Assalamualaikum ...
Salam Ahad untuk semua! Berbahagia dan berehatlah di hari Ahad. Untuk korang sahajalah rehat. Tapi aku hari ini masuk office. Cheh ... macam rajin konon. Tidak jugak! Memang sepatutnya tarikh aku mengeluarkan segala surat menyurat dan dokumen yang sepatutnya hari ini. Maka bekerjalah aku serajinnya, Insya-Allah.
Semalam telah puas aku berpoya. Menghadiri majis perkahwinan kawan baik aku di Tanjung Bidara, Melaka sana. Seronok. Hampir sejam juga lah aku melantak dan merehatkan diri di rumah pengantin. Orang dah tak ramai, jadi peluang diambil dengan sepenuhnya untuk beramah mesra dengan pengantin baru dan mengambil berkat moga tahun depan giliran aku pula naik pelamin. Eh! tahun depan tak boleh ... adik bongsu aku akan kahwin dulu. So aku tahun satu lagi la. ngeh ngeh ngeh..
Pengantin bertemakan biru. My peberet colour. MB pun suka biru juga, katanya cantik. Ala, sajalah tu nak sama macam aku. Masakan di majlis kahwin itu biasa sahaja, tapi aku suka gulai nenas ikan kering tu. Sangat sedap pada tekak aku. Ayam goreng biasa bagi aku. Daging pun sedap sebab lembut. Bubur kacang ... perghh best sebab manis-manis buah rasanya. Sirap merah ... kurang manis tapi oklah. Manis sangat kang ptong kaki plak. Buah oreng dia masam ... ok bagi aku sebab boleh potong lemak kiri kanan badan nie.
Semua gambar akan aku up pada entry akan datang. Aku kat office susah nak buat kerja-kerja berkaitan gambar nie. Kurang pahala kerja kang. Ini pun dah kurang sebab dok pi gatai update blog sapa suruh tau! Nanti aku akan cerita kat korang ke mana aku pergi selepas menghadiri majlis kahwin kawan aku tu. Ada yang menarik juga. Anggaplah yang aku akan buat entry berkenaan sebagai Siri Cuti Singkat untuk korang. Doakan aku sihat agar aku boleh up entry berkenaan.
Dah rasa tempias pengantin baru dah sekarang nie .... hu hu hu ....
Bila si pengantin bertanya aku, "Macam mana dengan dia ...??". Aku jawab dengan ikhlas untuk kau masa tu, "Insya-Allah ada jodoh kami tak ke mana ....". Kau pun tahu cerita sebenarkan ... aku lebih suka diam dari bercerita. Biar Allah menentukan apa yang baik buat jalan hidup kami. Insya-Allah dan amin untuk segala kebaikan!
Sungguh! aku cuba ambil berkat pengantin yang juga kawan baik aku sendiri. Selamat Pengantin Baru ... I&Z! Semoga berbahagia ke akhir hayat, dipermudahkan urusan selepas berkahwin dan dimurahkan rezeki dunia akhirat. Amin.
CK : Seronok dapat jalan-jalan Melaka ... kemudian balik Seremban!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!