Pagi tadi aku bangun awal, pergi beli barang dapur and sarapan pagi kat luar. Malas nak masak. Lagipun bukan selalu aku sarapan pagi kat luar hujung minggu. Then balik rumah, hantar barang rumah semua pi office pulak. Sekejap je pun pi office. Perut aku tak sihat. Meragam tak tentu pasal. Sudahnya berdating. Dating tak sakit perut plak. ha ha ha. Dating sambil perut sengal-sengal ... bleh??
Aku tolong MB siapkan surat-surat untuk projek kampung dia tadi. Dia ni kan taksub benar dengan kampung sendiri. Tapi ada baiknya juga ada anak kampung yang mahu usaha baik pulih dan adakan apa yang tak ada kat kampung sendiri. Selalunya anak muda kalau dah keluar dari kampung, kadang balik jenguk pun idak. Maklumlah dok bandar, berlagak lebih dari orang bandar. Yang tinggal kat kampung semua orang tua-tua. Apalah dorang mampu buat, kalau orang muda tak bantukan??
Lepas siapkan semua surat, aku balik rumah. MB plak terus balik kampung. Malam ini ada tahlil untuk arwah abah dia. Sampai rumah terus aku on lappy. Update entry nielah! Then on tv, dari satu channel ke satu channel aku tekan. Sudahnya Sivaji The Boss yang aku layan. Macam dah takda cerita lain aku nak layan. Cerita Sivaji nie aku dah tengok, tapi sebab dah takda yang best ... Sivaji pun Sivajilah!
Kejap lagi nak check GSC, ada movie best ke idak. Aku dah sms adik aku ajak layan movie malam nie. Tunggu dia habis kelas 6.30pm, sampai rumah sah-sah dekat 7 lebih. Malam nie ada separuh akhir kedua Piala Malaysia plak tu. Negeri Sembilan vs T-Team. Terengganu vs Selangor. Malas pulak nak layan bola malam nie, walaupun setiap kali ada team N9 aku dah tercongok depan TV, tak pun dah sampai stadium. Kalau N9 masuk final, MB ajak pi stadium. Erm ... aku kalau final malas benar nak ke stadium sebab aku tak suka bersesak. Layan kat TV lagi best.
Okeylah aku nak sambung Sivaji The Boss ... kang aku nak sambung update lagi.
CK : Esok plan nak wat karipap together gehter ngan June ... harap2 jadilah karipap pusing tu. Masing-masing baru nk try buat.
sivaji pown best per...layan...
ReplyDeleteQaseh > memang layan ajelah
ReplyDelete