Malam tadi, aku layan Masterchef Malaysia kat Astro. Choi ... mesti semua orang tahu rancangan tu kat Astrokan. Saja nak kecah aku nie. Boleh tahan hebat jugaklah, even staff office aku cakap Masterchef Malaysia nie biasa-biasa aje. Taklah hebat macam orang putih sana, budak-budak pun boleh perform terlampau baik dalam rancangan tu. Cheh! kalau bangsa lain nak puji sangat. Asal Malaysia je, nak perlekeh memanjang ... apaaa daaaa! Supportlah sikit!
Okeh-okeh simpan bab kecik hati kat staff tu, berbalik pada Masterchef tu memang aku suka sangat. Juri-juri tersohor komen sana sini. Hebat dowh! Malam tadi, Selera Pantas kalau tak salah aku, depa pakat-pakat kena buat Kek Tiramisu. Ermmm yummie sangat aku tengok.
Sedih pun ada bila ada peserta yang keknya tak jadi langsung. Dah macam rupa bubur pun ada. Kesian si pemandu tu, sorry aku lupa nama dia ... kek dia tak jadi langsung. Lepas tu, cikgu sambilan ... pun sama tak jadi. But cikgu sambilan nie still hias juga kek dia bagi juri-juri rasa. Memang semangat betul dia. Yelah, dah bertungkus lumus usaha takkan nak biar macam tu sahaja. Tapi pemandu tu dia tak nak bagi juri rasa kek dia. Kalau aku pun tak nak bagi ... dah rupa bubur, bukan rupa kek lagi dah. Sian dia menangis-nangis. Apapun aku salutelah dia tetap berusaha yang terbaik. Cuba lagilah nanti. Mana tau kot jadi lebih baik kan...kan...!
Kerana Masterchef malam tadi, sampai hari seharian aku teringat aje kek tiramisu tu. Siap google resepi segala. Aku nampak kek tu malam tadi sedap bukan main, even tengok kat tv je!
Ini semua sebab Mastercheflah, sudahnya aku mengidam. Agak-agak bilalah aku nak pergi cari tiramisu nie. Secret Recipe mesti ada .... tak sabar nak alami dan rasa kelazatannya!
Tiramisu yang mengiurkan dan menggoda nafsu makan ku tahap melampau! |
Masterchef oh! Masterchef .... macam-macamlah!
CK : Malam nie pergi open house Deepavali. 1Malaysialah kita ye ....
ohhhhh
ReplyDeletekini menggoda dakuuuu pulaaaa =.=
aimie > kita sama2 telah digoda dan tergoda...hak hak hak
ReplyDeleteKek Tiramisu, I miss U.
ReplyDeletekwn rumh sy prnh wt tiramisu ni..sdp kak..bst2!!maafla..lm sy xjengok ke blo akk ni..mg yg trbik utk akk..;)
ReplyDeleteAwan > amboi...miss kat tiramisu je ke... ngeh ngeh
ReplyDeleteConan > bagilah resepi, senang2 akak pun nk wat gak
tertiba lapar tgk tiramisu ini..
ReplyDeletejom2 kita mam tiramisu...:)
shafazie > jom jom mam tiramisu...lapar jugak nie
ReplyDelete