Tuesday, October 25, 2011

Pantang Lelaki, Apa Yang Mereka Tidak Suka??

Assalamualaikum ...



Entry ini aku nak berkongsi sesuatu tentang lelaki. Tentang apa yang menjadi kepantangan kepada lelaki. Cubalah baca sampai titik yang terakhir. Bila dah faham rasa macam ada benarnya apa yang aku dapat nie.


Bagi aku lelaki nie kadangkala amat sukar difahami dan tindak tanduknya ada masa tidak terjangka. Sebab itu lelaki tidak semena-mena buat perempuan kecewa tanpa sebab. Bukan semua lelaki macam tu, tapi ada yang macam tu. Ego lelaki boleh tahan menggunung, perempuan pun ada ego tapi masih boleh dicairkan kadang-kadang. 


Siapapun lelaki, bagaimana pun sikap mereka, perempuan telah dijadikan untuk berpasangan dengan lelaki sejak di syurga Allah lagi. Jadi baik buruk, lemah kurang mereka ada sebabnya yang tidak kita ketahui. Jom kita selidiki apa yang menjadi kepantangan bagi lelaki agar kita tak adalah bergolak dengan lelaki kesayangan bila melanggar pantang! 





Berikut adalah beberapa ‘pantang’ lelaki :

1. Ungkit kisah lama Anda marah dan kerana kemampuan wanita mengingati sesuatu peristiwa dengan terperinci, anda mengomel sambil mengungkit kisah 10 tahun lalu. Tetapi cik abang bertanya: ‘Ah? Apa kena mengenanya?’


2. Banyak soal - Wanita suka berdialog, umpamanya beliau ingin tahu di mana lelaki itu makan tadi, dengan siapa dan apa yang dibualkan tetapi lelaki salah faham dan menganggapnya seperti disoal inspektor polis.

3. Bersaing dengan dirinya - Beliau sedang bercerita dengan anda tentang perangai bos di tempat kerja. Bukannya beliau ingin anda mendengar keluhannya, sebaliknya bercerita panjang lebar tentang diri sendiri. Lelaki menganggap anda sedang bersaing cerita dengannya sedangkan apa yang beliau mahukan ialah untuk anda mengatakan beliau betul dan bosnya salah.


4. Perlakukan mereka bak anak kecil - Mereka tidak perlukan seorang lagi ibu untuk memperbetulkan gaya, cakap dan pakaian mereka, bertanya mengapa tidak melakukan begitu dan begini.


5. Mengongkong - Bukan beliau tidak mempedulikan anda.
Sebenarnya ramai lelaki perlukan ruang untuk menyendiri. Mereka kadangkala perlu berinteraksi dengan kaum sejenis mengenai perkara-perkara yang hanya mereka fahami.


6. Menuduh - Wanita suka berbicara bak dirinyalah menjadi mangsa sekali gus membuat lelaki berasa bersalah.

Misalnya :

Wanita: Baju mana yang cantik, merah ke biru?
Lelaki: Entah, suka hati awak. Dua-dua cantik.
Wanita: Awak memang tak ambil endah. Semua tak tau!


7. Cakap berputar belit Cara perbualan, penyampaian dan menceritakan sesuatu dengan amat terperinci dan panjang lebar seolah-olah tiada penghujungnya membuat lelaki bosan kerana apabila berbual, lelaki lebih fokus.


8. Tidak tahu simpan rahsia. Mungkin wanita rasa tidak bersalah memberitahu teman bahawa suaminya berdengkur amat kuat dan cerita begini menggelikan hati tetapi lelaki menganggapnya kesalahan besar.


9. Bertanya sayang ke tidak Pertanyaan seperti, ‘Awak sayang saya tak?’ buat sekali dua tidak mengapa tetapi kalau ditanya berulang kali boleh membuatnya bosan.


10. Kata ‘tak ada apa-apa’
Apabila anda mematikan diri dan mengharap mereka ‘membaca’ fikiran anda, anda membuat mereka berasa keinginan untuk menolong ditolak dan akhirnya, mereka pun meradang. Tercetuslah perang sengit.


Sumber : FB Pak Ngah Farit Ismeth Emir
CK : Malas nak memahami lelaki sebenarnya. Terima apa yang ada.

3 comments:

  1. Benda2 kecik, macam detail pd baju pun wanita suka amik tau. Kalau laki asal boleh pakai dan selesa dh ok dh. Kenapa wanita nk kena pikir benda2 camtu?...komen skit

    ReplyDelete
  2. ye betol tuh! semuanya terbukti ! hewhewhew

    ReplyDelete
  3. Lelaki pun macam perempuan jugak, penuh misteri. Lelaki ni dia akan pendamkan, dia tak luah. Sampai masa, terus dia bertindak.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!