Jumpa lagi kita ye. Ish ... cam hape je buat ayat awal macam nie. Ingat hos rancangan tv ke? Sejak lepas raya hari tu, sekali pun aku tak pergi makan luar. Maksud aku berkelah. Masak kat rumah dan bawa bekalan makanan yang dimasak dan makan di kawasan yang menarik! Aku suka tau macam tu. Terasa santai sangat dengan angin sepoi-sepoi bahasa ... nafsu makan membuak-buak!
Masa kecik-kecik dulu, aku rajin berkelah di belakang rumah dengan sepupu-sepupu aku. Dulu memang baik dengan dorang, sekarang dah tak baik sangat. Malu-malu bila jumpa. Belakang rumah aku sawah padi, lepas tu ada sebatang pokok keriang. Dekat dahan keriang nie bapak saudara aku buatkan buaian. So, kami (aku dengan sepupu sepapat) ramai-ramailah lepak situ. Asal tengahari je masing-masing bawa sepinggan nasi dengan lauk pauk taruk atas nasi!
Woooo memang best sangat! Kena hembusan bayu @ angin (kecik-kecik dulu tak tau pun bayu tu apa), sawah pagi luas saujana memandang! Syiok sangat. Itu dululah. Sekarang nie kalau balik kampung, takda sapa lagi nak berkelah kat pokok tu. Eh! aku pun tak sure pokok keriang tepi sawah belakang rumah pakngah aku tu ada lagi ka dak??
La nie sejak dok Putrajaya, mood berkelah aku tetap sama macam budak kecik. Cuma bila dok apartment nak berkelah ceruk manakan? Takkan nak berkelah tepi jalan kot ... ataupun kat bus stop. Mengong kot! Mesti orang cakap gila ka apa budak nie!! Rumah tinggi macam rumah burung ... kat Putrajaya nie ada tasik dengan taman ja!
Sebab sejak azali aku nie memang jenis teruja bab-bab berkelah nie, dok kat Putrajaya pun aku tetap cari port yang sesuai untuk makan tengahari dengan lauk pauk dan nasi yang dimasak kat rumah lepas tu dibawa ke tempat yang best untuk berkelah.
Contoh dia macam kat bawah nie! Siapkan bekalan dulu .... jeng jeng jeng ... bekalan ini penting. Dah namapun berkelahkan. Bila berkelah aku akan masak yang simple-simple je. Sebab mood aku lebih untuk bersantai, bukan nak makan tahap melampau sangat!
Satu bakul ar bekalannye! Sungguh-sungguh berkelah ke? Ya .. memang sungguh pun. Step kedua, kita cari lokasi yang sesuai. Putrajaya nie banyak port yang menarik. Siap dah ada bangku, so tak payahlah aku sibuk-sibuk gulung dan usung tikar. Kurang satu beban. ngeh ngeh ngeh! Meh tengok lokasi yang saya pilih!
Lokasi pilihan saya! Berhadapan tasik dekat dengan Masjid Sultan Mizan aka Masjid Besi. Banyak pokok. Jadi adalah tempat menumpang berteduh. Nyaman tau kat sini. Angin sepoi-sepoi bahasa. I like berkali kali! Rasa nak baring je kat rumput tu. Tapi risau plak cekenit datang gigit manja. Tak kuasa akak nak garu-garu. Step ke tiga. Bila lokasi dah ada. Port pun cantik. Jom kita buka bekalan!
Wah! bukan main lagi nasi dan lauk pauk aku nie. Sungguh-sungguh simple. Ayam paprik, telur dadar dan ikan kering goreng. Cukuplahkan. Lebih dari kenyang nie. Licin jugalah makan. Mood berkelah di atas ini adalah semasa selera makan nasi saya membuak-buak. Cuba korang tengok nasi tu ... sangat banyak! Tapi habis ... sila percaya bahawa entry ini amat jujur sekali.
Sekarang nie saya hanya makan nasi 2 hari sekali, lebih kurang macam tulah. Sekali makan setengah senduk atau paling banyak sesenduk. Saiz senduk nasi yang normal ya! Bukan senduk saiz gergasi.
Bila belek-belek folder gambar dalam lappy, mulalah hati nie rasa nak pergi berkelah lagi. Tapi bilalah agaknye? Minggu nie dah nak pergi ke Melaka. Pastu sibuk dengan kerja nak siapkan report itu ini. Hujung tahun bukan waktu yang sesuai untuk bermanja, terkinja-kinja serta bersukaria. Banyak kerja yang perlu disettlekan. Pendam ajelah hasrat hati. ermmmm.
Oklah korang ... korang plak selalu berkelah kat mana? Ke korang memang tak kampung macam aku ... asyik sibuk nak berkelah memanjang!
Thanks datang sini and thanks for reading too.
CK : Putrajaya hujan sejak 2-3 hari nie ... nyamannye

selalu berkelah kat dataran Shah Alam, hihihi ;p
ReplyDeleteAsyiking > bagus2....bestkan berkelah nie
ReplyDeleteBerkelah di rumah saja dengan anak buah. Sibuk manjang.
ReplyDelete