Aku nie memang jenis manusia yang sensitif sket. Sket ke banyak nie? Rasanya macam banyak kot sensitifnya. Aku memang pantang orang buat aku terasa hati or kecik hati. Cepat saja ayaq mata meleleh sampai ke hidup. sobs...sobs! Sedih tau. Tadi pun dia buat aku meleleh ayaq mata.
Macam hari nie, sepatutnya aku pergi teman dia beli tiket bola kat Seremban. Walaupun bukan aku yang nak pi Stadium Shah Alam tengok Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan vs Terengganu, but aku willing nak temankan dia sebab dia yang beriya-riya ajak. Well, bila dah ajak ... dalam kepala nie macam-macam dah aku plan. Ingat nak lunch kat Restoran Nelayan area Seremban tu. Rasanya dah lama tak pergi makan kat situ. Aku nak makan masak lemak cili api daging rusa. Sedap tau!
Tapi segalanya punah. Bukan kata masak lemak daging rusa yang dapat. Ayaq mata yang keluar laju macam ayaq terjun. Kes dia pi beli tiket bola sorang-sorang tak hint kat aku pun. Aku nie tunggu la kat office macam tukun dalam laut cetek. Kalau tak nak bawa, janganlah ajak aku beriya. Tak pun bagitahu awal-awal. Takdalah aku tunggu. Aku plak dari kecik, kalau dah berjanji dengan aku make sure janji tu tertunai. Itu ayah aku dah train aku dari kecik. Ayah aku kalau bab berjanji dengan aku memang dia akan tunaikan. So, dia tak nak anak dia cakap dia penipu or whatever. See, kasih ayah .... macam mana dia trainkan anak dia untuk tunaikan janji terutama bagi perkara-perkara yang amat penting. Yang penting orang lain tak kecik hati bila kita berjanji! Manusiakan berpegang kepada janjikan ... kan ... kan! Nampak sangat aku nie anak ayah! Banyak sungguh mewarisi perangai ayah aku.
Bila aku ditrain macam tu sejak kecik, benda nie terbawa-bawa sampai dan tua bangka nie. Sape-sape berjanji dengan aku make surelah janji tu ditunaikan, melainkan atas kuasa dan ketentuan Allah sesuatu itu tak tertunai untuk aku. Redha. Sebab itulah kalau aku bercinta, aku setia dan sentiasa jujur ikhlas dengan pasangan aku. Bukan nak puji diri sendiri, tapi dia akui aku memang macam tu. But bagi pihak dia nak buat sebaliknya, antara dia dengan Allah nak jawab macammana nanti akhirat esok. Tak berjodoh sebab mungkir janji or sebagainya aku terima dengan hati terbuka ... sebab jodoh nie ketentuan Allah! Manusia dan hamba macam aku, cuma layak merancang, usaha dan doa sahaja!!
Berbalik pasal aku kecik hati hari nie, memang-memanglah buat aku angin. Angin takda ribut takda, dia pi beli tiket bola tu sorang-sorang. Tup-tup dah sampai Seremban. Tak hangin ko!! Aku ni kiranya memang banyak sangat sabar. Terlalu banyak sabaq. Benda kecik malas aku nak gaduh bagai. Tapi janganlah buat macam nie. Bila aku sabar, janganlah sampai melampau wat tak peduli. Agak-agaklah!
Takpalah kalau dia bahagia nak buat macam tu, tapi aku nie sebagai sahabat and teman janganlah perangai macam nie diulang-ulang lagi. Belajarlah jaga hati sahabat dan teman sendiri. Kadang aku terfikir gak nak tanya dia, "pernah ke aku buat dia macam tu? rasanya dia insan bertuah yang aku tatang dalam hidup aku!". Kalau tak bersyukur lagi aku tak tahulah, sebab aku sentiasa usaha jadi yang terbaik untuk orang-orang yang aku sayang. Bernasib baiklah dia sebab aku sentiasa jadi diri sendiri seperti apa yang dia pandang selama nie!
Sobs ... sobs ... sobs! Malaslah nak sambung taip ... macam sedih dan makan hati sangat!! huwaaa huwaaaa huwaaaa.
CK : Sentiasa berdoa, selagi ada depan mata nie, belajarlah hargai! Esok kalau saya dah tak ada, jangan nak puji melangit pasal diri saya lagi macam dulu.
sabar ye..nad pon tak suka org yg mungkir janji cm tu..:(
ReplyDeletenew entry ::
Review Real Steel ツ
new entry :: Photoshoot ツ
sabar , kite pun kuat sensitif jugak kdg2, bila dah besar sikit-sikit berkurang dah :)
ReplyDeleteawak,awak..sabar k..tk moo sedih2
ReplyDeleteNadya > memang sabar, sbb tu luah kt sini aje... huuu
ReplyDeleteAsyikin > harap2 leh wat dunno
Shafazie > sesekali tersedih...hu hu
xpe kite tgk bola kt tv jer..lagi jelas k..lantak p org mcm tue ;)
ReplyDelete