Syawal telah pun berlalu. Undangan ke rumah terbuka juga berakhir. Siri jelajah makan percuma dari rumah ke rumah dengan pelbagai juadah yang menyesak ruang perut telah tamat perjalanannya.
Bak kata semuanya telah berakhir. Tamat. Penutup. Tapi .... dalam keadaan yang telah berakhir, tamat dan berpenutup, tiba-tiba masih ada yang menjadi rebutan bagi mengenang Syawal!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku suka rasa kuih ini yang memang tradisional.
Mulanya kuih ini langsung tak terusik, jadi aku ambil dari kereta MB dan test rasanya. Memang kena dengan lidah aku, terus aku ambil. Bila MB rasa ... dia sendiri teruja dengan rasa kuih ini. Terus jadi rebutan kami berdua!
Tapi sudah pastinya aku yang menang. Aku makan lebih banyak dari dia. he he he. Sorrylah ye ... masa kuih nie dalam kereta dibuat tak pandang ajekan!
Mana nak dapat kuih nie ... rasa dia sebijik macam kuih samperit yang mak aku buat dulu-dulu!
CK : Kuih nie Datuk Seri Menteri Besar N9 yang beri sebagai hamper raya! Terima kasih Datuk Seri!
Wah, dapat hamper dari MB.
ReplyDelete