Followers belog aku sehingga tarikh 14.10.2011 adalah 885 orang bloggers! Terima kasih korang!
Agak-agak korang apalah aku nak cakap pasal followers nie? Nak marah sebab follow tadi tak datang belog aku? Nak hangin followers ramai tapi traffic amat ciput??
Oh! Tidak ... aku tidak marah semua tu. Ramai followers adalah satu sokongan. Nak jengah ke tidak ke belog ini terpulang kepada diri blogger itu sendiri. Nak datang, bertenggek, baca, lihat gambar dan meninggalkan komen atau jejak amat dialu-alukan dengan hati yang ikhlas. Tetapi datang sekadar sebagai silent readers pun, aku tak kisah. Mana-mana yang sesuai untuk diri korangkan ....
Sila berlaku sopan di sini!
Cuma jangan datang dengan niat maki hamun dan meninggalkan kata-kata kesat lagi lucah di sini ... memang aku hamun balik ye! Aku tak suka orang menyakitkan hati aku sebab aku sendiri sering elak untuk sakitkan hati orang lain. Bukan bermakna aku nak tunjuk baik, tapi aku lebih bersikap untuk menjaga hati sendiri. Bila aku elak untuk sakitkan hati orang, bermakna aku juga berusaha untuk elak diri aku disakiti. Simplekan?? Aku berpegang kepada prinsip, "berbuat baik dibalas baik, buat jahat ... aku memang takkan balas tapi aku harap Allah yang balas!".
Perasan ke tak??
Yang sebenarnya aku tak pasti korang perasan atau tidak (kepada yang hari-hari datang jenguk belog aku), followers aku tidak bertambah. Rasanya baru 2 hari lepas bertambah jadi 885. Dulu, cepat aje Geng CK tu meningkat dengan jayanya. Kira time tu bersemangatlah juga. Cuma aku tidak amalkan, "I follow you, please follow me back ye!". Time mula nak naik sebagai blogger, semua belog aku redah. Baru aku tahu menjadi blogger ini mencabar!
Memang mencabar!
Banyak juga komitmen yang perlu diberikan kepada blog jika rasa ingin serius untuk menjadi blogger. Belum lagi jadi blogger full time, part time pun bukan nie ... tapi suka-suka time blogger! Bukan senang tau. Jangan asyik kutuk-kutuk blogger nie masuk bakul angkat sendiri atau syok sendiri memanjang! Bila dah bergelar blogger kepala sendiri kena ligat berfikir! Cari idealah apa lagi. Nak up 1-2 entry pun pening juga kepala memikirkan. Kalau setakat buat blog sebulan lepas tu tinggal berkulat ... ermmm sapa nak datang belog kita ye dak???
Bila tengok keramaian followers aku 885 orang bloggers yang tak meningkat, menunjukkan masa aku untuk blogwalking sudah berkurangan. Hujung tahun ... kerja banyak perlu disettlekan. Entry pun memanjang autopublish, bila masa nak blogwalking! Sudahnye, aku tiada kawan bloggers baru yang sudi datang sini. huk huk huk! Sedih sangat. Tapi nak buat macam mana, kesilapan terletak pada tindakan aku sendiri.
Cuma ...
Tahun depan atau bila masa aku tidak sibuk, akan aku blogwalking sampai lebam. Sampai lebam ye! Azam ke ape nie, aku sendiri pun tak tahu. he he he.
Kalau korang perasan pasal followers aku yang tak berganjak itu, bukan aku malas, tapi masa tidak mengizinkan! Kalau kau tak jenguk belog orang, jangan harap juga orang nak datang jenguk belog kau. Faham!
Agaknya sampai bilakah aku akan menulis belog???
CK : Kerajaan akan naikkan umur persaraan dari 58 tahun kepada 60 tahun? Berbelog sampai umur berapa??
skrg dah x sempat berblog sgt,,
ReplyDeletefollow tu naik ke x pon dah x perasan,,
haha
x kira sikit atau ramai yg follow sekurangnya kita x henti bg info yg berguna dri disajikan gosip2 murahan yg asyik berulang2. apa2 pun smoga sukses merempit dalm kehidupan...terbaik
ReplyDelete