Assalamualaikum ...
Mak aku selalu pesan, bila nak berbelanja berpada-pada. Tengok diri sendiri, jangan tengok orang. Seluk poket sendiri, jangan seluk poket orang. Mak aku cakap, kalau poket kecik, apa yang ada dalam poket pun kecik juga. Samalah macam mak selalu cakap, kalau periuk kecik, kerak juga kecik. Sesuaikan dengan saiz. Begitu juga bila nak berbelanja. Jangan sampai mengikat perut kemudian hari.
Aku diam.
Memang betul apa yang mak cakap. Setiap kali aku nak beli apa sekali pun. Pakaian, kelengkapan dan kemudahan untuk diri sendiri atau barang-barang rumah, aku akan seluk poket aku. Bukan tengok saiz kecik atau besar, tapi aku seluk untuk tahu bocor ke tidak poket aku!
Seumur hidup aku tak pernah merasa pakai jeans Levi's yang berharga RM2-3 ratus! Bila tengok adik aku sanggup beli jeans semahal itu ... aku rasa dia cukup hebat. Aku tak pernah pakai jam tangan berharga RM5 ratus. Tak pernah beli handbag berjenama seperti COACH yang berharga RM1K. Tak pernah juga beli wallet berharga RM3-4 ratus satu! Bila tengok kawan-kawan aku pakai barang semahal ini, aku mampu telan air liur berkali-kali sampai kering.
Aku bukan kedekut, tapi aku fikir banyak lagi perkara lain yang aku perlu buat dengan duit yang aku ada. Sebulan bekerja baru dapat gaji. Jadi simpan sedikit .... untuk beli rumah! Takkan nak habiskan dalam masa sehari semata-mata dengan sehelai jeans Levi's???
Konsep hidup aku agak mudah dan senang. Jika nak juga, usaha lebih. Jika tak mampu, beli apa yang mampu sahaja. Jangan amal biar papa asal bergaya. Apa yang orang lain ada, aku tetap ada. Cuma harga dan kualiti agak berbeza. Yang pasti fungsi tetap sama!
Berbelanja jangan sampai pokai! |
Senang cakap ... POKET AKU KECIK!!
Tapi tidak pokai ye! Jimat cermat untuk masa depan.
CK : Bukan senang mencari rezeki, rasa tak berbaloi dibazirkan dengan hal yang sia-sia.
Kalau keperluan mungkin boleh lagi.
ReplyDeleteMemang betullah kata orang tua, nak cari duit bukan mudah tapi kalau nak habiskan duit senang sangat.