Friday, October 14, 2011

Semoga Cepat Sembuh Ya SAYANG!!

Assalamualaikum ...



Aku cuma berdoa sayang aku yang sorang nie cepat sembuh! Kesian dia ... terlantar di KPJ Kajang sana. Lihat ENTRI INI.  Sayu hati aku tengok. Cuma dia nie tak nak dekat aku. Nak pegang. Nak sentuh pasti menangis.


Dia cuma biasa dengan pengasuh dan familynya sahaja. Kalau dia nangis, aku memang tak perlu susah payah pujuk ... hanya ibu dan ayah dia sahaja mampu pujuk dia agar diam! Kesian juga dekat kakak dan abang aku terpaksa bermalam dihospital secara bergilir! Aku? Mampu tumpang melawat sahajalah .... dan berdoa;








"Ya-Allah ... Aku mohon semoga Kau cepat sembuhkan anak buah aku, Qoays Harith! Lindungilah dia, jauhkanlah dia dari segala penyakit agar dia dapat membesar dengan sihat, sempurna dan dapat menjadi anak yang baik kepada ibu dan ayahnya! Amin!"







Sedang tidur nyenyak! Mata hidung pun bengkak. Sedih pula aku tengok!



Teringat aku masa kecik-kecik dulu ... permainan apa ntah ini??




Bilik KPJ Kajang nie macam hotel. Best je. Tapi tak best bagi orang yang sakit. ermmm ... sakit itu satu ujian dari Allah!


Proses mencairkan kahak kata akak aku ....


Tidur!!





CK : Tengok anak orang, teringat anak buah sendiri. Tengok anak buah sendiri .... baru perasan aku belum ada anak lagi. he he he

2 comments:

  1. cepat sembuh yer syg...sakit ape nie?!

    ReplyDelete
  2. permainan teng teng..masa kecik-kecik pernah main..sekarang xmain daa, semoga sihat seperti sedia kala..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!