Assalamualaikum ....
Malam tadi aku tido awal sangat. 9.00pm aku dah hanyut dibuai mimpi. Tapi bukan mimpi indah. Ntah apa-apa mimpi yang berkecamuk dan buat aku tersedar lebih awal dari biasa. Huh! Mungkin sebab semalam aku stress gara-gara boss kecik aku buat hal. Kurang ajar aku rasa dia tu! Huh kali kedua.
Malam tadi MB sms tanya tempat nak pergi minum pun aku dah koma. Letih sangat aku rasa. Emosi tak stabil gara-gara orang yang punya hati busuk juga. Huh! lagi dan lagi. Malas nak mengomel panjang. Pagi ini aku bangun awal dan terus wash baju kerja aku. Kejap lagi nak buat sardine puff lagi. Aku lapar ... malam tadi tak makan langsung. Selalunya aku minum sebelum tidur. Sekarang aku dah kurang malam ... seminggu 1-2 kali sahaja aku melantak di malam hari, itu pun kalau terlalu lapar, aku belasah roti je!
Pagi nie aku nak share petua kat korang. Petua untuk halau semut dan lipas dalam kereta. Macam kereta aku, bersih macam mana pun tiba-tiba ada lipas keluar! Yeaagh .... cuma nasib baik aku tak penggeli sangat dengan lipas. Nampak je aku terus ketuk! Memang tak hidup dah kau kalau jumpa aku wahai si lipas.
Petua nie aku dapat dari FB Pak Ngah Farit Ismeth Emir. Memang macam-macam petua dia share. Suka aku membacanya. Yang aku rasa memang aku akan guna baru aku share kat sini. Jom layan ...
1. Elakkan meletak kereta anda bawah pokok terutamanya pokok rambutan, pokok mangga, pokok manggis. Ataupun di tempat buang sampah,tepi longkang atau tempat yang lembab.
2. Bersihkan atau cuci kereta anda luar dalam selalu. Vakum bahagian dalam, bawah tempat duduk, bawah carpet dan servis corong aircon.
3. Sembur racun semut ke dalam kereta anda.
4. Beli kapur halau semut dan lipas. Taburkan dalam kereta . Semut atau lipas yang menyentuh serbuk kapur akan kehilangan fungsi saraf dalam 4 jam, tubuh serangga tidak akan dapat digerakkan dan akan mati setelah 10 jam.
5. Letak daun pandan yang dicincang tak berapa halus atau daun pandan. Cara ini lipas tidak mati cuma lari keluar dari kereta. daun pandan juga boleh hilangkan bau durian, air ikan dari pasar atau bau pelik-pelik dalam kereta.
6. Kayu manis juga mampu menghalau semut dan lipas.
7. Jangan tinggalkan sisa makan dan minum dalam kereta. Paling penting ialah amalan menjaga kebersihan dalam kereta. Lipas atau semut tidak akan ada kalau kereta anda sentiasa bersih.
Selamat mencuba petua di atas ya!
CK : Hati masih terluka dengan sikap orang tak betul tu ... hish! tunggulah rahsia kau terbongkar nanti.
petua sangat berguna ni..;d
ReplyDeleteterima kasih kak ..
ReplyDelete