mula jatuh cinta dengan semua ini! Cantik kejadian Allah .... !


Biru sangat langit tu! View Palace of Golden Horses yang sangat best bila menginap di sana. Bila nak menginap lagi??


Putrajaya hampir dengan Presint 17!






Bila tengahari tu tak hujan, dapatlah aku snap gambar. Sambung part 2 [akhir]!






CK : Sesekali E5 tu sangat berguna untuk aku. Terima kasih  ya!

Sunday, November 27, 2011

Masih Demam Piala Malaysia dengan Pemain Bolasepak Negeri Sembilan??

Assalamualaikum ...




Semalam MB balik kampung lagi. Asyik-asyik balik. Grrrrrr. Sebab ada program Piala Malaysia dan pemain bolasepak Negeri Sembilan dah pusing sampai Padang Rantau. Program bawa Piala Malaysia pusing-pusing Negeri Sembilan la sebab merekakan juara. MB sebagai pihak yang terlibat dengan program nie, so antara suka dan tidak dia memang kena balik. 



Pastu semalam juga, dia mms segala gambar kat aku. Masa tu aku ada kat car wash SP Auto SPA dekat Kajang. Mula hantar gambar cap je. Siap dengan tandatangan pemain. Tapi tak semualah. Dia cakap cap tu nanti nak bagi aku untuk letak dalam kereta. huuuuu dah tau dah! Tak bagi pun, mungkin aku rembat jugak kot. ha ha ha 


Milik aku??


Lepas mms cap, dia pun mms gambar pemain. Yang lain aku takdalah kenal sangat. Aku tanya MB, "boifren saya tak ada ke?". Dia dah tahu sangat siapa yang aku maksudkan. 


Sibuk layan peminat kooooo ....

Sign jangan tak sign .... ngeh ngeh

Haaa inilah pujaan hati aku. ha ha ha .... S. Kunalan! Aku suka sangat tengok dia lari. Kemain laju ko ye

Sign kecik S. Kunalan. Ermmmm macam orang dia jugak. he he he



Bestlah MB dapat face to face. Aku setakat layan gambar ajelah. Lepas cuci kereta semalam, aku balik rumah abang aku sekejap. Jumpa anak buah kesayangan aku, Si Taqie. Esok dia nak berkhatan tapi aku takda sama ngan dia. 


Lambat sangat cakap, aku dah janji nak pergi Muadzam Shah (masa korang baca entry nie, mungkin aku dah sampai) untuk majlis bertunang dan jumpa kawan-kawan masa study dulu. Sorrylah SIL, tak dapat nak tolong. Balik dari Muadzam, aku akan pergi lawat anak buah aku. Aku dah janji dengan dia, kalau dia tak nangis aku akan bagi dia RM50.00. Yelah, dia pun baru darjah 3 .... berkhatan dah! Rasa macam keciklah lagi.



Apapun aku harap anak buah aku tu kuat semangat!! "Abang jangan nangis tau, nanti angah kasih hadiah ye sayang!".






CK : Masa aku balik dari rumah abang aku semalam, sayu pula aku tengok abang taqie ... ermmm dah nak sunat dah. Dah besaqlah dia nanti.

Dulu ... Aku Tak Pernah Merasa Pun Macam Ni!

Assalamualaikum ...



Aku nie anak bendang (sawah padi). Mak ayah aku memang buat bendang. Kecik-kecik dulu, memang aku selalu turun bendang ... menyibuk tangkap ikan. Balik rumah je bau selut (lumpur)!


Tapi dulu, masa aku kecik-kecik ... aku tak pernah pun merasa satu benda nie, tapi budak kecik ini boleh dapat benda nie dari ayah aku! aissssh .... selalunya aku guna yang ayah aku punya! Besaq gedabai ... mcm kapal!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Macam mana budak kecik ini boleh dapat kasut getah comel nie?? 


Ayah aku belikan Imran kasut getah comel nie. Serius, dulu masa aku kecik-kecik aku punya keinginan untuk ada kasut getah yang comel macam nie sebab aku selalu ikut ayah aku pergi mengail (pancing) ikan puyu and haruan dalam bendang. Sekali, balik raya haji baru nie ... Imran tunjuk kasut getah dia. Jeles aku! Bila aku tanya dia cakap, "wan (atok lelaki) yang beli kat dak Imran!".



Budak nie minta apa semua wan and mak (dia pun panggil kat mak aku mak juga!) dia belikan ....


Siap eksyen dengan aku bergaya dengan kasut getah dia. Huuuuuu .... walaupun aku dah remaja purba, rasa jeles kat budak kecik ini still ada. ha ha ha! Apapun aku memang sayang sangat kat dia. Letih melayan. Aku terharu bila balik raya haji baru nie, dia temankan aku tidur sebelah. Sayunya hati aku!






CK : Anak-anak buah aku kena tahu hidup macam orang bendang juga ... barulah belajar sikit! Walau lahir kat bandar, biar hidung tu tahu bau selut.


Saturday, November 26, 2011

1433H ... Untuk Semua Umat Islam!

Assalamualaikum ...





Kesempatan ini aku nak ucap Salam Maal Hijrah 1433H untuk semua umat Islam, terutama kepada pembaca blog aku. Aku harap tahun baru ini akan beri keberkatan olehNya buat kita Semua. Moga tahun baru ini segala urusan kehidupan kita dipermudah olehNya jua. Amin ...


Apa yang penting, semoga tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya!


Selamat Tahun Baru Hijrah 1433!





p/s : Jangan lupa tengok cerekarama Sebelum 5 Perkara lakonan Fauzi Nawawi dan Sherry Merlis. Ada pengajaran di dalamnya. 



CK : Sempat juga membaca doa awal tahun, Alhamdulillah ....

Bila Nak Masak Macam Nie Lagi?

Assalamualaikum ...






Mee Suah, Sambal Kicap, Sambal Telur Pecah dan Ikan Selar Kuning Goreng! Sedap weeeeeh




Dah tengahari ... perut pun lapar!

Bila belek-belek folder ... ermmm bila lagilah rasa nak masak dan makan hidang macam nie lagi??

Kalau ada family, hari minggu ... sure aku masak cam nie. Baru rasa macam dok kat kampung dulu!







CK : Aku rindu kehidupan kampung yang makan hidang beramai2, seronok! Hidup bujang, masak makan sorang2!!

Dugaan Yang Belum Habis!

Assalamualaikum ...




Demam aku dah baik. Alhamdulillah. Dapat juga bangun dari terlantar. Yang belum baik cuma batuk berterusan ini. Perit rasa tekak. Siang masih boleh tahan. Yang tak boleh tahan ... malam! Aku batuk sampai tak boleh tidur. Dugaan yang sememangnya belum habis. Hidung pun masih berair sikit. 


Bila diri belum 100% sihat, setiap kali aku tidur malam mesti mimpi bukan-bukan. Mengarut dan macam-macam mimpi masuk dalam tidur aku. Aku kan jenis manusia yang tak suka mimpi. Bila mimpi habis semua tidur aku yang nikmat terganggu. Terjaga dari tidur. Terlelap balik. Dan mimpi semula. Berulang benda yang sama sampai pagi! Dugaan juga nie.


Nasib baiklah minggu nie aku cuma kerja 2 hari sahaja. So, hari cuti macam nie bolehlah aku berehat sekejap. Esok, tak boleh berehat dah. Aku akan ke Muadzam Shah, hadiri majlis pertunangan kawan baik aku masa kat Kolej EON, UUM. So, sekalilah dengan small reunion kitaorang. Walaupun bukan semua mampu pergi ke sana. hu hu


Petang nie, aku nak masuk office sekejap. Boss aku dah pesan suruh emailkan SKT tahun ini dekat dia. Orang office aku bagitau boss aku sibuk-sibuk tanya pasal aku tak datang 3 hari ke office. Dia risau kalau-kalau aku tak buat SKT tu. Aku dah 75% siapkan semua data. Boss unit lain semua buat sendiri, tapi dia? Ermmmm ... dia boss yang kurang tanggungjawab sikit. Jadi aku redha aje. Dia boss, dia suruh aku buat sebab aku macai. Titik!


Oklah ... aku nak pergi sambung batuk sambil edit gambar! Rindu nak buat entry bergambar pulak. ha ha ha








CK : Semalam temankan MB pergi Seri Setia, Sungai Way beli kemeja branded dengan harga murah. Memang smart. Tahun depan MB akan lebih smart dengan semua baju kemeja keje yang branded tp harga ... tepuk dahi beb! Murah ... semua baju aku yg pilih. ha ha ha .... semestinya, aku kan ... Queen!! Untung 1Malaysia, berbaiklah dengan semua kaum terutama Cina. Masih ada lagi orang Cina yang hormat Melayu. Aku pun baik juga dengan India. Tiap-tiap tahun pergi open house Deepavali. 

Friday, November 25, 2011

Tertelan Katak Ke Tadi?

Assalamualaikum ...



Hari Jumaat nie malaslah nak mengata orang. Eh! mcm hari lain aku nie jenis mengata orang plak. Oh! Tidak ... bukan itu maksud aku. Orang kita, hari-hari mengata orang. Kenyataan.


Officemate aku, masuk je tadi ... muka masam mencuka. Aku rasa dia tertelan katak tadi. Kalau tak katak pisang mesti katak puru!


Alahai! Serabutlah .... tinggal sejam je nak balik buat muke camtu.




CK : Kau memang pelik

Betul Ke Lelaki Macam Tu?

Assalamualaikum ...



Entry pendek hari Jumaat yang mulia. Cuma nak up satu pertanyaan yang tiba-tiba berlegar dalam kepala aku masa gosok gigi pagi tadi ...




"Betulkah kehidupan lelaki bermula pada umur 40 tahun? Orang cakap kalau lelaki ingin berubah, dia akan berubah pada umur ini, tetapi jika dia tidak berubah menjadi lebih baik .... dia akan jadi lebih teruk??"




Betulkah?? Any comment??


Tiba-tiba aku jadi pening fikir soal ini ..... bersebab! ermmmmmmm







CK : Aku rasa aku masih lagi mabuk ubat. Tak selesa betul. Dugaan ....

Thursday, November 24, 2011

Dalam Hidup Ini .... Duit Bukan Segala-Galanya!


Assalamualaikum ....




Hidup kita ini singkat. Senang cakap ia sangat sekejap untuk dinikmati. Pejam celik pejam celik kita sudah ke penghujung usia. Dalam kehidupan yang singkat ini semua kita, termasuk aku mengejar bermacam-macam benda duniawi. Akhirat? Entah, yang itu masing-masing jawablah sendiri. Aku tak berani komen sesuatu yang aku tidak nampak dan tidak arif mengenainya. Bekalan aku sendiri ke sana, aku sendiri tidak tahu ia cukup hebat atau tidak! 


Kehidupan yang sekejap dan singkat ini, duit seolah segala-galanya buat kita. Ke sana ... duit! Ke sini ... duit! Semua manusia kejar duit. Kejar dan kejar. Ada yang dapat. Ada yang tercicir. Kesian. Macam aku, ada masanya kepupusan duit. Buat apa malu untuk mengaku tentang semua itu. Kau pun yang sedang membaca entry aku, pasti pernah lalui kepupusan duit! Jangan nak tipu. Belum sampai gaji hujung bulan, poket dah kebocoran. Hakikat bagi sesetengah dari kita. 


Walaupun semua manusia sibuk cari duit. Siang malam. Pagi petang. Senja subuh. Tapi masih tidak merasai cukup. Malah masih memandang dan ingin kekayaan orang! Duit bukan segala-galanya dalam kehidupan sementara ini, walau hampir segala-galanya perlukan duit! Duit yang banyak belum tentu boleh beri kita ketenangan malah akan buat kita akan jadi manusia yang tamak. Ini hakikat yang aku pandang depan mata aku sendiri!


Jangan terlalu fikir soal duit 24jam sehari, hidup kita akan rasa sesak dan sempit. Kita akan rasa apa yang kita ada tidak cukup. Kita akan menjadi manusia yang kedekut sebab terfikir duit dibelanjakan akan berkurangan. Ada sesetengah orang, duit sendiri simpan ... duit pasangan dia dibelasahnya. Kesian tau! Orang yang sibuk sangat pasal duit nie, bila Kerajaan baru umum pasal kenaikan gaji, dah sibuk ditanya, "bila gaji nak naik ... bila gaji nak naik!". Pheeeeeew fening!


Bila kita terlalu fikir bab duit, aku rasa boleh jadi gila. Serius! Sikit-sikit duit. Sikit-sikit duit. Dulu-dulu mak ayah kita bela dan jaga bagi makan, pakai, sekolahkan kita ... takda pula bising bab duit. Mak ayah kita ada duit ke tak ada duit ke, kita sendiri pun tak tahu. Sedar-sedar apa yang kita request dah ada. Antara cepat dan lambat ajelah! Dorang tak ada bising pun pasal duit. Kita besar jugakkan? Boleh sambung belajar jugakkan? 


Kalau kau nak rasa cukup dalam segala hal dalam kehidupan ini, senang sangat! BERSYUKUR KAT DIA! Nak rezeki lebih, kita usaha lebih. Tapi kalau tak dapat yang lebih kita usaha tu, mungkin kita ada tercicir tanggungjawab kita kat DIA yang mencipta kita! Sendiri fikirlahkan. Jangan kau ingat duit ini boleh bagi kau bahagia, boleh bagi kau tenang ... boleh bagi kau kesihatan. Ada duit banyak sakit pun tak guna juga. Ada duit banyak, tapi makan sehari RM1. Bila ditanya kenapa? Ada penyakit itu penyakit ini. Hari-hari cuma boleh minum air suam dan roti putih. Duit banyak tu ... tapi nikmat menikmati duit yang sebenar tak ada!


Macam mak aku cakap, kalau kita nie duit tak banyak ... jadi membeli tu ukurlah poket sendiri. 


Orang pakai kereta, kita pun boleh pakai kereta. Tapi janganlah pakai BMW X6 macam orang lain kalau gaji kau baru RM2000! Pakai kancil ke myvi ke ... ok juga, kereta juga tu! Janji boleh bawa kau ke mana kau nak pergi. Asal kereta tu sihat ... kau selamatlah. Insya-Allah


Orang beli rumah, kita pun boleh beli rumah. Tapi janganlah beli rumah bunglo harga sampai RM1.5juta, gaji kau kan baru RM2000! Cukuplah beli rumah teres yang agak-agak kau mampu bayar bulan-bulan sampai pencen 60 tahun esok! Asal ada tempat berteduh hujan panas. Alhamdulillah ...


Orang pakai handphone, kita pun boleh beli handphone. Tapi janganlah beli Samsung Galaxy Note yang harga dia RM2,299.00 tu. Cukuplah dengan beli Nokia E5 laa paling koman-koman. Baru RM600 skrg. Sure gaji kau yang RM2000 tu ada baki lagi. Boleh call and sms pun oklah. 


Kalau kau hanya mampu makan dekat gerai tepi jalan, makan aje kat gerai tepi jalan. Tak payah nak berlagak macam orang bergaji besar makan tempat yang hebat-hebat dan mewah giler. 


Bak kata, apa yang orang lain pakai ... sure kau boleh pakai. Fungsi sama cuma berlainan jenama dan semestinya berbeza kualiti. 


Aku harap, aku takdalah nak pening bab duit ini. Aku punya prinsip senang saja. Kalau ada, adalah! Kalau tak ada, aku diam. Gaji nak naik, Alhamdulillah. Gaji tak naik? Kerja ajelah. Nak cakap banyak pun aku rasa tak boleh mengubah apa sangat. Lebih baik bertindak usaha cara lain daripada membising sampai orang lain pun muak. Cuma bila orang bercakap pasal kenaikan gaji, aku sampuk sikit-sikit ajelah. Lebihnya aku suka diam dan buat hal sendiri. Lagipun aku takut ... jadi hamba duit!


Ingatlah yang duit itu bukan segala-galanya. Duit itu boleh mengubah kita jika kita tidak bijak mengawal ia. Dari ada saudara boleh hilang saudara hanya sebab duit .... kalau kawan jangan cakaplah, sekelip mata sahaja boleh hilang kalau kita tak berduit. Bila berduit, kitalah kawan dunia akhirat mereka!


Fikir-fikirlah ye .....






CK : entry ini luahan hati aku sebab peristiwa petang tadi. baru aku kenal siapa hamba Allah ini sebenarnya. dia sanggup lakukan apa sahaja sebab duit. ermmmmmm

Kembali .... Alhamdulillah!

Assalamualaikum ...





Terima kasih yang mendoakan kesihatan aku. Alhamdulillah aku semakin baik. Cuma yang tinggal sedikit batuk, sakit tekak dan selsema. Tempoh 3 hari aku lalui dalam sakit, rasa macam "gelap" sekejap hidup aku. Serius! Bila sentiasa sihat, sesekali Allah uji hambaNya dengan kesakitan. Mungkin ada ceruk mana yang aku lupa dan lalai menjalani kehidupan sebagai hamba Dia. Ya, banyak perkara yang sememangnya aku lupa. Itu aku akui. 


Sepanjang 3 hari, paling aku tak lupa bila tekak berdarah dan aku tak mampu pun menelan air! Setiap kali menelan rasa sakit yang teramat. Rela rasa dahaga menular dalam diri daripada menyeksa diri dengan kesakitan! Keadaan bertambah teruk bila aku sendiri tak suka dengan ubat. 


3 hari nie, aku hidup dengan ubat. Sampaikan sendawa, muntah dan batuk .... semuanya bau ubat. Aku rasa macam aku dah hidup dalam timbunan ubat-ubat yang mengerikan! 2 hari aku langsung tak bangun. Makan pun bubur. Pandang segala makanan pun nampak macam ubat. Ngeri sungguh!


Inilah dugaan aku mungkin untuk penutup 2011. Mungkin ada hikmah yang aku tidak tahu. Tetapi Alhamdulillah, bila keadaan diri dah semakin sembuh. Terima kasih atas doa kalian semua. Terima kasih untuk MB dan Si June sebab care terlampau pasal aku. 


So, aku dah boleh kembali senyum ... bak kata MB! ngeh ngeh .... rindulah sangat kat blog nie. 3 hari aku memang tak ingat langsung pasal blog sebab aku lebih melayan rasa sakit aku yang tak pernah-pernah teruk macam nie.


Sesekali dapat sakit ... azab juga rasanya! Tapi orang cakap, kalau kita sakit ... "Allah akan gugurkan dosa-dosa kecil kita?" Betul ke? Sape bleh bagi penjelasan .....






CK : Cuti sakit pun tak senang bila boss sms pasal kerja. Kadang-kadang aku pelik dengan boss nie, tak tahu hormat dan jaga kebajikan staff sendiri. Time dia cuti .... tak ada pula aku sibuk nak sms atau call dia. hu hu sabar ajelah. 

Sunday, November 20, 2011

Blog Cuti ... Untuk Rehat!

Assalamualaikum ...



Sesekali diuji dengan sakit! 



Keadaan diri cik puan belog ketika ini seperti gambar di atas!

Baru balik dari clinic, membelanjakan untuk ubatan hampir seratus ringgit beserta MC!

MC pertama untuk 2011. 

Ubat semakin mahal sekarang!








DOAKAN CIK PUAN BELOG CEPAT SEMBUH YE ..... tq!








CK : Kesian MB, baru balik dari perjumpaan di PWTC dah kena bawa aku ke clinic. Aku cakap aku demam teruk sebab protes dia tinggalkan aku 2 hari ini. Tapi sebenarnya aku kena hujan Sabtu baru nie!


Bila sakit macam ini, aku rasa aku perlukan seseorang untuk temankan aku  ... picit kepala! he he he

Review Blog By UJANG [erti kehidupan]

Assalamualaikum ....




Aku kat office. Tengah kerja. Tengah bosan. Dan tengah selsema juga. sok sek sok sek....sobs sobssssss! Bagi hilangkan bosan sebelum masuk waktuk lunch kul 1pm jap lagi, aku blogwalking. Aku singgah kat blog mamat sorang nie. Blog mamat nie aku selalu jugalah terjah ... diakan sekarang dah retis weh! he he he ...


Sekarang, mamat nie dah terbang ke Sarawak. So, dia dah merajinkan diri untuk review blog. Rugi kalau tak join. Manatahu kot dia review blog aku yang picisan nie. he he he. Kalau korang nak join boleh klik blog mamat yang dimaksudkan .... UJANG!


Mula-mula aku nak tempek header blog aku, fuh fuh ... terpilihlah direview. ngeh ngeh ngeh! Itu antara syarat, leader header atau pic sendiri. So, aku pilih letak header aje. Sonang!


Header pemberian Lalabiela!


Masa aku mula berblog, Ujang ada juga datang kat blog aku dan komen sesekali. Tapi itu semua dulu yang dah jadi kenangan. he he he. Sekarang, takda lagi dia datang blog aku, harap aku je berdempek kat blog dia manjang. ha ha ha! 


Dulu blog dia simple je ... sekarang pun still simple tapi lagi better dari dulu. Bab perasan diri dia dengan artis sebenar memang aku tak boleh blah. ha ha ha. Kira oklah dia nie sebab cipta identiti sendiri dalam dunia blog. Tak adalah nak tiru-tiru orang lainkan ... kan ...! Tak lama lagi si Ujang nie pun dah nak jadi DADDY. ho ho ho ... Tahniahlah ye Encik Ujang dan Puan YANAMIB!


Oklah sapa yang nak join, dipersilakan. Tarik tutup 22 November 2011! Cepat join, meramaikan kengkawan! Kasi penat Si Ujang review blog kite semua. ha ha ha ha [itupun kalau dia terdaya nak reviewlah!]


Ujang yang sentiasa bajet hensem! ha ha ha .... mesti anak ko pun ensem cam ko jugak nanti!






CK : Selsema aku makin teruk!!

Masterchef oh! Masterchef .... Malaysia

Assalamualaikum ...




Semalam lepas layan bola Malaysia vs Myanmar, edit blog dan aku pergi dating makan dengan MB, Mr. Z dan Lavender. Aku memang excited nak keluar semalam sebab MB cakap nak pergi KL mulanya. Teruja semacam. Sambil-sambil bersiap dan layan blog, si June sms tanya aku tengok MASTERCHEF  ke idak? Aku cakaplah tak, sebab aku lebihkan hati aku untuk layan bola.


June cakap Masterchef semalam, kena masak ikan haruan! hu hu. Dia siap sms, "dorang kena masak ikan haruan. Ikan haruan nak masak apa ek!". Tengok kawan aku sendiri pun tak tahu ikan haruan tu boleh masak apa. he he he, sian kat kawan aku sorang nie. Jangan  marah ye dear! So, aku replylah, "sup dengan kari ... sedap!". Aku orang kampung, ikan haruan tu memang antara menu kat rumah masa kecik-kecik. Siap tangkap ikan sendiri kat bendang [sawah padi] tak pun ayah aku pancing. 


Tapi aku cuma makan ikan haruan kering atau dibuat kari je. Kalau buat sup aku pernah makan sekali je masa aku sakit dulu! Terpaksa, itupun aku make sure bila buat sup letak halia dan lada hitam banyak-banyak. Untuk pengetahuan, ikan haruan memang banyak khasiat untuk kesihatan. Salah satunya menyembuhkan luka dalam terutama selepas pembedahan dan untuk wanita selepas melahirkan anak. 


Tak agak-agak punya cabaran. Aku tak rasa semua peserta itu tahu masak ikan haruan, entah-entah ikan haruan pun dorang tak kenal. Nak siang ikan ini agak susah juga dengan badan licin seakan ular. Aku sendiri geli. Aku kalau siang ikan haruan, amik yang kecik-kecik je. Yang besar aku tinggalkan untuk mak aku. Tak pun aku tinggalkan semua bagi mak buat then aku tolong basuh. ha ha ha ... bagus punya anak!


Si June terus update aku pasal menu haruan yang dimasak peserta Masterfchef nie. Kelakar pula aku baca sms dia. Macam-macam menu yang dorang masak. Bila June sms, "hahahah ... ada yang buat pasta lagi. Pasta Marinaruan!". Rasa pecah perut baca sms tu. Aku tak dapat bayangkan betapa hanyirnya pasta ikan haruan tu. Then dia sms aku lagi, "siap wat ikan haruan tat lagi. mengong tau. Ikan sebesar gedabak tapi dia wat tat aje!". Tat haruan?? Erghhh camne rupa tu??


[SUMBER] Bagi yang tak pernah tengok, inilah ikan haruan makan anak.



Bagi aku, yang masak pasta dan tat haruan tu memang hebatlah! Pelik. Ada juga terfikir nak buat menu macam tu. Rasanya nak masuk Masterchef nie kena tengok kesesuaian bahan dan menu apa yang sesuai dimasak. 


Mula-mula Masterchef nie keluar kat Astro, Si June dan post kat wall ajak aku masuk. Ha ha ha. Sebelum berperang aku dan surrender awal-awal. Aku mana pandai masak dalam keadaan kelam kabut. Tambah pula bab western food tu aku gagal dan masih dalam tempoh pembelajaran. Dorang yang masuk tu, semua benda dah dorang try masak. Aku baru terhegeh-hegeh ....


Bila tengok Masterchef Malaysia .... ermmm geleng kepala juga. Rasa tak tergamak nak compare dengan Junior Masterchef Australia. Aku suka tengok Junior Chef Pierre Khoury ... dahlah cute, terror plak masak! Kagum sangat. Bila dia masak, lagi rasa dia cute. Lagi satu aku tengok dia tenang aje!


Comelkan dia! Junior Chef Pierre Khoury.


Apapun, aku tetap sokong Masterchef Malaysia! All the best ......




Semalam tak jadi pergi KL, pergi Kajang aje. Tak dapat makan dekat Tomyam 3000 Kampung Baru, tapi makan dekat Tomyam 2000 dekat Kajang tuh! Ikan bawal dia sedap sangat. Nak repeat! Kajang pun Kajanglah, alasan MB tak nak pergi KL ... risau balik lambat dan dia tak cukup rehat. Hari ini ada perjumpaan dengan PM dekat PWTC. hu hu hu. Tak dapat ikut sebab kerja! haish .....







CK : Tarikh cantik hari ini 20.11.2011, ramai bloggers buat entry pasal tarikh ini. Ada siapa yang akad nikah hari ini? "Selamat Pengantin Baru!". Yang lahir hari ini? "Selamat Hari Lahir!".

Setakat Yang Mampu!

Assalamualaikum ...




20.11.2011! Memang tarikh yang cantik, tapi aku bukan nak cerita pasal tarikh yang cantik nie sebab tiada yang istimewa dirancang untuk tarikh ini. sobs ... sobs! 


Perasan sebarang perubahan? Saujana mata memandang? Hijaukan ... aku dah tukar design template dengan colour sekali. Hijau Zainal Abidin! Sejuk sikit mata aku layan blog warna hijo nie. Orang cakap kalau tengok warna hijo nie, mata terang sket. Oranglah cakap. he he he. Untuk berapa lama bertahan aku tak pasti. Cuma header tu aku masih kekalkan header yang dibuat oleh adik Lalabiela tempoh hari. Itu je pun header yg aku ada. Header aku buat sendiri, ala-ala aje!


Lepas tukar design template baru aku perasan, ads Nuffnang dan button FB semua hilang. Dah mula nak kena setting balik. Apa lagi google sana sinilah cari tutorial. Nasib baik jumpa blog Lisaafha nie. So, aku pun follow segala tunjuk ajar yang diberikan oleh beliau. Alhamdulillah, semua ads telah berada di blog aku seperti sedia kala. Terima kasih Lisaafha! Bila tengok susah payah camtu, mulalah lepas nie malas lagi nak tukar template, kang nak kena google tuto lagi. he he he ... nampak sangat ada kemalasan di situ!


Untuk tempoh yang tak tahu berapa bulan lagi, aku rasa template nie dah kemas. Buat sementara waktu. Bila mood aku membosan kat rumah baru aku akan edit semula blog nie setakat yang mampu. Bab-bab design template, aku memang budak baru belajar. Kadang main terjah je ... asal boleh! Ikut sempat.


Oklah dah awal pagi dah nie, mata aku dah minta bertongkat dah nie. Hadap blog lelama pun bukan boleh hilangkan mengantuk. So, aku masuk beradu dulu .... tak tahu aku nk ucap nite atau morning skang nie????


Apapun ... "have a nice dreams!"





CK : Sedap ikan bawal dekat Tomyam 2000, Kajang!

Saturday, November 19, 2011

Susun Atur Semula ... Blog Kesayangan!

Assalamualaikum ....






Aku sedang kemaskini rupa bentuk blog yang tak seberapa dengan kemahiran yang tidak sehebat mana!


Entry untuk malam ini .... tak sempat aku nak upkan!


Kerja-kerja susun semula blog sedang gigih dijalankan! xoxoxo ....







CK : Untuk sementara, layan aje template yang tak seberapa dari CK! Nak pergi dating kejap lepas nie ... ngeh ngeh

Perempuan Memang Emosi .... BOLA!

Assalamualaikum ....





Aku tengah layan bola. Sukan SEA ke 26, Malaysia vs Myanmar di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Senayan Jakarta Indonesia! Serius seram sejuk. Tunggu punya tunggu tak gol! Erghhh sakit jantung aku. Perempuan [mungkin aku kot] agak emosi bila layan bola. Tambah-tambah bila hampir nak gol ... tak masuk! Geram sungguh. 


Makin geram dan sakit hati bila game dah nak habis tapi tak gol-gol. Adoi rasa tak berbaloi layan. Tapi bila fikir balik, apalah sangat nak emosi bila layan bola. Game je pun! Tapi aku nak juga rasa emosi tu, sebab emosi tu kan satu semangat! 


Sekarang nie, keputusan Malaysia vs Myanmar sehingga entry ini ditaip ... Malaysia [1] dan Myanmar [0]! Teruja sangat sebab aku dah dup dap dup dap tunggu bola masuk gol pasukan lawan! Kat rumah boleh sorak lebih-lebih. Kalau kat kedai mamak .... aku control sopan sket! Layan pun macam tak ada perasaan ... he he he






CK : Memanjang nak ada masa tambahan. Masa game Malaysia vs Indonesia aritu .... bengang tul ngan pasukan Indonesia, siap main kaki dah! 

Habiskan Bab Korban!

Assalamualaikum ...




Salam hari minggu. Sukalah semua sebab hari ini Sabtu dan esok Ahad. Bolehlah korang berehat dan bersantai di rumah. Tak pun pergi jalan-jalan! Seronoknya!


Pagi ini aku up entry macam biasa, cuma cerita agak basi sikit. Aku baru nak up pasal gambar-gambar program korban di Kampung Sagga Baru, Rantau Negeri Sembilan pada Aidil Adha yang lalu, 6 November 2011. Program adalah meriah dan menyeronokkan menurut pemberita akulah. Sebab aku tak ada masa kejadian. he he he! Teringin juga nak alami keseronokan program ibadah korban nie sebab sepanjang hidup, aku belum pernah lalui walau sekali! Kampung aku tak ada semuanya macam nie. So, layan kampung orang lain ajelah!


Antara mangsa korban! Hati-hati nanti ditanduk.

Bila tengok kambing-kambing nie, aduhai panjang betul tanduk kau ye ... Alhamdulillah kau terpilih sebagai mangsa korban. Ibadah tuh. Erghhh ... kau paham ke?? 




Aku pun 1st time tengok gambar-gambar nie, seakan ngeri juga. Tapi ia adalah satu ibadah. Satu pengorbanan. Kena merungkai sejarah Islam selepas nie, nak faham erti pengorbanan yang sebenar. 




Penduduk Kampung Sagga Baru yang bertungkus lumus pegang lembu yang akan dikorbankan. Pegang ramai-ramai, jangan ada yang terlepas. Tak pun takut ada yang kena tendang .... nasib badanlah labu!




Nampak macam baik pulak lembu putih nie. Serah diri nampaknye! he he he ... Lembu telah dibaringkan dan tunggu untuk disembelih. Besar jasa dan pengorbanan kau kan wahai lembu putih!



Yang nie ... layan gambar betul-betul. Aku dah tak tahu nak caption apa lagi ... he he he



Sedang disembelihkan!


Mari melapah!




Salah satu daripada hasil sembelihan program korban berkenaan .... SUP GEAR BOX! Resepi nanti aku share dengan korang. ngeh ngeh ngeh. Memang yummie .... nyum nyum nyum! Alhamdulillah .....



Actually, aku teringin nak lalui sendiri program sebegini. Nak tengok dengan mata sendiri betapa menariknya program ibadah korban dijalankan. Jelas kerjasama antara banyak pihak. Kalau sendiri yang lakukan memang tak termampu. Sebab itulah orang cakap, muafakat membawa berkat! Kalau aku diberi peluang, memang aku nak snap semua picture sendiri. Barul feel lain macam sikit!







CK : Dia bawa balik gear box tu special untuk aku! he he he .... tq dear!

Friday, November 18, 2011

Pasal Bakul Sampah Je Pun .....

Assalamualaikum ...



Nampak bakul sampah kat bawah nie ??
Sama macam bakul sampah sebelah meja aku, cuma warna je lain.
Bukan bakul sampah nie buat aku angin, tapi orang yang urus bakul sampah jangan sampai aku tegur!


Banyak berjasa. Kalau dia tak ada aku resah semacam. Pagi-pagi datang pandang dia dulu. he he he


Office aku dah tukar cleaner baru, sebulan lebih rasanya. Cuma yang aku perasan cleaner baru nie lembap dan suka bergaduh sesama mereka. Pagi-pagi nak cuci tandas pun nak memekak dengan kawan sendiri. Bergaduh pasal tugas sendiri. Tak macam yang dulu, tak ada pun nak bising-bising. Kalau cakap bahasa Melayu memang aku faham, tapi dah cakap Jawa buat telinga aku bingit bila nak makan pagi. Aku pantang orang bising pagi-pagi sebab pagi-pagi aku suka diam. Ambik mood!


Cleaner baru nie kalau datang bersih tempat aku, tak pernah aku lupa ucap terima kasih kalau aku ada kat tempat. Yelah, kau dah cuci tempat aku, wajib aku say thank you. Tapi yang sedihnye, cara kau sapu sampah ... macam mak limah. maklimah pula jadi mangsa. Sentimental betul. Sampah pun tak bergerak. Ini bukan show nak tunjuk lemah gemalai kau! Nasib baik aku sabar. Berdiri tunggu kau sapu kat tempat aku, kadang bukan ada sampah pun. Sapu macam syarat je aku tengok.


Yang aku marah sangat, memang cleaner baru tak macam yang dulu punya. Asal amik tong sampah aku, mesti tak reti letak tempat asal. Main tinggal belakang kerusi aku. Hari-hari macam tu. Kenapalah yang dulu pandai aje letak tempat asal, tapi yang ini .... datang pagi memekak, buat kerja lambat ... buat pun sekadar lepas batuk kat tangga je!


Lagi satu .... tak reti-reti ke nak letak tisu kat toilet tuh??? Kami bayar tau .... bukan free, semua dah ada dalam kontrak! Adeeeeeh ....





CK : Sesekali terpaksa merungut pasal cleaner sebab dorang suka berkumpul gossip sana sini, tapi kerja tak jalan! Cuma ... bukan semua cleaner mcm tu, masih ada yang rajin!