Thursday, October 6, 2011

Tiba-tiba Empangan Pecah ... Laju Air Mengalir!

Assalamualaikum ...







Wajah hati aku malam tadi. Tiba-tiba hati aku sebak. Sedih. Airmata mengalir laju macam air di empangan yang pecah. Aku tidak tahu apa yang aku sebak tiba-tiba. Hati aku rasa sunyi. Aku boleh berdiri mengadap tingkap ... bercakap dengan hati seolah ada bicara untuk Pencipta aku.


Aku tidak tahu apa yang tidak kena. Masalah kerja? Rasanya tiada apa yang perlu dijadikan masalah dalam segala tugasan harian aku di office. Bagi aku semua ok-ok sahaja. Kalau tak ok sekalipun tetap aku akan pastikan ia ok dalam tempoh sehari atau dua hari. Janji segalanya ok!


Bergaduh dengan orang lain? Memang jauh sangkaan diri sendiri. Aku bukan jenis manusia yang mencipta musuh. Di office pun aku adalah species yang boleh dikatakan pendiam.  Aku tak suka campur hal tepi kain orang jugak. Aku tak suka nak borak bukan-bukan. Ada pun sesekali. Aku lebih suka duduk di tempat sendiri. Kalau rasa busan aku layan internet. Kalau jiran belakang aku tak busy, aku borak dengan dia. Time lunch baru aku berjuma habis-habisan. Tapi di luar office ... aku agak berbeza, peramah tak tentu pasal! heh ...



Hati terusik? Adalah sedikit terusik dengan mereka yang berada di sekeliling aku. Terkesan pun sedikit sahaja. Tapi aku rasa ia bukan penyebab terbanyak kenapa aku menjadi sedih. sunyi. kosong. entahlah! 


Sebabkan rasa kosong dan sedih melampau, terus aku post dekat wall FB1 aku simbol macam ni  :(
Nampak sedihkan? Memang pun ... dan aku mencari kenapa hati ini rasa tidak enak sahaja. Mungkin aku ada sesuatu untuk diluahkan tapi tak tahu bagaimana nak diluahkan! Mungkin ...





CK : Choose your love. Love your choice

3 comments:

  1. cik kamoo..

    tk moo sedih2..smile:)

    ReplyDelete
  2. saya pun sedih semalam sis. kesian kan?

    ReplyDelete
  3. Kekosongan tu...
    Hati sedang memberontak ingin diisi.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!