Thursday, October 13, 2011

Belog Punya Pasal!

Assalamualaikum ...



Dah lewat malam! Actually aku baru bangun tidur. Bangun je, terus mandi dan update belog sambil makan. Serius aku sangat penat dan lapar jugak! Kan hari ini telah penuh buat aku. Memang mencabar walau tak sehebat manapun!


Belog punya pasal, asal celik mata aje mesti nak terjah! Agak-agak aku nie dah hadapi penyakit ketegaran berbelog. Habislah macam nie! Risau benda lain tak menjadi. Belog oh! belog ... kadang buat hidup aku tak keruan. Setakat ini belog adalah peneman setia aku. Aku boleh luah apa sahaja yang aku suka. Asalkan tak terlalu menyemak kisah peribadi orang lain. Setakat ini aku selesa cara berbelog macam ini. Up dengan entry masakan, jalan-jalan, share petua memetua, penulisan dari jiwa jiwang, gambar-gambar, santai dan kadang-kadang sahaja ada entry motivasi. Rasanya dah lama aku tak tulis entry motivasi.




Blogging sebab apa?

  • suka-suka
  • minat/hobby
  • penuhi masa lapang
  • sebab blogging dapat $$$$$$
  • ramaikan kenalan maya
  • taktau nak buat apa dah ... akhirnya blogging pilihan terakhir
  • nak tunjuk skills menulis
  • nak tunjuk skills ambik gambo
  • nak tunjuk skills hentam orang lain dlm penulisan
  • nak berniaga online
  • tak tahu kenapa ... ikut orang! Dorang ada belog, so perlu juga buat satu belog. kang kata ketinggalan



Walaupun ada yang anggap belog aku ini seperti belog KEBUDAK-BUDAKAN dan tak sesuai dengan usia aku, ada aku kesah? Selagi aku tak menjerut kisah peribadi orang lain, aku selesa menulis belog sebegini. Aku amat berterima kasih kepada pengunjung/pembaca SETIA belog ini. Korang juga antara penyebab aku masih tulis dan menulis! Cuba juga nak up dengan entry bergambar hasil dari camera hp cap ayam aku nie. Edit sikit-sikit. Entah bilalah nak dapat beli DSLR. Dah 2 tahun aku impikan. Dah letak dalam wishlist tahun ini ... tapi rasanya tak tercapai. Tak pe aku carry forward tahun depan. Insya-Allah akan diusahakan! Dapat camera compact biasa dulu pun bolehlah ...





Kalaulah aku tahu bestnya blogging macam sekarang, dah lama aku sambung belog-belog lama aku. Serius. Dah tahu aku memang suka sangat menulis plus mengarut juga.  Jadi buat apa aku sia-sia apa yang ada dalam kepala aku. 


Aku kenal belog tahun 2005, update cuma seminggu sekali. Dulu aku tak faham sangat apa fungsi berbelog. Ntah dari mana aku dapat ilmu berbelog masa tu, aku sendiri tak pasti. Sedar-sedar aku dah ada satu belog. Belog aku pun sekejap-sekejap asyik private. Yang rajin datang baca cuma budak rumah aku je. ha ha ha. Mana ada kaedah belogwalking masa tu. Rasanyalah! Nuffnang pun belum ada rasanya. Rasanya lagi!


Yang aku perasan sangat dulu, kalau berbelog ... takdanya nak dengki-dengki sesama bloggers. Kendian nak cari entry yang sama pun susah. Belog pun tak banyak, boleh bilanglah! Siapa bloggers yang femes pun aku tak kenal. Walaupun jumlah bloggers tak ramai macam sekarang. Sekarang nie budak sekolah pun ada belog. Kiranya bagi aku dunia belog lebih aman dan suci dulu berbanding sekarang. Lebih ikhlas dan telus bagi aku. Pendapat akulah!



Bila masuk belog yang ketiga ini. Yang ada sekarang yang korang sedang baca nie, baru aku dapat feel sebenar menulis! Walaupun merapu ... tapi aku cuba yang terbaik cari identiti penulisan aku. ha ha ha. Poyo!! Cuma jangan nilai belog dari template dia yang macam budak-budak, ... sebab sebenarnya aku bukan budak-budak pun. Mak sedara budak adalah! Header dan tajuk belog ini ada kisah yang tersendiri. Yang hanya aku yang tahu. Jadi ... biar ia nampak seolah semuanya berbahagia sahaja di sini!



Opss ... terpanjang pula entry ini. Oklah aku nak sambung kerja-kerja membasuh pinggan di dapur. Esok pagi ajelah sambung berceloteh lagi. Selagi ada orang berkunjung, pasti ada cerita baru. Kalau tak ada pengunjung, aku pasrah je ... menulis selagi mampu!





CK : Bulan ini nak pulun kerja habis-habisan!

1 comment:

  1. btol2
    kadg2 ade yg bt blog sbb nak mengumpt or dengki kat orang lain la

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!