Kusut kepala aku sejak akhir-akhir nie. Tekanan. Bila tengok semua orang dah sibuk-sibuk beli dan ada yang dah beli. Aku pun simpan keinginan untuk beli. Siapa yang tak nak? Semua orang nak ada hak milik sendiri. Tapi masih belum mampu, nak buat macam mana? Sedang usaha.
RUMAH sendiri!
Kadang-kadang aku jadi tekanan pasal rumah. Abang aku kadang-kadang sibuk tanya, "bila nak beli rumah?". Kawan-kawan aku kat office pun gatal juga mulut nak bertanya, "eh! akak dah beli rumah ke? Jomlah beli rumah, kita survey nak tak?".
Kadang orang ingat beli rumah nie macam kau pergi Jusco atau SOGO! Jalan-jalan tengok, berkenan, ambik dan terus bayar kat kaunter. Ingat harga rumah tu macam beli TV LCD 32". Harga 1k-2k je? Camtu? Bila orang tanya aku pasal bab beli rumah nie, mesti aku jawab, "Insya-Allah ... ada duit nanti saya belilah. Sekarang belum mampu. Tengoklah dalam 2-3 tahun lagi". Ada juga jenis bangsa tak faham aku bercakap. Bila aku cakap nak beli nanti atau tunggu 2-3 tahun lagi, ada sahaja ayat balasan. "Nanti rumah mahal, tengoklah sekarang pun rumah teres setingkat dah RM200K. Nanti lagi mahal! Baik beli sekarang!".
Siapa yang tak nak ada rumah sendiri? Cuba cakap kat aku. Apa .. ingat aku nie tak ada impian macam orang lain. Tapi aku nie jenis fikir poket sendiri, kalau tak mampu, perlu ke kau beriya nak beli jugak! Kot esok-esok, rumah tak dapat hutang pula yang ditanggung sampai ke tua!
Aku tengah menabung sekarang. Dan aku juga dah survey lokasi rumah yang sesuai. Buat masa ini aku selesa tinggal di kuarters Kerajaan. Biarlah apa orang nak cakap. Lambat beli, mahallah. Atau apa sekalipun. Cuma aku bukannya jenis bila ada suami baru nak harap suami beli rumah, tak! Aku bukan orang yang macam tu. Selagi aku mampu usaha, akan aku usahakan.
Sekarang ini semua benda aku tanggung sorang-sorang. Banyak benda yang perlu aku bayar. Loan kereta, kuarters, loan study, personal loan, belanja petrol, belanja diri sendiri dan mak ayah dan bayar bil itu ini. Apapun aku tetap bersyukur dan sentiasa usaha untuk beli rumah sendiri. Orang yang dah kahwin jangan fikir orang bujang enjoy giler dan berduit! Kadang-kadang orang bujang sesak sebab semua perkara nak kena tanggung sorang-sorang. Kena ingat bukan semua orang bujang takda komitmen kewangan! Orang memanjang ingat aku nie berduit giles sebab aku nie bujang. Macamlah aku nie takda tanggungan! Haish ....
Berbalik kepada nak beli rumah tu, kalau ikut rasa hati memang aku nak beli rumah semi-D. Tapi, loan Kerajaan memang tak lepas. But, kalau aku bersuami dan dia tak kisah combine loan Kerajaan untuk beli rumah yang lebih besar dan selesa, aku tak kisah! Janji selesa untuk kedua-dua pihak. Apapun aku tetap berhajat untuk ada rumah atas nama sendiri juga. Ukur poket sendiri, aku mungkin akan beli rumah teres setingkat atau 2 tingkat. Senang nak cuci kereta depan rumah!
Lokasi? Aku sekarang survey rumah area Salak Tinggi, Sepang, Nilai dan Seremban. Janji nak ke rumah abang aku di Kajang tu cuma ambil masa lebih kurang sejam atau 1 1/2 jam. Kalau boleh aku tak nak beli rumah yang jauh dari abang aku. Area Bangi pun aku survey ... tapi rumah di sana agak mahal. Kajang? Sesak bagi aku. Cukuplah abang aku sorang sahaja dok sana.
Kalau berjaya capai impian beli semi D, Alhamdulillah ... jika tiada, apa sahaja yang mampu dimiliki sudah syukur aku menerima! |
Rumah sekarang memang mahal sangat! Harga pun macam tak logik. Tapi aku percaya, jika memang rezeki aku dengan usaha aku ini, Insya-Allah akan aku mampu miliki. Kadang-kadang bila pergi tengok rumah contoh, tengok harganya buat aku telan air liur berkali-kali sampai kering tekak!
5 tahun dari sekarang .... sedang usaha mencapai impian!
CK : Rumah PR1MA tu menarik ... utk buat aset! ngeh ngeh
paling mengerikan bila penuh keyakinan dh beli rumah tup2 kena pindah kerja tempat lain..perh memang xlah!!
ReplyDeleteRancanglah baik2. Sure dpt beli punye nanti.
ReplyDeleteKwn sy dah selamat beli rumah sebelum kawen.
mmg betul x semua org bujang xde komitmen..me dulu2 bujang2 pun byk tanggungan & byk t/jwb tambahan my mom ibu tunggal..
ReplyDeletejuga mmg betul harga rumah skg mengarut mahal nye...xpe..pelan2 menabung..usaha jimat cermat..InsyaAllah bjaya milik own house 1 hari nnti :)
Coolman > tu la kena fikir betul2
ReplyDeleteFara > sedang merancang sebaiknya nie. sampai tertekan rasanya
Green > mmg mengarut terlampau harga rumah. Sedih tau green...memanjang org ingat org bujang nie berpoya2 mcm xde komitmen. sempit betul mereka berfikir
Beli rumah??...teringin gak tp rumah mahal satu hal...buat prmohonan rumah DBKL, nk org brkahwin je...yg perumahan 1Malaysia tu mcm tak layak je...
ReplyDeletemostly, rumah yg agak murah, jauh bangat...dan nk org yg dh kawen je..
so how??
Ikhlas > jawabnye kena cari calon dululah...kahwin...ngeh ngeh
ReplyDeleteKos barang pembinaan makin melambung tinggi itu pasallah rumah kecik pun harganya bukan main mahal. Kalau ada tanah sendiri, tiada masalah kali.
ReplyDeleteChayok-chayok Sis. InsyaAllah, dapatlah rumah tu.