Hari ini 10.10.11, cantik juga tarikh nie. Semalam punya tarikh pun cantik gak ... 9.10.11! Boleh buat tarikh kahwin la. Kalau tahun depan 10.11.12 ... erghh aku nak pilih tarikh nie ... ngeh ngeh! Okeh sudah ... aku mula melalut di pagi hari. Aku bukan nak ajak bercerita pasal tarikh tau, tapi aku nak cerita pasal cubaan kedua aku buat sardine puff! Cubaan pertama, korang boleh jenguk kat [SINI]!
Cubaan kedua aku agak gagal dalam penyediaan sardine puff. Kat mana silapnya aku pun tak tahu. Sardine puff tu macam bantat. Sedangkan masa aku masukkan dalam oven aku dah 'on' kipas yang ada. Dah la bantat ... buntut pastry pun hitam! Bila aku tengok cam tak naik je pastry aku tu, terus aku tambah masa membakar, sudahnya separa hangus. Meh aku buktikan kat korang. Tapi segala inti dia sedap tau sebab aku up kan dengan cheese dan kepingan tomato. Sedap pada mulut akulah! Kalau nak tau sedap ke tak kat mulut korang ... kena try ye!
Design baru pastry aku. He he he ... memang bersungguh aku google nak buat style cam gini. tak adalah susah sangat. Sonang beb! Janji usaha.
Kendian, pastry nie aku dah letak dengan sardin, letak hirisan tomato then last sekali letak cheese. Pastu sapu kuning telur sekelilingnya. Huuuu masa nie aku dah rasa tak sabar dah nak makan. Tahap lapar melampau. Gigih buat sardine puff nie sebelum bergerak ke Tanjung Bidara tau!
Dah siap masak. Memang bantat. Beza sangat dari yang 1st aku buat. Redha ajelah dengan kebantatannya. Janji boleh makan. Boleh makan ke?? Tunggu....
Aku try ngap! Okeh takde rasa pahit-pahit. Boleh lah telankan...janji perut terisi. Tak taulah pasai apa dia bantat plak....dahlah bantat .....
Hangus buntut pastry tu tau! Aiyak ... tak lulus langsung. Apapun semuanya dah habis dingap. Takde pun rasa pahit-pahit tu. Aku akan buat ujikaji lagi kenapa sardine puff aku kali ini bantat. Adakah kerana rupa bentuknya??? Musykil aku ...
Pagi-pagi aku dah hidang korang sardine puff yang bantat dan buntut hanguskan. Aku masih perlu belajar dan belajar lagi. Harap2 berjayalah .... Amin
CK : Usaha tangga kejayaan!
haha..ats dh cantek dh, tang bawah agak gagal..
ReplyDeletexpe kak, jnji rs dia sedap..
hitam2 buntut pon sedap dimakan.hehehe.
ReplyDelete