Monday, October 3, 2011

Tips Berjimat Cermat Dan Ia Bukan Kedekut Ye!!

Assalamualaikum ...


Salam petang Isnin! Aku bersiaran dari office yang agak sunyi. Tapi bukan aku nak cerita pasal office aku yang sunyi dan tak berapa cun kadang-kadang. ha ha ha. Kutuk office sendiri. Macam worksation aku, kemas seminggu, 3 minggu lagi berlonggok dengan files!


Oke .. kita jump pada cerita sebenarnya! Tips berjimat cermat. Bukan aku  nak bagi korang tips. Tapi aku google tips ini untuk diri aku sendiri. Dengan rasa baik hati aku nak share apa yang aku dapat. Aku perasaan sejak setahun kebelakangan ini, aku boros jugak. Boros yang masih terkawal. Gila ... mana ada boros terkawalkan?? Kalau dah boros tu sah-sah sifat yang tak baik. Setahun ini aku tak pandai nak manage duit gaji aku!


Dapat gaji minggu nie, minggu depan macam dah kurang aje duit gaji aku! Ha ha ha ... lepas tu aku akan korek saving aku tu. Apa yang ada dalam bankrap akan berkuranglah! Tak boleh jadi macam nie. Sudahnya aku sedang memikirkan jalan memenuhkan kembali saving aku tu. SATU saving untuk beli rumah dan DUA saving untuk aku nikahkahwin. Ngeh ... ngeh ... beli rumah tu yang penting bagi aku. Tapi nikahkahwin pun penting juga ... hu hu!


Untuk diri sendiri setelas puas digoogle, TIPS BERJIMAT CERMAT DARI CIK TOM ... aku rasa sesuai untuk aku. Cik Tom, saya share ye ... dan backlink untuk awak!




Tips Berjimat Cermat Versi Cik Tom


  • Sediakan satu diary/buku untuk menulis segala catitan perbelanjaan.
  • Sediakan budget belanjawan yang korang nak rancang selama seminggu or sebulan. Tapi cik tom lebih prefer seminggu sebab senang nak manage.
  • Catat segala perbelanjaan di dalam buku. Tulis setiap apa yang korang beli setiap hari hatta coklat 20 sen pun sebabnya dari situ akan kita sedar dari mana keluar dan masuk perbelanjaan seharian.
  • Nak lagi bagus korang sediakan terus duit untuk perbelanjaan seminggu tue dalam beg duit supaya korang beringat semasa berbelanja yang itu je duit untuk minggu tue.
  • Kalau korang lagi rajin baik sediakan perbelanjaan mengikut kategori contohnya makanan, jajan, alat tulis, photostat dan sebagainya. Tapi cik tom pemalas so cik tom buat overall je.
  • Bila cukup seminggu, korang kira jumlah keseluruhan perbelanjaan korang selama seminggu seperti dibawah;
           
        TARGET BELANJA SEMINGGU - BELANJA SEMINGGU = BAKI  BELANJAWAN

  • Baki belanjawan tue korang amik dan simpan dalam tabung. Ingat simpan dalam tabung yang “fixed” iaitu tak boleh buka.
  • In case, tiba2 perbelanjaan minggu tue terlebih dari target belanja seminggu korang buat negative (hutang tabung). Tunggu belanjawan minggu depan terlebih baki. Korang kena tolak baki belanjawan minggu seterusnya dengan baki negative minggu lepas seperti dibawah;

          BAKI NEGATIVE MINGGU LEPAS - BELANJAWAN MINGGU TERBARU = JUMLAH  BAKI SIMPAN DALAM TABUNG

  • Penuh tabung tue, korang pergilah simpan dalam bank. 

Dari tips ini juga, kita boleh menilai mana perbelanjaan yang keperluan (Need) dan kemahuan (Want). Keperluan seperti makan, minum memang tak dapat dijimatkan tapi barang kemahuan kalau boleh dijimatkan, jimat selagi boleh ye. 



Aku just share ilmu dan pengalaman Cik Tom dengan korang. Aku sendiri pun akan cuba tips menarik ini. Nanti aku nak tengok apa hasilnya. Cuma satu sahaja tabiat aku dulu sampai sekarang, aku masih lagi menabung duit syiling dan duit kertas RM1 hampir setiap hari. Terutamanya duit syiling aku memang pantang nampak pastinya akan masuk tabung. Aku tak boleh nampak duit RM10 dan RM50 ... sah-sah sekelip mata habis aku belanjakan! Tapi kalau duit syiling memang sayang nak belanja....ngeh ngeh ngeh!






Dengan rendah diri, aku nak ajak korang sama-sama join aku ... "JOM KITA MENABUNG UNTUK KESEJAHTERAAN MASA DEPAN, SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT!"





 CK : Dah petang ... mari kita pulang yoook!

5 comments:

  1. aduyaiiii susah betul nk bjimat. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Mrs > takpe ... cuba pelan2 berjimat

    ReplyDelete
  3. Mcm susah je nk ikut teori kt atas.. Hahaha.. Pesan bnyk kalipun kt dri suruh jimat tp last2 mengalir cam air duit tu.. Hehehe..

    ReplyDelete
  4. LZ > betul2...tp kena pksa diri pastu disiplin tu akan dtg dgn sendirinya

    ReplyDelete
  5. susah la nak berjimat ni.
    selalu kalau tulis kat buku belanjawan pun cam hangat2 tahi kucheng jer. huhu..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!