Assalamualaikum ...
Bosan sangat aku hari ini. Jujur terpaksa aku mengatakan aku busan tahap terlampau. Bukan tahap langit ke-7 ya. Aku nie jenis tak kisah pun nak ditinggalkan sorang-sorang, asal ada perkara yang boleh aku buat untuk aku hilangkan bosan dan lupa segala hal menyakitkan. * ya aku terasa hati pasal rumah PR1MA tu .. ermmm, takpe aku akan usaha sendiri atau mohon pertolongan pada yang ikhlas tolong aku*.
Aku tulis entry nie bila dia tiada dengan aku!
Bila dah tinggal sorang-sraong teringat pula kat sahabat/teman baik aku Si MB. Boleh dikatakan hampir hari-hari aku hadap wajah MB. Hari-hari, 7 hari seminggu belum masuk lagi tahap 24 jam sehari hadap wajah dia. Handsome? Tak sangat pun. Tapi sedap mata comel aku pandang wajah dia yang kadang-kadang macam singa lapar nak telan aku bila marah! Serius dia sangat garang dengan aku. Plus aku pula sekarang jenis tak takut sangat kena marah macam dulu-dulu masa mula kenal as kawan. Aku sudah berani usik dia suruh senyum setiap kali bergambar. Apapun aku suka sangat tengok dia senyum.
Mula kenal dia ... nak senyum ketika bergambar amat payah. Bajet garang yang amat konon. Ingat perempuan rendah seperti aku takut akan kegarangan dia. Sila jangan perasan. ha ha ha. Bila dia marah aku, dia akan sebut nama penuh aku! Time tu ... apa dia suruh aku bingkas bangun dengan laju. Sesekali aku takut juga. Tapi lebih banyak kalinya takut aku kurang! Jarang yang amatlah dia nak marah aku sebab aku selalu wat dunno. Dia pun wat dunno bila aku marah dia. So, buat apa aku nak penat fikir kenapa dia marah aku ye dak? Aku selalu cakap kat dia, "awak jangan suka-suka hati nak marah saya kalau saya tak buat salah, kalau buat salah pun tegur pelan-pelan sahaja. Sayakan kawan awak ... tak boleh marah2!".
Bila dia ada aku selalu main-mainkan. Cakap main-main. Sampai kadang dia marah aku tak serius. Buat lawak bodoh lagi. Selalunya aku tak ambil pusing apa yang dia cakap. Aku kan malas fikir. Aku dah tak suka nak fikir macam-macam sejak putus cinta dulu. Tambah-tambah hal yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Aku bukan yang dulu lagi. Cakap soal kasih sayang manusia di dunia sementara, sesak kepala hotak. Hati lagi-lagilah sesak. Kadang apa dia cakap macam angin lalu. Ish lantak la. Bila dia cakap, "lupalah tu apa yang saya pesan!". Aku ketawa-ketawa, "ermmm saya lupalah, apsal tak remind ... sms ke?". Mudahkan??
Tahu kenapa aku jadi mcm tu? Bukan tak serius. Bukan tak nak ambil berat. Tapi aku lebih sayangkan diri dan hati aku. Semua ini terkesan bila aku kecewa bercinta. Diri aku amat berharga untuk aku. Aku taknak rasa tertekan bila dia buat sesuatu yang melukakan hati aku lagi. Cukup. Cukuplah dengan apa yang dah jadi. Biar dia cakap aku nie tak serius macam dulu atau macam kanak-kanak sekalipun.
Bila dia kenal aku seorang yang 'happy go lucky' 8 tahun lepas, so aku nak dia terima hakikat apa yang aku buat untuk gembirakan hati aku yang pernah robek, dan aku tidak mahu memikirkan cerita duka 2-3 tahun lepas lagi. Past is past! Cuma aku tak sangka dia masih nak berdiri sebelah aku sampai sekarang. Atas permintaan dia sendiri yang ingin terus bersama aku, aku penuhi sebab segalanya aku telah serahkan pada Tuhan untuk lihat di mana penghujung jalan kehidupan aku di dunia sementara ini.
Cuma bila dia takda aku jadi rindu gile. Sebab dialah yg remind aku itu ini. Jangan lupa makan. Jangan lupa siapkan kerja. Jangan lupa buat itu. Jangan lupa buat ini. Eh! aku nak minta dia remind aku selalu, "awak ... jangan lupa solat ye!".
Bila dia dekat dengan aku, aku macam tak kisah sangat. Tapi bila dia jauh aku terasa kosong gila. Bila dia dekat dengan aku, rasa macam tak ada apa-apa pun. Kadang cakap dia pun aku tak nak dengar. Itu belum masuk bab dia terpaksa melayan kedegilan aku. Dia pun degil jugak. Kadang ego. Lagi satu, dia selalu sangat jumpa scandal dia ... Mr.Z kepunyaan Lavender tu, pastu ... memanjang never ending story! Nasib baik dia bawa aku sama kalau bab makan or shopping. Akal untuk ambil hati aku yang cepat sangat nak menangis!
Semalam masa dia hantar aku balik, lalu dekat Jambatan Saujana. MB nampak ada sepasang pengantin tengan buat outdoor photoshoot. Dia pun dengan selamba kuda tanya aku pasal outdoor photoshoot yang menjadi trend semua pengantin baru sekarang nie.
MB : Perlu ke buat outdoor photoshoot tu?
Aku : Perlulah ...kan itu trend sekarang nie. Kenapa? *see ... memang perempuankan! bab bergambar bila dah cantik2 mesti tak nak terlepas. Perempuan suka membazir juga!*
MB : Maknanya nanti kena buatlah??
Aku : Nanti??? ermmm mestilah!
MB : Ooooo ikut trendkan??
Aku : Dalam hati .... > *apa makna NANTI dia tu?????!! Seribu tanda tanya sampai aku balik rumah! .... semalam aku tak fikir, tapi hari ini baru terfikir!*
Aku tengah tunggu dia balik dari kampung. Dia pergi rumah Mr. Z sebab ada kenduri doa selamat ayah Mr. Z yang akan berangkat ke Tanah Suci Makkah tidak lama lagi. Kalau aku kenal baik dengan ayah Mr. Z, nak aje aku jumpa ayah dia dan cakap, "Pakcik nak pergi haji ye ... tolong doakan saya semoga cepat dapat jodoh dan dipermudahkan urusan olehNya! Lepas tu dimurahkan rezeki selepas kahwin dan dipanjang usia perkahwinan hingga akhirat kelak" ... ngeh ngeh ngeh ... agak-agak ayah Mr. Z tu nak lempang aku lelaju tak? Ish ... gatal benor kamu nak kahwin ye! ha ha ha.
Oklah aku nak berundur kat sini. Lagi lama jari jemari montok aku nie dekat dengan keyboard, lagi banyak aku merapu meraban kat sini. Tapi ... ini blog aku kan? So aku buat blog pun untuk luahan hati, share suka duka ... tak kisahlahkan apa aku nak tulis janji bukan cerita dalam kelambu sudahlah! hu hu.
Untuk pembaca setia blog aku nie, sorry lah entry aku panjang 2-3 menjak nie. Berjela rasa. Kalau korang baca sampai habis, memang korang hebat. he he he. Sayang korang ketat metat tau. Love u'ollslah!
CK : Semalam masa pergi majlis kahwin kawan satu poli dengan MB, nasi dia amatlah sedap. Daging kicap lembut dah rasa best sangat. MB sendukkan aku nasi separuh selebihnya lauk je yang banyak. Ayam dan daging. Setengah senduk nasi tu kira banyak sebab selepas raya aku makan nasi 4-5 sudu je. Sekarang niekan aku dah kurang selera makan nasi. Kalau ada mood baru aku makan banyak. So, aku dapat kesan yang skang aku cuma makan nasi 3 atau 4 kali seminggu. Pelik kenapa? Pastu lutut aku takda pula gigil kalau tak makan nasi macam dulu.Ok aje.
Tapi aku lebih excited makan bihun goreng, sate dan kuewteow kungfu! waaachaaaaa!! Bagi aku 2 pinggan pun pasti licin kot ... ngeh ngeh ngeh! Perhatian : Aku tak diet ... cuma minat aku terhadap nasi agak kurang. Dan aku sendiri sendang mencari jawapannya kenapa?? Adakah sebab aku melantak sate berkoyan-koyan masa open house minggu-minggu yang sudah???
Sudah lumrahlah tu Sis. Bila setiap hari ada di sisi pasti akan terasa kejanggalannya bila dia tiada walau sehari. Kalau sudah jodoh, mengelak ke Gurun Sahara pun pasti akan dijumpa.
ReplyDeleteOutdoor photoshoot memang best apatah lagi berlatar belakangkan konkrit. Bagi Awanlah.
hehehee kite pn ingt nk suh ayah Mr.Z tu doakan mcm tu. malu tapi mahu. auww!
ReplyDeleteehem...mudah-mudahan 'nanti' itu menjadi kenyataan. ameen. ;p
Awan > Tidak mengharap, tidak mencari ... jika Allah memberi pasti akan menerima!
ReplyDeleteHani > *nanti* yang dia cakap menakutkan!! Papepun tq dear!
standard la tu...tak reti mghargai...sifat manusia
ReplyDelete