Sunday, October 23, 2011

Petua : Untuk Dapatkan Kulit Licin Dan Mulus

Assalamualaikum ...


Selamat pagi dan salam Ahad untuk korang semua! Pagi-pagi aku rasa nak share petua. Kaum sejenis aku mesti suka. Nama pun dah perempuankan. Bab jaga-jaga kulit licin dan mulus mesti teruja. Hari minggu, takda koje sangat ... so aku google petua untuk jaga muka. Aku share dengan korang. Aku pun bodek-bodek petua untuk dapatkan kulit licin dan mulus nie kat sini.


Nampak sangat aku nie macam takda keje sangat hari nie. Pagi godek dan try petua. Petang nie aku nak pergi rumah June buat karipap. Pelbagai versi karipap. Kalau jadi aku share. Kalau tak jadi aku diam-diam sudah kot. ngeh ngeh ngeh! Jom layan petua sebelum aku merapu lebih panjang dan lebar!



  • Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  • Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  • Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  • Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Cuci dengan bersih.
  • Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  • Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  • Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
  • Sapukan yogurt asli pada muka seperti memakai masker. Biarkan kering selama 18 minit. kemudian baru dicuci dengan air bersih. Amalkan 4 kali seminggu untuk mendapatkan kesannya.



Cantiknye LISA SURIHANI nie ...



Selamat mencuba! Lepas nie mesti muka korang cun melecun macam Lisa Surihani teman wanita Yusry KRU nie. Kos nak amalkan petua nie pun macam murah je. So, tak rugi pun kalau korang cuba. 


Aku pun nak try jugaklah. Pakcik jerawat nie gatal plak bertenggek kat muke aku yang chubby nie! Adeeeh ...




CK : Esok dah Isnin ... lusa macam nak cuti je!

2 comments:

  1. Rasanya bukan untuk perempuan saja. Lelaki pun bolehkan. InsyaAllah akan dicuba. Muka Awan ni banyak sangat jerawat berkampung dari dahi sampai leher. Bahagian mata saja tiada jerawat. Macam-macam produk dah diguna. Tapi, tiada satu pun yang kekal hasilnya.

    ReplyDelete
  2. Bagus! Tp ada muka org, klu start je jaga muke...mula nek jerawat. Klu bt tatau je, muka ok lak. cth, mcm sy..Hiks!

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!