Assalamualaikum ...
Sesekali cerita pasal Nuffnang syiok juga. Kiranya dari mula aku aktif berbelog, aku memang setia dengan Nuffnang. Malas nak tukar pengiklanan yang lain. Sebab niat aku berbelog dan terus menulis pun kerana minat dan nak mengisi masa lapang. Jadi income dari belog adalah sampingan. Kadang-kadang aku terfikir untuk terus serius menulis belog. Rajin update. Beri informasi terkini. Malangnya masa terlalu cemburu dengan aku. Eh! alasan tak boleh blah ... hendak seribu daya ye tak??
Belog aku nie lebih kepada diri sendiri. Pengajaran dan peringatan untuk diri sendiri. Lebih kepada luahan perasaan. Lebih kepada berkongsi pengalaman. Aku amat-amat jarang nak update pasal artis. Kalau ada pun kira nasib. Mungkin aku tak berapa minat sangat melayani dunia artis kot. Zaman dah beralih arah. Kalau zaman-zaman aku up dulu aku kenal belog, mungkinlah kot banyak cerita artis bagai.
Sejak aku setia dengan Nuffnang, belum sekali pun aku cash out duit yang ada. Aku join Nuffnang pun belum sampai setahun. Beberapa bulan entah. Tapi yang pasti lebih 6 bulan. Ada juga income. Tunggu Disember nie baru aku beriya nak cash out. Sekarang nie pun BE yang ada cuma satu. BE dari Maxis Football Hot Ticket paling lama bertahan kat belog kedaung aku nie. Ada kot dekat 2 bulan cenggitu. Lama giler. Terima kasihlah Maxis ye!
BE yang paling sekejap menapak kat belog aku, Unilever Magnum Royal Treatment. Adalah dekat seminggu. Kemudian dah jadi ME. Sekejap sangat aih! Earning pun hanya RM1+++. He he he. Jadilahkan .... boleh buat beli aiskrim pop! Walaupun earning tak seberapa, akan aku terus setia. Harap-harap macam itulahkan!
Ada juga yang tanya kenapa aku tak tukar kepada pengiklan lain kat belog nie? Kenapa? Setakat ini Nuffnang masih iktiraf aku sebagai anak emasnya. Geli geli gitu! Tapi pernah juga aku jadi anak gangsa. Aku buat dek je, masih malas nak tukar pengiklan. Bila aku tahu mistake aku dan diperbetulkan, terus Nuffnang kembalikan status glitterati tu. Thanks ya Nuffnang! Sangat hargai.
Earning dari Nuffnang boleh tahan juga hebatnya! Tapi tidaklah sehebat Redmummy ya. Jadi kesetiaan itu mungkin ganjarannya, aku dapat adalah BE hampir setiap bulan! Pernah sekali sebulan tak ada BE, tup-tup bulan depan tu aku dapat 4 BE sekaligus! Sukanye .... ngeh ngeh
Harap aku terus setia, tapi yang paling penting AKU HARAP AKU AKAN TERUS MAMPU MENULIS DAN MENULIS. Itu yang paling penting. Sampai bila? Aku sendiri tak pasti ...
CK : Cerita pasal BE, dulu aku memang tak cerdik langsung. Sana sini aku google! Dunia blog nie buat aku terjah sana sini cari ilmu.
Awan tak letak iklan bahagian sidebar. Atas dan bawah blog saja ada iklan. Pasal earning dah lama tak kode.
ReplyDelete